2

Apa Persediaan Menghadapi Kematian Insan Tersayang

12:30 |
Assalammualaikum semua..dah waktu makan tengahari tentu korang lapar.Mulalah pening kepala menu apa pulak ye untuk tengahari ni.Perut dah ber'shuffle' minta diisi.Semalam nasi campur,hari ni nak makan apa pulak?Ada yang tengah berdiet cuma minum air limau panas je..jangan seksa perut.Makan boleh tapi biarlah sekadar mengalas perut dan berhenti sebelum sendawa..opss..sebelum kenyang ler.Kalau sampai dah sendawa tu confirmed ler dah melantak banyak ye tak?

Kenapa topik ini dipilih?Cuba ingat kembali dalam 4 hari pertama di tahun baru 2011,berapa banyak yang korang dengar/baca/lihat tentang kes2 kematian mengejut dan kematian yang dirancang?Banyak kan?Kematian mengejut termasuklah kemalangan,alam bencana atau akibat penyakit.Contoh terdekat kematian mengejut ialah pemergian pelakon tanah air arwah Faizal Yusof.Kematian yang dirancang seperti membunuh diri,merempit,samun dan bunuh,rogol dan bunuh...yang semuanya berakhir dengan kematian tragik(seperti maid kawan kite tu).


Kenikmatan hidup di dunia ini amat banyak sekali.Kesenangan dan kebahagiaan yang dikurniakan Tuhan adalah rezeki yang dikurniakan tanpa dibayar apa2 pendahuluan sebagai cagarannya.Tip kaunselor kali ini diperolehi dari Majalah Harmoni yang berkongsi tentang persediaan diri secara rohani,jasmani dan psikologi untuk menerima takdir ketiadaan insan yang tersayang.Kematian adalah satu yang pasti berlaku kepada sesiapa sahaja.Ia datang tanpa mengira waktu,usia dan persediaan yang telah dilakukan.Ia datang tidak cepat dan lambat walaupun sesaat.

Firman Allah bermaksud:


“Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya besok. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal,” (QS. Luqman : 34).

Tips persediaan mental & fizikal menghadapi kematian insan yang tersayang

1->Apabila ia hadir semua yang dilakukan akan terhenti secara takdir yang ditentukan Allah s.w.t.Semuanya akan akur dengan ketentuan itu tanpa dapat menghalang atau menangguhkannya.

 “Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengenal apa yang kamu kerjakan.” (Surah Al Munafiqun: Ayat 11)

2->Mereka yang bergelar tersayang akan ditinggalkan walau perasaan tidak meredhainya.Sebanyak mana air mata yang dikeluarkan dan sekuat mana raungan yang ada tidak akan membuatkan Allah berkompromi dengannya.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Dari Abdullah r.a katanya: Telah bersabda Nabi SAW: “Tidak termasuk golongan kami orang yang memukul-mukul pipi, mengoyak-ngoyak baju dan berteriak-teriak seperti berteriaknya orang jahiliah.” (Riwayat Al-Imam Bukhari). 

3->Suka atau tidak,bersedia atau belum ketika kematian datang menjengah membuatkan orang yang menghadapinya terhenti seketika untuk mencari makna sebenar kematian dan mengapa Tuhan mengambilnya.

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah, ayat 156-157 yang bermaksud: “Orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. Mereka itu ialah orang yang dilimpahi dengan pelbagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya. Dan mereka itulah orang yang dapat petunjuk hidayahNya.” 

4->Mereka yang tinggal harus bersedia meneruskan kehidupan yang ada.Suka dan duka menjadi kenangan yang sukar dilakukan.Jiwa dan akal diurus dengan teratur agar dunia dilalui dengan sempurna.


5->Apabila berlaku kesukaran selepas kematian orang tersayang jangan malu untuk bertanya apa yang diperlukan.Jika sukar pasti ada jalan keluar yang memudahkan,jika bimbang dan khuatir pasti ada pelindungnya.Jika tersalah cari pandu arahnya.

6->Bagi isteri yang berhadapan dengan situasi ini,haruslah bertenang dan sabar untuk melaluinya.Jiwa yang redha akan memudahkan akal untuk berfikir bahkan diri yang tenang akan mudah untuk bertindak.


Hadapi kematian insan tersayang

(Artikel ini dari Suzana Ghazali,Perunding Psikologi Keluarga)



Seorang teman menghantar e-mel menceritakan berita sedih kematian suami salah seorang rakan kami. Dalam e-mel itu menceritakan bagaimana suami rakan tersebut yang tidak mempunyai sakit apa pun. Cuma malam sebelum pemergian itu, suaminya terjaga dan mengerang kesakitan. Akan tetapi selepas itu dia kembali tidur. Namun jam empat pagi sekali lagi suaminya mengerang kesakitan. Tak lama kemudian dia kembali kepada Allah. Tak dapat dibayangkan situasi yang dihadapi Alif di rumahnya sendiri bersama empat orang anak-anaknya. Si sulung darjah satu dan yang paling bongsu baru berusia empat bulan.


