11

7 ReSiPi BanGkit DariPada PenCeraiaN

14:37 |
Pelbagai cerita dan situasi yang pernah dialami dan akhirnya menyebabkan penceraian.Walau apa pun jalan ceritanya,ia cerita basi.Ayuh!Lupakan kisah lama dan BANGKIT semula!


1->SECUBIT PERASAAN


Walau kecewa mana pun kamu terhadap perkahwinan terdahulu yang pernah hancur,simpanlah walau secebis harapan untuk memulakan hidup baru.Berfikiran positif sangat penting dan memainkan peranan dalam mendorong kamu memulakan hidup baru.Percayalah,setiap apa yang berlaku pasti ada rahmatnya.Redha serta kuat dalam menghadapi dugaan dan rintangan hidup.Ini adalah asam garam dalam kehidupan berumahtangga dan jatuh sekali tidak bermakna kamu jatuh selamanya.


2->SEGENGGAM SEMANGAT 


Disebabkan penceraian,kamu berasa takut dan risau untuk melalui fasa kehidupan yang seterusnya.Ketakutan dialami oleh semua orang,lebih2 lagi kepada kamu yang bergelar ibu atau bapa tunggal.Kuatkan semangat,apa kata kamu ubah ketakutan itu menjadi semangat.Sebenarnya,ketakutan akan mendorong kamu melakukan sesuatu dengan lebih baik dan boleh bertukar menjadi kekuatan diri.Jangan sesekali menganggap anak sebagai 'beban' yang perlu kamu pikul bahkan anak sepatutnya menjadi pemberi semangat untuk kamu lebih berjaya dan memajukan diri.


3->SEMANGKUK KEYAKINAN


Keimanan yang kuat akan mewujudkan jiwa yang berkeyakinan,bernilai dan mempunyai daya gerak diri sendiri sehingga mereka dapat melaksanakan tugas2nya tanpa berasa takut,cemas,gentar atau terlampau mempersoalkan keuntungan dunia yang akan diperoleh.Ia juga memberi kamu keyakinan dalam menempuh perjalanan hidup yang akan datang.Tanpa keyakinan terhadap diri sendiri,sukar untuk membuat orang lain percayakan kamu dan kamu akan mudah berputus asa serta mengalah tanpa mencuba terlebih dahulu.


4->SECAMCA BESAR IMPIAN

Sudah pasti sebelum berkahwin kamu memasang impian dalam hidup,contohnya ingin membuka perniagaan sendiri atau belajar menjahit.Apa kata kamu teruskan dengan impian kamu,keluar dari kepompong yang menyekat kamu selama ini,Jika kamu yakin dan tahu apa yang perlu dilakukan,jangan teragak-agak untuk merealisasikan impianmu.Seeloknya dapatkan khidmat nasihat daripada rakan yang berpengalaman dan memahami selok-belok bidang yang ingin diceburi.Kesibukan juga boleh membuatkan kamu lupa tentang memori silam yang merobek hati,malah ia dapat menjana pendapatan untuk memberi kehidupan yang selesa kepada anak,sekali gus kewangan keluarga lebih stabil.


5->SOKONGAN DAN KASIH SAYANG SECUKUP RASA

Tahukah kamu kasih sayang merupakan perkara yang paling penting dan mujarab untuk menyembuhkan jiwa yang lara?Juga sokongan keluarga serta rakan terdekat sangat perlu dalam membantu kamu mengharungi proses penceraian dan selepas bercerai.Kamu akan hilang arah,tujuan dan matlamat.Dengan sokongan dan kasih sayang daripada keluarga membuatkan kamu akan rasa lebih dihargai dan tidak berasa keseorangan.Keluarga memainkan peranan penting dan ketahuilah kamu bahawa keluarga tidak pernah membelakangkan dan meminggirkan kamu dalam apa situasi sekalipun.Masa ini juga sesuai untuk kamu mengeratkan kembali hubungan dengan keluarga yang sebelum ini renggang kerana masalah rumahtangga yang kamu alami.


6->SEPOTONG KEINSAFAN


Memanglah kamu mahu melupakan apa yang terjadi,tapi kamu perlu imbas kembali peristiwa pahit dan lihat pada diri sendiri.Walaupun penceraian berpunca daripada bekas suami atau isteri,kamu juga pasti ada melakukan kesalahan.Sedarlah,tiada manusia yang sempurna.Jika kamu tahu kekurangan dan kelemahan diri sendiri,kamu akan berubah untuk menjadi yang lebih baik dan tidak mengulangi kesalahan yang sama.Pasti timbul keinsafan dan melenyapkan api kemarahan yang hanya memudaratkan diri.Untuk apa kamu simpan perasaan dendam,jalan terbaik adalah lepaskan saja dan buka babak baru dalam hidupmu.


7->SETANGKAI KESIHATAN

Jagalah kesihatan diri agar emosi dan fizikal kamu tidak terganggu.Kesihatan yang mantap penting untuk kamu melakukan sesuatu pekerjaan.Bersiar-siarlah ke taman dan selalu bersenam.Amalkan pemakanan sihat,banyakkan makan sayuran dan buahan.Bukan saja baik untuk kesihatan,malah membuatkan kulit tubuhmu lebih menarik.Apabila badan sihat,kamu juga lebih yakin dan gembira untuk meneruskan kehidupan.


Semua inginkan kebahagiaan,tiada sesiapa pun inginkan perpisahan.Cuma pesan kite kepada diri sendiri dan kawan2 semua..

"Jangan terlalu memandang bintang di  langit;
 hingga kita terlupa rumput di bumi"

Jangan pandang rendah pada rakan yang bergelar ibu/bapa tunggal.Bagi sokongan dan nasihat.Hari ini dugaan mereka,esok lusa....???




Kredit Info:



  • In Trend~Gaya Hidup Perhubungan








11 comments

tips yg bagus.. tp minta di jauhkan ler dr penceraian

18/1/11 15:10

@THE LEKAT LEKIT STORY

"hye sis!yelah kite mndoakan yg terbaik utk diri sdri dan juga kwn2 semua..amin

18/1/11 15:58

Pernah melalui saat rumah tangga diganggu org ketiga..alhamdulillah Allah panjangkan juga jodoh kami.. penceraian tu satu yang menyakitkan bagi seorang wanita dan perkara halal paling dibenci Allah s.w.t

18/1/11 16:00

"Jangan terlalu memandang bintang di langit;
hingga kita terlupa rumput di bumi"
~wow best ar, quot of the day~

wah!! tips yang berguna.. hehehe...

18/1/11 17:53

@❦ CuTe MuMmY FaRa ❦

"yes,dear.nak..nak lg yg no 5 tu...daku sentiasa di sisi support habis2an yehaa!

18/1/11 17:55

@nisa

"alhamdulillah semuanya tu ksh lalu.ttp buku lama,perbaiki buku yg baru.byk2 kan berdoa agar ksh pht lalu tak berulang ye..amin

18/1/11 17:56

@nora

"wink..wink.."

makcik!! ctrl+c laa.. bukan ctrl+a.. hehehe

18/1/11 19:00

nice entri..:)

18/1/11 19:55

dugaan yg plg berat dlm hidup wanita..mintak dijauhi..

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...