3

43 tahun kerja tanpa sakit!!!Korang?Boleh ke he3....

07:27 |
 TAK KENAL LELAH...Owen sentiasa bersemangat bekerja walaupun kadang-kadang kurang sihat.
TAK KENAL LELAH...Owen sentiasa bersemangat bekerja walaupun kadang-kadang kurang sihat.

LONDON: Jim Owen mempunyai alasan sangat kukuh untuk berbangga setiap kali bercakap mengenai kerjanya sebagai juru ukur pihak berkuasa tempatan (PBT) di Britain.Sejak bertugas di kerajaan tempatan Basildon, Essex, pada 1968, Owen tidak pernah mengambil cuti sakit walaupun sehari.


Owen yang mempunyai dua anak dan tiga cucu mengaitkan amalan kerja baik dan keturunan sebagai penyumbang kesihatan hidupnya.Pada usia 66 tahun kini, Owen masih berkhidmat sepenuh masa dengan PBT berkenaan dan tiada rancangan untuknya bersara.



Kata Owen, memang pada hari tertentu dia pernah berasa kurang sihat atau tidak selesa apabila bangun pagi dan boleh berehat di rumah.
“Tapi saya sangat sukakan kerja ini dan tak mahu mengecewakan rakan yang lain.
“Apa yang penting adalah memberikan usaha terbaik untuk tugasan saya,” katanya.



Menurut Owen, dia dibesarkan oleh ibu bapa yang hidup pada zaman perang dan mereka sentiasa mengajarnya untuk berusaha gigih setiap hari tanpa sebarang pengecualian.Katanya, dia juga sentiasa mementingkan amalan pemakanan sihat, tidak merokok serta sering membuat tugasan di luar pejabat.



“Keadaan itu memberi peluang saya menghirup udara segar,” katanya.
Owen turut menganggap dirinya sangat bertuah kerana memiliki keturunan yang sihat.
Sementara itu, pemimpin Parti Liberal Demokrat, Nick Clegg, berkata Owen adalah petugas berdedikasi dan tidak pernah mengeluh.



Owen mula bekerja ketika masih budak dengan menjadi penghantar akhbar di sekitar tempat tinggalnya di Southend, Essex.
Pada 1968, dia mula berkhidmat di PBT Basildon sebagai jurunilai.
Disebabkan ketekunannya bertugas, majikan Owen memberi kenaikan pangkat dengan melantiknya menduduki jawatan pengurusan. - DM



Nota Comel->Wah,kite tabik spring lah kat uncle Owen!Betapa susahnya nak cari pekerja yang langsung tak pernah ambil MC.Kenalah seronok untuk bekerja.Yang penting pasang niat yang baik.Bekerja itu juga satu ibadah untuk mencari rezeki yang halal.Seperti kata Wardina dan Ally~MHI.Jika niat dah baik,ikhlas,gembira,ingin mencari rezeki yang halal dan paling penting kenalah S.U.K.A. & M.I.N.A.T. setiap kali kaki melangkah ke tempat kerja.Insya Allah semua boleh jadi seperti uncle Owen ni.



Tip:
  • Jaga faktor dalaman~badan sihat,ambil supplemen,bersenam & makanan seimbang.Dan paling penting jaga rohani(solat,berdoa dan zikir).
  • Terima officemate seadanya.Zahirkan aura positif,jangan buruk sangka,jangan suka cari kesalahan orang lain dan paling penting~JANGAN MENGUMPAT!!!`
  • Mesti pasang niat yang best.Kena gembira.Anggap ini semua untuk mengisi diari kehidupan.Mesti nak diisi dengan warna-warni kan?Tak kan nak hitam je...
  • Buat persediaan.Jangan stress.Pastikan jangan menangguh kerja.




Macam nilah kite kejap lagi kat office..senyum..senyum..nak jadi macam uncle Owen he3..






Kredit Info & Foto:




3 comments

28/1/11 07:52

salam..

betul tu sis...keja ni nak hati senang & kena kuatkan semangat rajin tu sbb kdg2 malas tu pndi dtg tu la alasan sakit je memanjang..haha

28/1/11 08:26

@Hot Mama

"hye sis!gd mng!br sampai office ni he3...betul tu,kenalah hepi.ni pun mendung nk ujan rasa mls je nk bgn tido tadi"

28/1/11 14:31

kalo dh suka dengan kerja tu, persekitaran kerja pun best, xcuti pun xpe..hehe

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...