0

Al-Kulliyah Bersama Dato Abu Hassan Din Al-Hafiz

07:57 |
Assalammualaikum semua.Hari ini sempena 3 Safar,topik KHURAFAT dipilih untuk rancangan Al-Kulliyah.Disebabkan sejak turun temurun masyarakat melayu percaya bulan Safar dikaitkan dengan bala bencana dan musibah,hingga menerbitkan beberapa amalan khurafaat dan tahyul dengan harapan dapat menangkis dan menolak musibah tersebut.Amalan-amalan khurafat bulan safar seperti mandi safar, membuat ancak, melarang mengadakan kenduri kahwin dan percaya adanya burung hantu sebagai tanda kematian masih berurat nadi dalam kehidupan masakini. Amalan, fahaman dan kepercayaan seperti ini bukan sahaja bercanggah dengan syariat Islam tetapi juga boleh menyebabkan rosaknya akidah.Nahas dan bala bencana bukan hanya berlaku dalam bulan Safar. Kepercayaan seperti ini perlu ditolak kerana Allah Taala telah memberi amaran kesan dalam surah At Taubah ayat 51 yang bermaksud:

"Katakanlah (Wahai Muhammad) tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah pelindung yang menyelamatkan kami dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawaqal” 


Pengacara->Ustaz Mohamad Fauzi Mustafa(U)
Panel Jemputan->Dato' Abu Hassan Din Al-Hafiz(AHD)
                        ->Dato' Yusuf Haslam(YH)


U->Khurafat adalah benda yang tak logik,contoh macam tengok drama lawan2 boleh keluar api.Khurafat adalah tahyul,tak masuk akal.

Dato' AHD->Sebenarnya bila cakap soal khurafat,ertinya khurafah.Iaitu cerita karut-marut yang tak berasas.Dari segi syarak,ia satu kepercayaan melibatkan sesuatu benda/perkara/tempat yang boleh mendatangkan mudarat.Contohnya satu benda cerita yang diberitahu begini..begini..nanti akan jadi begini..begini..Tak boleh percaya melainkan kalau ada nas/hadis yang menyebut.

Bagaimana dari segi akidah

Zaman jahiliah banyak benda khurafat berlaku.Bila nak keluar rumah kena lepaskan burung dan tengok arah mana burung itu terbang,boleh Dato huraikan?

Dato' AHD->Sebelum kedatangan Islam perkara khurafat sinonim dengan jahiliah.Percaya kalau nak musafir tengok burung lepas terbang ke mana.Ada juga satu mangkuk hikmah dan ada dadu.Bila nak pergi atau tak,mereka masukkan dadu dalam mangkuk untuk tahu jawapan.Ini khurafat.Kalau burung naik ke atas alamat dia macam ni..kalau burung terbang ke kanan..alamat dia macam ni.

Kalau pergi memancing(ini kata orang bukan kata saya)kena pulak tengok bini tidur belah mana.Kalau bini tidur belah kiri,batang pancing campak belah kanan.Kalau bini tidur terlentang?Hah..tak yah campak mana2lah.Kenapalah hari ni kita masih terlibat dengan khurafat?


Apakah misi Dato'Yusuf bikin filem?

Dato' YH->Idea filem 'Khurafat' datang daripada Shamsul.Asalnya dia nak buat cerita hantu tapi saya tak nak dia buat cerita yang buat penonton terperanjat,terkejut.Buat filem mesti ada elemen agama,harus dekati orang2 agama/guru/ustaz untuk dapatkan input.Dengan tajuk Khurafat-ia mengisahkan seorang lelaki yang mengamalkan ilmu khurafat.Dari awal cerita ditunjukkan pelbagai perkara yang berlaku dan kenapa jadi macam ni macam tu.Kalau pilih jalan hitam,hitamlah.Putih..putihlah.Filem ini lebih kepada seram dan agama yang turut diterapkan.

U->Kalau sebut tentang burung dan dadu,berkaitan dengan akidah.Semasa Piala Dunia semua percaya sotong.Adakah itu khurafat?

Dato' AHD->Sesuatu yang kita percaya tanpa hadis/nas,itu khurafat.Katalah baru2 ni Piala Suzuki Malaysia lawan Indonesia,sotong kata Indonesia menang.Tiba2 Malaysia menang,nak sekeh ke kepala sotong tu?Apa kuasa/kelebihan sotong nak tentukan kalah menang.Sekolah mana sotong ni..U mana sotong ni?Manusia pun tak mampu nak tentukan future,inikan sotong.Allah anugerahkan akal.Bila ada orang percaya hingga yakin,itu dah khurafat!

Penonton->Adakah tarikh 1.1.2011 tarikh yang bagus hinggakan ramai yang nak beli kereta,beli rumah,nikah..adakah ini khurafat?

