11

5 M~Alasan Lelaki Tidak Menjaga Kulit!!!

15:43 |
Assalammualaikum semua...kali ni untuk zon lelaki sahaja ye.Kite godek2 semua artikel dalam simpanan.Ini dari majalah EH!.Jom layanzzzzz..


1->MaLaS
"Malaslah nak fikir.Apa yang ada depan mata,itu sajalah kita sambar.Malas nak menyental,menggosok,membilas dan macam2 lagilah.Ahh remeh!"


Kata Wanita->
Kalau malas,carilah produk yang dapat memberikan 2-3 kebaikan dalam satu langkah.Contohnya;pencuci mekap yang bertindak sebagai pencuci muka atau penyegar yang juga bertindak sebagai pelembap.Lancome Mousse Triple Action bertindak mencuci,menjernih dan menyegarkan wajah.



2->Makan masa
"Mana ada masa nak buat semua itu.Nak cuci muka berjam-jam,nak tunggu pelembap kering lagi.Semua itu mengambil masa.Lebih baik lepas mandi terus sarung baju.Nak cepatlah!"

Kata Wanita->
Bukannya kamu kena pakai bedak sejuk yang perlu ditunggu semalaman.Di pasaran kini,terdapat banyak produk yang mudah meresap dan mengambil masa hanya beberapa minit untuk kering.Jangan malu untuk bertanya kepada jurujual.RoC Dermatologic Fast Action Gel meresap pantas ke liang kulit.


3->Malu
"Hish,kalaulah kawan2 tahu saya ada set penjagaan muka,malulah!Nanti mereka kata saya ini tidak maskulin!Lelaki yang selalu menjaga muka ini,biasanya tidak straight!"

Kata Wanita->
Itu pemikiran lelaki zaman batu.Kalau atok saya hidup zaman ini,dia pun akan pakai semua produk disebabkan tekanan persekitaran hari ini seperti gaya hidup dan pemakanan tidak sihat.Kita bukan hidup zaman nenek moyang kita yang serba hijau dan sihat.Shiseido Men Energizing Formula merangsang kulit sihat yang lebih segar.


4->Mengarut
Saya tidak percayalah dengan produk2 ini semua.Saya tidak menjaga muka pun,muka saya tidak ada masalah.Kalau pakai pun,saya tidak nampak perbezaannya."

Kata wanita->
Belum berusia,belumlah ada tandanya lagi.Sama seperti badan,kalau tidak dijaga masa muda,tengoklah dah tua nanti,banyaklah sakit dan lenguhnya.Umpama pelaburan di waktu susah,hasilnya dapat dilihat di masa akan datang.Natio Men Age Renewal Moisturiser.


5->Membazir
"Buat membazir duit saja.Lebih baik beli aksesori kereta,gajet atau setidak-tidaknya pergi makan."

Kata wanita->
Mahal sangatkah produk penjagaan wajah jika dibandingkan belanja rokok sebulan kamu?Atau gajet yang paling berganti mengikut teknologi terkini.Banyak pilihan produk harga berpatutan yang boleh memberikan hasil menakjubkan.Etude House Baking Powder Cleansing Foam pencuci muka yang boleh dipakai lelaki dan wanita(sapa dah kawin boleh berkongsi dengan isteri..kan dah jimat)



 Antara artis tempatan yang mengaku menggunakan produk penjagaan muka;




Kredit Info & Foto:


  • Majalah EH!nota cantik
  • Uncle Google



11 comments

12/1/11 16:27

Tak salah pun jaga kulit. Kalau muka bersih, personaliti ada, qualification ada, senang nak lepas interview dan dapat kerja!

Sumpah tak tipu!

12/1/11 16:35

skrg ni dh ramai lelaki yg menjaga penampilan dan kecantikan diri...klu mcm artis tu lagi-lagi la nak kena jaga kan

cara bagus promosikan produk

12/1/11 16:58

@nurfaiz shaidan

betul tu..ramai slh anggap antara gay dan metroseksual.semua lelaki berhak utk jg muka.

12/1/11 16:59

@deqdeq

kalau artis maintenance tgi pakai yg branded je.lelaki yg bukan artis blh belek2 majalah dan tgk brand apa artis/kwn pakai.manalah tau mgkn sesuai dgn kulit

12/1/11 17:00

@THE LEKAT LEKIT STORY

hye sis!kdg2 lelaki confuse nk cr produk yg sesuai.tq sggh sini ye!

12/1/11 17:03

dah bila nama artis...semua nak kena jaga..

yang lelaki biasa nih...hrp2 jaga la juga...supaya nmpk kemas dan menarik...yg pnting jaga kebersihan dalaman....jgn muka je hensem tp yg dalam tu dok pakai 2-3 kali x basuh2...heheheh

12/1/11 17:05

@deqdeq

ha3 betoi tu!luar dijaga..yg dlm ntah brpa kali tak tukar..erk..ada ke mcm tu?korang(guys)tak kan..tak kan...?*-^

12/1/11 17:19

heeheh....ntah la selalu org lelaki ckp malas nk tukar yg dalam tu...harap2 korang semua bkn mcm tu ye guys

12/1/11 21:56

husband sy sgt menjaga kulit & rambut. brg penjagaan rambut dia sje pon lbih byk dr sy. bab muka dia, memang teliti. :D

12/1/11 22:10

@Haa Fakihah

hye slm perkenalan ye!wah bgslah tu. mesti best time shopping ada yg teman gi section yg sama he3..

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...