3

5 Perkara Agar Berat Badan Tak Kembali Naik

14:30 |
Proses menurunkan berat badan bukanlah suatu perkara yang mudah dan pasti mengambil masa yang agak panjang.Paling perit ialah untuk mengekalkan berat badan setelah berhempas pulas mengikut program diet sepanjang tahun.Tanpa kesabaran dan langkah berwaspada,tidak mustahil segala usaha anda selama ini menjadi sia-sia apabila berat badan kembali naik seperti sebelum ini.

Jadi tidak hairanlah jika dikatakan hanya 5% individu yang berjaya mempertahankan ukuran tubuh selepas menjalani program diet.Apakah rahsia individu ini sehingga mampu mempertahankannya?

1-.Timbang berat seminggu sekali
Terdapat kajian yang menyatakan,menimbang berat badan secara rutin dapat membantu mengurangkan risiko penambahan berat badan secara mendadak.Jika anda dapat mengesannya dari awal,pasti lebih mudah untuk anda melakukan program diet atau senaman,bagi menghilangkan penambahan berat yang telah dikesan.Cara terbaik,letakkan penimbang di dalam bilik tidur atau kamar mandi bagi memudahkan anda mengesan sebarang perubahan terhadap berat anda.Tetapi jangan pula menimbang pada setiap hari.Seminggu sekali sudah memadai.

2->Lima sajian sayur dan buah
Berdasarkan kajian daripada Centers for Disease Control and Prevention(CDC),wanita yang banyak mengambil buah-buahan dan sayuran sekurang-kurangnya 5 sajian setiap hari,dapat mengurangkan 60% risiko penambahan berat berbanding mereka yang tidak mengambilnya.Ini kerana dengan mengambil buah-buahan dan sayuran,anda akan berasa kenyang dengan lebih lama berdasarkan kandungan serat dan air yang terkandung di dalamnya.Selain dijadikan sebagai salad atau dimakan mentah,anda juga boleh mengambilnya dalam bentuk jus segar tanpa gula.Makanan yang mengandungi tinggi serat memerlukan tempoh masa 24 jam untuk melalui sistem pencernaan.Oleh itu,anda tidak mudah berasa lapar.

3->Awasi kebiasaan biasa
Lebih daripada 55% individu yang gagal dalam program diet menyalahkan aktiviti atau tabiat di pejabat sebagai punca kegagalan.Mereka menyatakan,pengaruh rakan2 untuk makan serta gemar menjadikan kudapan kala menyelesaikan kerja adalah punca berat badan semakin meningkat.Selain itu setiap kali berjumpa teman atau pelanggan di luar,anda juga tidak dapat mengelak daripada menjamah makanan.Ubah kebiasaan ini dengan tidak menyediakan sebarang kudapan atau snek di laci meja kerja anda.Begitu juga ketika bertemu pelanggan,jamah sedikit makanan misalnya buah-buahan,bagi menghalang anda makan di luar sedar ketika sedang berurusan dengan pelanggan.

4->Manfaatkan setengah jam
Selain penjagaan makanan secara terkawal,senaman secara rutin juga mampu mengekalkan berat badan seimbang.Luangkan setengah atau satu jam sehari sekurang-kurangnya 3 kali seminggu untuk bersenam bagi mengeluarkan peluh.Jika anda melakukan senaman secara rutin,anda mungkin boleh menjadikan makanan manis seperti kuih-muih,aiskrim dan coklat sebagai makanan yang diambil sekali-sekala.

5->Elakkan makanan segera
Ramai individu yang mengakui,menjauhi diri daripada makanan segera adalah kaedah yang lebih berkesan mengekalkan berat badan berbanding mereka yang mengambilnya.Jika dibandingkan dengan makanan segera,makanan yang dimasak sendiri akan memudahkan anda mengurangkan/mengelakkan penggunaan bahan perasa tambahan atau pewarna yang tidak sepatutnya.Bagi memudahkan kerja memasak,rujuk buku masakan yang menyajikan resipi sihat,rendah lemak tetapi mempunyai khasiat yang tinggi.Selain itu,kaedah penyajiannya juga dapat dikawal dengan cara menggunakan minyak sedikit,memanggang,rebus dan sebagainya.

Nota Comel->Senang je tip nak maintain.Kalau korang follow ni insya Allah..tak perlu susah payah ikat perut & tahan nafsu makan.Selamat mencuba!


Kredit Info:
  • Harmoni~Diet & Anda

3 comments

27/1/11 15:15

huhu struggle for healthy! :) thanks for da info :)

27/1/11 15:20

bunyi memang senang huhuhuhu

29/1/11 10:36

info tentang pembedahan ikat perut di SIHAT SELALU - Pembedahan Ikat Perut Lap Band

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...