Dato' AHD->Ada yang pilih sebagai tarikh perkahwinan.11~11~11 pun dah ramai 'booking'.Jangan percaya apa2 tetapi kalau nak senang hafal,sukakan angka 1 boleh.Dalam sejarah,Nabi Muhammad dilahirkan 12 Rabiul Awal,Nabi hijrah masuk ke Madinah pada 12 Rabiul Awal dan wafat pada 12 Rabiul Awal.Ulama buat kajian nombor 12 dalam kehidupan Nabi.Cari hadis,semak al-Quran.Kalau begitu angka tak memainkan peranan dalam kehidupan.Kalau betul2 yakin dan percaya,boleh pergi khurafat.Ibubapa pula letak hantaran 11,111.Untuk apa?Kalau letak ada 'ong',ada tuah itu dah jejaskan akidah.Tapi malang masih ada masyarakat melayu letak hantaran 9,999.Tambah jelah RM 1.00 dah jadi 10,000 terus.Kalau percaya ada ong/ada tuah dah jatuh khurafat.

U->Ada kawan saya sukakan nombor 313 booking plat kereta.Dia sukakan 313 kerana mengingati kemenangan umat Islam berjaya menundukkan musuh semasa perang Badar.Apa komen Dato'?  

Dato' AHD->Saya pun ada kereta 7 biji termasuk kereta isteri,anak,menantu.Kalau nampak nombor 89 itu keluarga sayalah.Mula2 saya yang sukakan 89,anak bini pun suka jadilah family plat.Jangan percaya nombor ada ong atau tak.Percaya pada benda2 yang beri faedah dan manfaat.Minta maaflah orang melayu kita nak meminang datang dari jauh dengan 3 biji kereta.Bila biawak lalu diorang brek emergency.Disebabkan biawak lintas jalan,diorang patah balik takut pinangan ditolak.Macam mana nak buat,dah biawak tu nak lintas jalan.Khurafat jejaskan akidah.

Penonton->Ada juga masyarakat Islam percaya dengan tuah.Apakah hukumnya?

Dato' AHD->Bila lahir budak ada ketuat,kata tu lah..ni lah.Dah nak tumbuh nak buat macam mana?Itu semua karut-marut.Kepercayaan sejak turun temurun.Hujan panas dikatakan ada orang nak mati.Bunyi burung hantu ada orang nak mati.Cuba tanya tukang tilik moden tepi jalan,kalau jawapannya 'Ada duit senang belanja.Takda duit susah belanja'..betullah tu.

“Sesiapa yang datang menemui ‘arraf (tukang tilik) maka tidak diterima solatnya selama empat puluh hari” (Riwayat Muslim).

Penonton->Bagaimana cara terbaik tak terjerumus dalam khurafat?

Dato' AHD->Senaraikan list2 kepercayaan karut tadi.Antaranya;
  • Percaya kalau cicak berbunyi,maknanya betullah kita cakap.
  • Kadang2 nak makan dua-dua  hulur tangan ambil lauk,dikatakan ada orang nak datang.Tunggu sampai malam pun tak datang2.
  • Biawak lintas konon nasib malang.
  • Rama-rama masuk rumah konon ada orang nak datang.
Senaraikan dan singkirkan dari kamus hidup orang melayu.

U->Perjanjian syaitan..sejauh mana Dato' buat kajian?

Dato' YH->Dalam filem itu,dalam kehidupan harian banyak orang percaya khurafat.Banyak berlaku dalam kalangan rakan saya.Ada rakan perempuan yang sanggup beli cermin di Siam supaya naikkan seri muka.Dia usap dengan kemenyan.Sampaikan bercerai sebab suami tak setuju.Akhirnya dia mengaku bukan bartambah cantik tapi bertambah buruk.

Dato AHD->Cermin hikmat bila dipuja,tengok muka dalam cermin nampak lawa.Yang melawakan itu syaitan yang dah bertenggek.Senang nak panggil syaitan,seru2 je syaitan masuk.

U->Mengapa di era teknologi Facebook,angkasawan gi bulan,masih ada yang suruh tanam uri dengan pen,kalkulator?

Dato' AHD->Terlalu dengan fahaman kolot.Dah zaman moden maka dimodenkan pulak.Nak anak jadi penulis,tanam uri dengan pen..sayang pen tu.Nak anak jadi hartawan ditanam uri dengan Rm1-Rm2.Ada yang letak paku supaya tak kena gangguan syaitan.Ada juga letak garam supaya cepat hancur(yang ini boleh).

U->Ada kaitan tak khurafat dengan syirik? 

