1

Asma'14~AL-MUSAWWIR

10:00 |
Assalammualaikum dan selamat pagiiiiii!Hari Jumaat yang indah,semoga kawan2 semua dilindungi Allah s.w.t. selalu amin.Wah..wah semua busy hari ni.Ada yang masih menguap tak cukup tidur dan ada yang tengok je jam tak sabar nak sarapan pagi.Ada juga yang celik je mata terus terpa blog tengok entri terkini kawan2.Apa kata sambil sesi singgah dan bertanya khabar,sama2 alunkan zikir yang indah ini.Nama Allah yang seterusnya ini banyak kelebihan jika diamalkan oleh bakal ibu/pasangan suami isteri.


Bismillahirrahmanirrahim


MAHA MEMBERI RUPA BENTUK


AL-MUSAWWIR,Yang Membentuk sesuatu.Menjadikan rupa atau bentuk segala sesuatu makhluk sesuai dengan kegunaannya sama ada makhluk di dunia mahupun di alam lainnya.

1->Memperoleh anak
Wanita yang ingin mendapat anak yang cantik hendaklah berpuasa selama 7 hari berturut-turut dan membaca Ya Musawwir beberapa kali selepas solat Asar ketika duduk di tikar sembahyang.Kemudian baca surah Al-Fatihah dan menghembus ke dalam gelas dan airnya kemudian diminum ketika berbuka nanti.Insya Allah dia akan melahirkan anak2 yang cantik.Seorang ustaz berkata,bagi doa ini dimakbulkan,anda hendaklah membaca Ya Khaliq Ya Bari' Ya Musawwir dengan diikuti yang sama seperti di atas.

2->Mendapat hasil yang baik
Siapa yang membaca Ya Musawwir 336 kali atau lebih(bergantung pada masa dan keupayaan anda),insya Allah apa2 pekerjaan yang dilakukan akan mendatangkan hasil yang sangat baik.

3->Memperolehi anak soleh
Baca Ya Musawwir 10 kali sebelum berjimak dengan isteri anda,insya Allah anda akan dikurniakan anak yang soleh.

4->Bersalin dengan selamat
Wanita yang hamil dan ingin melahirkan anak dengan selamat hendaklah berpuasa 7 hari dan membaca 3 Asma Ul Husna Ya Khaliq Ya Bari' Ya Musawwir 21 kali dan menghembusnya ke dalam gelas yang berisi air yang akan diminumnya ketika berbuka nanti.Insya Allah dia akan bersalin dengan selamat.



Kredit Info:

Zikir Asma Ul Husna 99 Nama Allah~Hassan Mia

1 comment

21/1/11 18:29

Maha Suci Allah yang menciptakan segala-galanya menurut perancangan-Nya dan tidak sia-sia...
Setiap ciptaan-Nya berbeza diantara satu sama lain baik rupa, bentuk, rasa walaupun dari satu kelompok. Begitulah keajaiban ciptaan Allah SWT yang bernama al-Musawwir.

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...