Di atas adalah cerita yang dihantar oleh seorang rakan sepengajian kepada saya dan rakan-rakan sepengajian lainnya melalui syariah-law98-yahoogroups. Emel ini adalah respons kepada emel sebelumnya yang menyampaikan berita kembalinya suami rakan kami itu ke rahmatullah pagi Ahad 5hb Mei baru-baru ini. Memang mengejutkan. Aruah suaminya sebaya kami sahaja. Benarlah janji Allah, bila tiba masanya, takkan terlewat atau tercepat walau sesaat. Yang agak melegakan, rakan kami itu bekerja. insyaAllah, tak terlalu bermasalah untuk menguruskan keperluan anak-anak.


Itu dari segi zahirnya lah, dari segi emosi memang agak payah. Bukan saja untuk Alif malah untuk semua individu di dunia ini. Bila orang tersayang pergi secara tiba-tiba, memang susah nak diluahkan apa yang dirasa. Paling mudah, air mata sahaja jadi teman setia. Seperti rakan kami ini, khabarnya (menurut emel seorang rakan yang menghubunginya, saya masih belum berkesempatan berbual sendiri dengannya semasa perbincangan ini disediakan), dari cara Alif berbual dengannya, dapat dirasakan semangat Alif yang kuat dan tabah. Cuma menurut kata rakan saya itu, mungkin masih terlalu baru. Bila makin lama, kehilangan akan lebih terasa. Seperti dirinya sendiri yang hanya merasakan kehilangan ayah tercinta selepas dua minggu pemergian aruah kira-kira 16 tahun lalu.


Cepat atau lambat, bukan pokok perbincangan saya kali ini. Yang ingin saya kongsi bersama semua pembaca kali ini ialah peranan kita sebagai insan yang masih ada dan perlu meneruskan kehidupan di dunia ini setelah orang tersayang yang menjadi tunggak utama kehidupan dijemput pergi mengadap Ilahi sama ada secara tiba-tiba atau memang dijangka (contohnya kes sakit berpanjangan). Terus terang, saya masih belum diuji dengan berita kematian insan tersayang. Namun, apa yang saya bincangkan di sini, bukan hanya nak pandai cakap tetapi juga sebagai satu panduan untuk saya sendiri apabila perlu menghadapi situasi demikian. Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan, sama ada payung patah atau sedikit bocor, mempunyai payung adalah lebih baik daripada perlu basah kuyup di dalam hujan.


Peranan pertama dan paling utama ialah kita perlu ingat dan percaya bahawa kematian adalah pasti untuk setiap insan. Sama ada cepat atau lambat, kematian pasti datang. Bila? Di mana? Bagaimana cara atau apa sebabnya? Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Kedua: Anda boleh menangis kerana kehilangan tetapi jangan sampai anda tidak merelakan pemergiannya. Tidak merelakan bererti anda melawan takdir Ilahi, nauzubillah. Ketiga: Jangan fikirkan kesusahan yang bakal anda tempuhi di dalam hidup kerana kehilangannya sebaliknya fikirkan bagaimanakah caranya untuk anda meneruskan kehidupan setelah pemergiannya. Ingat! Allah dah janjikan rezeki yang tersendiri untuk setiap makhluknya yang hidup di muka bumi ini. Anda hanya perlu berusaha, ikhtiar dan tawakkal, insyaAllah ada rezeki yang datang kepada anda.


Keempat: Tunaikan hasrat si mati. Jika anda mempunyai impian bersama untuk membesarkan anak-anak, jangan jadikan kematian pasangan anda sebagai alasan untuk anda menguburkan impian tersebut. Sebaliknya anda perlu tabahkan hati dan kuatkan semangat untuk menunaikan impian dan hasrat aruah. InsyaAllah, rohnya akan turut gembira bila impiannya ditunaikan oleh anda. Kelima: Jangan kecewakan roh si mati. Saya yakin, anda pernah mendengar tentang roh balik ke rumah, melihat kehidupan orang yang ditinggalkan. Wallahua’lam, saya tak dapat nak pastikan kebenaran kata-kata tersebut sebab roh adalah antara perkara ghaib yang kita adalah dilarang untuk mempersoalkannya kerana tersalah soal atau tersilap percaya, boleh membawa kepada kufur, nauzubillah.


Yang penting, kehidupan selepas kematian itu ada, bermula di alam kubur seterusnya di akhirat setelah berlakunya kiamat. Kekecewaan yang saya maksudkan adalah berkaitan kehidupan selepas kematian. Seringkali kita lupa tentang kehidupan si mati selepas dia dikebumikan. Kita sering kali mempertikaikan nasib orang yang ditinggalkan sedangkan Allah telah memberi jaminan rezeki kepada setiap hamba-Nya yang hidup. Sebaliknya, tiada jaminan selamat daripada siksaan kubur melainkan si mati membawa bersamanya amal soleh. Di dalam satu hadis menyatakan: Apabila mati seseorang anak Adam, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang diambil orang manfaatnya dan anak yang soleh yang mendoakannya. Bukan sahaja doa anak soleh malah doa sesiapa sahaja yang ikhlas boleh membantu mereka yang telah pergi.

Moga kita semua lebih bersedia dalam setiap perkara mendepani hari muka…

Hasil Karya Suzana Ghazali


2 comments

u make me cry .......
!_!

4/1/11 18:16

@ALFALORA MOHD MUSTAFA

sbr ye sis,setiap yg hdp pasti akan pergi,esok lusa mgkn glrn kite semua,sama2lah sedekahkan al-Fatihah ye,tenang je muka ex sis tu.

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...