4

6 Kesalahan Fesyen Lelaki Perlu Elak!

16:30 |
Assalammualaikum semua..dah minum petang?Wah..wah..sambil kunyah kuih tu jom lepak sambil window shopping di sini he3...

Apa 6 kesalahan berfesyen tu?


1->Stoking yang dipakai dengan sandal
Tertanya-tanya juga siapalah yang memulakan gaya ini?Dengan iklim di Malaysia yang panas,janganlah anda menjadi mangsa fesyen.Jika cuaca sejuk sekalipun,pakailah kasut kerana sandal memang direka untuk menampakkan kaki anda!



2->Elakkan memakai yang pelik-pelik!
Sungguhpun anda ingin kelihatan unik,jauhi daripada menggayakan tali leher,kemeja T,seluar atau apa sahaja dengan gaya yang cacamarba.Tampillah menarik dengan gaya yang sesuai dan menyenangkan mata yang memandang.


3->Menunjuk-nunjuk dengan label jenama pakaian
Elakkan menjadi papan iklan bergerak secara sukarela!Ia bukanlah satu gaya yang sophisticated.Lebih baik anda kekal ringkas dan besederhana.


4->Menawan dengan sut pejabat tetapi membawa beg sandang!
Anda bukanlah seorang pelajar atau pendaki gunung.Memang tidak sepadan.Tiada salahnya anda berbelanja lebih sedikit untuk membeli beg pejabat yang lebih sesuai dan menawan.


5->Memakai kemeja T yang berkilat
Sekiranya anda bingung memikirkan apa yang perlu digayakan untuk berjumpa teman malam ini,apa kata anda gayakan sahaja kemeja T hitam bersama jean dan kasut yang sepadan.Anda tidak perlu berlebihan dalam berpakaian.Yang penting ialah apa yang digayakan sesuai pada tempatnya(jangan korang pakai macam kat atas ni sudahlah ye).



6->Baju besar yang menggeleber
Gaya ini hanya sesuai dan berpadanan jika anda seorang penyanyi hip hop.Oleh itu,pilih pakaian yang muat dengan saiz badan anda,tidak terlalu besar atau ketat.Beranilah bereksperimen untuk memadankan gaya yang benar-benar kena agar pakaian yang anda pakai nampak elok dan menarik di tubuh.

Pokok pangkalnya terpulanglah gaya yang korang suka;

atau


 atau


atau



Yang paling penting......

Aurat lelaki yang wajib ditutupnya daripada pandangan seorang lelaki lain ialah bahagian tubuh badan antara pusat dan lututnya. Ini bererti bahawa seorang lelaki tidak diharuskan melihat aurat lelaki lain pada bahagian yang terletak antara pusat dan lututnya. 

Hukum ini dipersetujui oleh jumhur ulamak berdasarkan kepada beberapa buah Hadis Sahih, antaranya sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Ayyub r.a bermaksud:
Bahagian anggota yang terletak di atas dua lutut adalah termasuk aurat dan bahagian anggota yang terletak di bawah pusat adalah aurat juga. 


Kredit Info & Foto:


4 comments

8/1/11 17:21

haha...tak pernah buat benda tu semua..hohoho

8/1/11 17:53

@man yusoef

tersilap bergaya..awek pun ternganga!!he3...slm perkenalan!

8/1/11 18:08

ni fesyen orang barat jer..

8/1/11 18:21

haha lelaki2 fail!!

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...