7

Akhirnya Adik Nurul Selamat Menjalani Pembedahan

11:09 |

Assalammualaikum semua.Wah..wah kat dashboard kite traffic jam dgn isu AJL.Sekarang kite nak berkongsikan artikel ni.Hiburan melodi di hati,tapi jangan lupa ada lagi yang bersedih di luar sana;

Gambar Nurul Dahyatul Fazlinda Mat Haizan, Mangsa Simbah Asid, Mat Haizan Mat Yasin

Nurul Dahyatul selamat jalani pembedahan


KUALA TERENGGANU 9 Jan. - Pembedahan ke atas wajah kanak-kanak mangsa simbahan asid oleh bapanya sendiri, Nurul Dahyatul Fazlinda Mat Haizan, 9, hari ini memakan masa hampir enam jam.
Ia dijalankan oleh beberapa pakar perubatan termasuk seorang pakar bius di Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini bermula tengah hari ini.
Che Ku Zaimah Che Ku Awang, 29, memberitahu, anaknya itu telah dimasukkan ke dalam bilik bedah pada pukul 12.30 tengah hari dan dibawa keluar dari bilik itu selepas pukul 6 petang.
"Saya bersyukur kerana semuanya berjalan dengan lancar walaupun pembedahan itu mengambil masa yang agak lama. Saya sangat resah menunggu.
"Bagaimanapun, selepas keluar saya sayu tengok keadaan Lin (Nurul Dahyatul Fazlinda). Kasihan, dia terpaksa melalui semua ini," katanya ketika ditemui lewat petang ini.
Pada 15 Ogos lalu, kanak-kanak malang itu telah terkena simbahan asid sehingga menyebabkan bahagian mukanya cedera teruk ekoran pertelingkahan antara bapa dan ibunya.
Turut cedera dalam kejadian itu ialah Che Ku Zaimah, seorang lagi anaknya iaitu adik Nurul Dahyatul, Muhammad Irfan Firdaus, 3; dan ibu Che Ku Zaimah, Minah Omar, 56.
Menurut Che Ku Zaimah, selama ini, dia dan anaknya amat mengharapkan pembedahan dapat dilakukan segera dan bersyukur kerana akhirnya ia menjadi kenyataan.
Nurul Dahyatul merupakan pesakit keempat yang dibedah di hospital itu hari ini.
"Dia menangis kesakitan ketika ubat bius dimasukkan ke dalam tubuhnya sebelum pembedahan dijalankan.
"Tetapi semangatnya kuat. Dia tak mahu mukanya kelihatan buruk seperti selalu dan saya berdoa agar usaha yang dilakukan doktor dapat menggembirakan Lin nanti," ujar Che Ku Zaimah.
Dalam pembedahan itu, kulit paha Nurul Dahyatul diambil sebelum ditampal di bahagian parut mukanya.
Menurut Che Ku Zaimah lagi, anaknya akan ditempatkan semula di unit kebakaran bagi memudahkan proses pemulihan.
"Saya belum lagi dimaklumkan oleh doktor bila Lin akan dapat kembali semula ke sekolah. Tetapi yang pasti masih ada beberapa peringkat pembedahan lagi," ujarnya.
Ibu muda itu turut meminta orang ramai mendoakan agar Nurul Dahyatul akan pulih secepat mungkin.


Kredit Info:Utusan Malaysia 


Nota Comel->Sama-samalah kite semua mendoakan yang terbaik untuk adik Nurul.Kite memang ikut perkembangan adik Nurul ni dari mula2 disimbah asid.Kasihan di usia yang muda terpaksa menempuh dugaan sebegini rupa.Risau juga sebab adik ni perempuan,kasihan kalau jadi mangsa ejekan dan hinaan kawan2 lelaki.Bagaimana nasibnya di masa depan kalau berjumpa sesetengah lelaki(bukan semua ye)yang hanya tahu ambil kesempatan di atas kelemahannya.Tapi sebagai seorang ibu,kite juga mendoakan yang terbaik untuk adik Nurul.Kecacatan ujian Allah ni ada 1001 hikmah tersembunyi.Semoga perjalanan hidupnya diberkati Allah selalu amin.

7 comments

10/1/11 11:35

mudahan segalanyer berjalan lancar bagi adik nurul, dan mudahan adik nurul sembuh

alhamdulillah,, semoga hidupnye penuh disinari cahay kebahagiaan,, hurm kesian dia,,

10/1/11 11:57

yelah..hari ini hari dia..sama2lah berdoa agar keluarga dan diri kita sendiri dilindungi dr malapetaka amin

10/1/11 14:58

kesian dia . .

10/1/11 19:43

semoga semuanya sentiasa selamat :)

10/1/11 20:56

@nelly
@lini hasnan

hye semua!tak sabar tgu perkembangan adik nurul,hrp kulitnya cpt sembuh.

10/1/11 21:00

buletin utama mlm ni,doktor kata nurul perlu lalui pelbagai stage.parut akan kekal,yg mampu dilakukan adalah untuk improvekan proses pemulihan kulit.

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...