6

5 Perkara jejas keindahan bibir

11:46 |
Wajahnya bersinar bak bulan purnama, 
Suaranya merdu bak buluh perindu, 
Kulitnya halus bak sutera, 
Putih kulitnya bak kapas dipusar, 
 Pipi licin bak pauh dilayang, 
Rambutnya ikal mayang,
Mata bercahaya bak bintang bersinar,
Hidung mancung bak seludang,
Bibir merah bak...penangan lipstik berkulat!!!

Korang tau kan,lapisan bibir sangat tipis berbanding bahagian kulit yang lain.Pada bahagian bibir tidak terdapat kelenjar lemak dan tidak ditumbuhi rambut-rambut halus yang dapat melindunginya.Berikut ini beberapa perkara yang perlu diperhatikan kerana boleh menyebabkan bibir rosak;

1-Lipstik tidak sesuai

Lipstik atau komestik lain untuk bibir yang tidak sesuai atau tamat tempoh akan mudah menyebabkan bibir mengalami masalah seperti gatal2,kemerahan dan sebagainya.Sebaiknya sebelum membeli barangan komestik,perhatikan kandungan yang terdapat di dalamnya.Lihat sama ada sudah tamat tempoh atau jika nampak kandungan sudah berubah warna misalnya,buang atau jangan diguna.
Ini memang ramai yang buat..cukup suka simpan lipstik yang dah lama.Konon sayang kaler cantik,packaging cantik..nak buat kenang-kenangan.Cuba bayangkan one day korang kelam-kabut nak keluar dating..pakai rembat je mana yang sempat atas meja.Tenyeh punye tenyeh...huwaaa......tengok sat lagi.Bibir orang lain merah mekar bak delima,bibir korang merekah,bengkak dek penangan lipstik tamat tempoh.Hari ni ambil kesempatan bongkar semua alat kosmetik,tengok dan belek tarikh luput.Buang...alah tok sahlah dok kelek brand orang 'luar'..sokonglah barangan buatan Malaysia.Terjamin halah,suci,bersih.

2-Alat kosmetik tercemar

Jaga selalu kebersihan kosmetik agar tidak menjadi tempat pembiakan bakteria,simpan di tempat yang sepatutnya dan bersihkan bibir sebelum menggunakan lipstik agar kotoran yang ada pada bibir itdak berpindah pada lipstik berkenaan.
Dah tau korang baru lepas kunyah burger ramly...yang tak reti2 nak lap bibir apasal?Bayangkanlah korang punya bibir penuh kesan sos cili,mayonis then tenyeh lak lipstik.Tambahan lagi time keluar dengan bf tercinta,malu nak lap bibir lepas makanTtakut hilang lipstik/malas nak touch up.Ditempek-tempeknya tisu tu pelan...pelan kat bibir.Alahai..

3-Menggigit bibir

Kebiasaan menggigit bibir,membuka sesuatu menggunakan gigi atau membasahi bibir dengan air liur harus dihindari.Tabiat ini boleh menyebabkan bibir menjadi pecah2 dan luka .Sebaliknya hentikan tabiat ini segera!
Hah ni memang betul.Nak nampak bibir tu berseri dan lembap,malam2 sebelum tidur sapu marjerin/madu untuk merahkan dan pulihkan warna.Untuk rawat bibir yang merekah boleh juga korang sapu Vaseline.Seminggu sekali sapukan skrub khas untuk bibir(ada dijual di The Body Shop).Kalau hari tu korang takde mood nak melaram,just sapukan pelembap bibir yang mengandungi SPF.

4-Gaya hidup tidak sihat

Seiring bertambahnya umur,kandungan kolagen pada bibir ikut menurun sehingga bibir tidak lagi kemyal.Sekaligus menyebabkan munculnya garis2 halus,kedutan pada bahagian bibir.Ditambah dengan gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok,pengambilan makanan dan minuman tidak seimbang dan sebagainya lagi.Oleh itu kurangkan mengambil makanan tidak sihat terutama makanan segera,bergoreng atau pengambilan kafein.Selain itu,hentikan tabiat merokok dan banyakkan mengambil buah-buahan dan sayuran terutama yang banyak mengandungi vitamin B dan C yang sangat baik agar bibir kelihatan segar.
Hidup di zaman yang serba pantas dan semuanya nak kejar masa,nak tak nak semua wanita pasti akan makan luar atau tapau.Masa cuti pula lebih suka menikmati makanan segera dari memasak di rumah.Boleh cuma kawal dan awasi corak pemakanan.Merokok...tak dapat nak komen...sendiri hisap sendiri ingatlah ye.

5-Sinar ultra ungu

Sinar ultra ungu yang terdapat pada sinar matahari ini boleh merosakkan bibir terutama menyebabkan pecah2,terbakar,bengkak atau timbul bintik2 kecoklatan.Selain itu,ia juga boleh menyebabkan kolagen yang terhasil turut musnah.Justeru,mudah berlakunya kedutan terutama pada bibir.Sapukan pelembap bibir yang mengandungi SPF 15 jika hendak keluar rumah.Pastikan anda kerap menyapu pelembap terutama bagi yang banyak aktiviti luar.
Terdapat banyak pilihan pelembap di pasaran.Korang masuk jelah kat Watson atau Guardian,pilih je nak ada perisa atau tak,berwarna atau tak.Yang penting tengok tarikh luput dan kandungan bahan.


Hah..tunggu apalagi!Jom selongkar beg mekap!!!





Kredit Info & Foto:

  • Mingguan Wanita:Cantik di mata,cantik di hati
  • Uncle Google

6 comments

9/1/11 15:44

bagus info ni..

kulit bibir memang sensitif tul.. cepat merekah.. eida suka pakai lip gloss jer.. rasa lembab dan lembut jer bibir tu.. tak suka pakai lipstik sebab nanti tak leh cium sikembar..

9/1/11 16:46

gincu kalau guna.pasti guna yang Halal bagi orang Islam.kebanyakkan dipasarn guna gelatin Babi.

1.1.11 11:11 pagi Dimana Ali ridha?

9/1/11 19:14

huk3..sexynye bibir mungil tu..hak3

9/1/11 20:47

jagala bibir sebaiknya!

9/1/11 20:48

@Ali ridha

betul tu..jgn terlalu pentingkan brang hgga lupa belek ingredients

lebih selesa gunakn lipgloss yg pink2 skit

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...