6

Apa..H1N1 Buat Hal Lagi?

22:20 |
Assalammualaikum semua..korang tengok berita tak tadi seorang pelatih PLKN perempuan terkena jangkitan H1N1 di Kem Sentosa,Tapah,Perak!Aduh awal tahun ni virus buat hal lagi.Kesian pada mangsa.



Seorang pelatih wanita PLKN disahkan H1N1

13/01/2011 6:28pm

TAPAH, 13 Jan. - Seorang pelatih wanita Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) berusia 18 tahun di Kem Sentosa dekat Chenderiang, disahkan dijangkiti virus Influenza A (H1N1) pada Ahad lalu, kata Exco Kesihatan Negeri, Datuk Dr. Mah Hang Soon.
Katanya, 47 lagi pelatih yang mempunyai simptom penyakit seakan influenza kini menjalani rawatan susulan dan pemantauan sepanjang masa oleh pasukan perubatan di kem tersebut.
"Kes itu dikesan pada Ahad lalu selepas 85 pelatih mengalami tanda-tanda influenza seperti selesema dan semua pelatih berkenaan menjalani ujian saringan influenza di kem berkenaan pada hari sama,” katanya kepada pemberita ketika melawat kem berkenaan hari ini.
Bagaimanapun katanya, semua keluarga pelatih tidak perlu panik dengan situasi itu kerana kem itu mempunyai kemudahan perubatan yang lengkap bagi mengawal keadaan. - Bernama

WASPADA GELOMBANG KEDUA H1N1


Rasanya ramai yang dah tak endahkan dan jaga kesihatan seperti tahun lepas.Apatah lagi tahun ini anak2 dah mula bersekolah,ada yang memulakan diari kehidupan sebagai pelajar di  IPTA/IPTS,ibu bapa juga sudah mula sibuk bekerja mencari nafkah.Persekitaran yang melibatkan orang ramai memudahkan lagi jangkitan.Mari imbas kembali apakah simptom-simptomnya:

Sama dengan simptom selesema biasa.Pesakit akan mengalami demam,batuk,sakit tekak,sakit badan,pening kepala,sejuk dan kelesuan.Ada juga pesakit yang mengalami cirit-birit dan muntah2.Dalam sesetengah kes pesakit turut mengalami kegagalan paru2 dan sistem pernafasan.

BAGAIMANA IA MEREBAK?



Virus ini merebak seperti virus selesema bermusim yang lain.Ia biasanya disebarkan dari seorang individu ke individu lain menerusi batuk dan bersin.Individu yang dijangkiti boleh menjangkiti individu yang lain sehingga hari ke-7 jangkitannya.Adakalanya seseorang itu boleh dijangkiti melalui barang yang disentuh dengan tangan dan kemudiannya menyentuh mulut dan hidung mereka.


LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN


1->RAJIN MENCUCI TANGAN
Membasuh tangan dengan kerap membantu melindungi anda daripada kuman.Basuh tangan dengan sabun/pembersih tangan berasaskan alkohol.Anda juga boleh membasuh tangan di antara 15-20 saat dengan air suam dan sabun.Jika tiada air dan sabun,boleh gunakan tisu pakai buang berasaskan alkohol atau pembersih gel.

2->HINDARI TERLALU SERING MENYENTUH MATA,HIDUNG ATAU MULUT
Virus flu sering tersebar saat seseorang menyentuh permukaan yang mengandungi kuman lalu menyentuh mata,hidung dan mulut masing2.

3->ELAK BERHUBUNGAN DENGAN ORANG LAIN
Jika ada laporan wabak selesema,elakkan untuk berjabat tangan dan mencium orang lain.HIndari tempat umum jika sakit untuk mencegah penularan penyakit.Jangan lupa menutup mulut dan hidung ketika bersin atau batuk untuk mencegah penyebaran virus.

4->POLA HIDUP SIHAT
Biasakan diri dengan gaya hidup sihat.Hindari rokok,dapatkan tidur yang mencukupi,lakukan senaman,mengendalikan stres denagn bijak,minum banyak air masak serta mengambil makanan sihat dan berkhasiat.

5->ELAKKAN KUNJUNGAN KE TEMPAT/NEGARA YANG  MENGALAMI H1N1.
Ikuti perkembangan terbaru dari wabak flu ini dan tindakan perubatan yang disarankan oleh penduduk setempat.Maklumat lanjut berkaitan virus H1N1 boleh diperoleh dengan melayari http://h1n1.moh.gov.my atau hubungi hotline 03-88810200/0300.


INDIVIDU BERISIKO


  • Kanak2 berusia 5 tahun ke bawah
  • Warga emas yang berusia 65 tahun ke atas
  • Remaja berusia bawah 19 tahun yang mengambil aspirin bagi jangka masa yang panjang
  • Wanita hamil
  • Individu yang memiliki berat badan berlebihan
  • Individu yang kurang daya ketahanan tubuh seperti pesakit HIV dan pesakit kanser 
  • Individu yang menghidap penyakit saraf,asma,kegagalan fungsi organ,paru2 kronik,penyakit hati,penyakit sistem darah,penyakit kardiovaskular dan gangguan metabolik seperti diabetes
  • Penghuni pusat penjagaan kesihatan





Kredit Info:







6 comments

13/1/11 23:05

kena kurung laaa kanak2 dalam umah ni,seb bek masa me cuti2 1 malaya hari tuh, duk angkut hanak2 ni kesana sini,penyakit tuh tak der dah jap....uishhh

13/1/11 23:30

@ida

hye ida!kite takut gak drg berita tadi sbb virus ni sng dijangkiti nak2 lagi budak dah start sekolah.mcm2 pesanan sampai si kembar pun pening he3...

14/1/11 01:12

salam

eh....dtg lagi yea, baru ni dengar berita virus baru lak..huhuu

14/1/11 01:15

salam

pulak, baru ni dengar virus baru lak ada...

semoga jauh lah daripada kita semua...

14/1/11 07:03

aishh aishh ! jom cegah sma-sma

14/1/11 10:29

@sissyira
@Novelgurl

Slm semua!br je on9 ni he3..hrp tak mengganas lglah virus ni..risau nk bergerak ke mana2..

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...