Dato' AHD->Kalau kita lihat dari segi akidah,kalau dah yakin hingga minta bantuan syaitan,dah syirik.Khurafat tak termasuk dalam 7 dosa besar.Tapi kalau dah yakin(macam kes biawak) dah syirik.

Dato' YH->Terlalu percaya sebab semua tu berlaku secara kebetulan.Tu yang buat orang percaya.

Dato' AHD->Khurafat kecil.Tapi dah berlaku syirik,jadi dosa besar.Allah tak ampunkan dosa syirik.Orang melayu mengapa mesti percaya pada benda tak masuk akal,tak logik.Nabi sendiri pun tak tau baginda/sahabat nak meninggal bila.Burung hantu pulak tahu sapa nak meninggal.

U->Betulkah 2 adik-beradik kawin setahun serentak boleh akibatkan cerai-berai?

Dato' AHD->Ini mungkin satu alasan kawin sekali tak banyak untung.Kawin sekali untung.Ada mak bapak tak nak kawinkan 2 anak setahun.Jangan amalkan dan usah percaya.

Penonton->Bagaimana amalan menabur bunga/air mawar di atas kubur?

Dato' AHD->Jirus air memang sunat.Basahkan tanah supaya cepat mendap.Kalau tabur bunga ada percaya karut-marut itu tak boleh.Ulama kata memang harus/sunat siram kubur nak basahkan tanah supaya cepat mendap.Tapi kalau tabur bunga dah 10 bakul/10 jenis bunga/atau pacak pokok bunga kemboja dah jadi apa?Ada juga yang kata kalau pacak sesuatu yang basah,selagi pelepah basah ia akan minta ampun pada penghuni kubur.Kalau penghuni kubur buat dosa dah tentulah dapat balasan,apa pokok boleh tolong?Silap2 kena bantai dengan pokok2 sekali.Jangan terlibat dengan khurafat,syirik dan bida'ah.

Penonton->Petua supaya anak cepat berjalan,kena ketuk lutut dengan tempurung kelapa?

Dato' AHD->Saya pun susah nak jawab.Dalam kitab tak sebut pun.Hadis lagilah.Secara logik kita cuba ketuk lutut anak dengan tempurung.Dan cuba tengok seorang lagi anak kawan/jiran yang tak diketuk dengan tempurung.Katakanlah yang tak diketuk tu boleh berjalan.Apa kuasa/kelebihan tempurung.Jangan percaya.Tapi suka hatilah kalau nak juga ketuk,jangan sampai putus urat.

U->Boleh cerita beberapa unsur khurafat dalam filem?

Dato' YH->Ia lebih kepada watak yang dibawa.Akibat terlalu marah dan dendam dengan seorang perempuan,dia jumpa bomoh.Bila jumpa bomoh,pelbagai syarat perlu dilakukan.Buat perjanjian.Akhir cerita ada balasannya.Di akhir cerita membawa satu pendedahan/rumusan tentang peristiwa yang terjadi di awal cerita.

Dato' AHD->Contoh cincin kalau saya pakai batu hijau,saya cuma nampak ia cincin saja.Tapi kalau dah percaya sampai penuh 5 jari,yang ni batu bulat,yang ni batu bujur,yang ni bersegi.Ini boleh kebal itu boleh kebal..maka syaitan pun masuk.Faham2 jelah kalau syaitan dah masuk.Jangan buruk sangka pada sesuatu kejadian.Bulan Safar ada yang kata bulan malang padahal takda.14 kurun dulu Nabi dah beritahu jangan percaya.Jangan percaya pada batu...nak2 lagi ramai percaya batu geliga.Sehebat-hebat batu adalah Hajar Aswad.Itu pun  cium kerana mengenang peristiwa di mana Nabi mencium Hajar Aswad.Kalau Hajar Aswad pun takda kuasa,apatah lagi batu biasa.

U->Akhir kata

Dato' YH->Tontonlah filem Khurafat.Ada mesej,ada elemen,ada isi.

Dato' AHD->Kita perlu fikir di zaman open sky,zaman dunia tanpa sempadan..berfikirlah secara logik dan rasional.Insya Allah tidak akan terlibat dengan khurafat.

Tanpa agama manusia binasa,
Tanpa ilmu manusia buta,
Tanpa iman manusia sengsara,
Tanpa ukhwah manusia tersiksa.

Ada agama datangnya pelita,
Ada ilmu datangnya harta,
Ada harta datangnya derma,
Ada ukhwah datangnya saudara.



Nota Comel->Semoga entri kali ini dapat menyedarkan kite semua berapa ramai antara kite sebelum ini dikelilingi oleh kepercayaan mengarut.Sampaikanlah kepada keluarga,jiran,sahabat andai agar semua dapat menjauhkan diri dari perbuatan khurafat menuju syirik....amin.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...