9

Asma'17~AL-WAHHAB

10:00 |
Assalammualaikum semua dan selamat pagi.Maaf ye ini auto publish.Hari ini hari pertama kite bekerja dan insya Allah pulang je dari office,kite akan cepat2 balas jejak dan komen kawan2 semua ye.Hari ini kite akan kongsikan nama Allah yang ke-17 iaitu;


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

MAHA PEMBERI


AL-WAHHAB,Yang Sentiasa Memberi.Allah s.w.t.mencurahkan rahmatNya ke atas makhlukNya.Dia Maha Pemberi.

1->Menjadi terkaya dan terkenal
Bila membaca Ya Wahhab 300 kali setiap hari atau selepas setiap solat fardhu,insya Allah anda akan dikurniakan kekayaan,kemakmuran dan kemasyhuran.Jika anda mengamalkan solat sunat Dhuha dan membaca Ya Wahhab 41 kali di sujud yang terakhir,insya Allah anda akan dirahmati dengan harta yang banyak.Peluang akan datang dengan mudah sekali.

2->Permintaan dimakbulkan
Siapa yang membaca Ya Wahhab 7 kali sebelum meminta sesuatu,insya Allah permintaanNya akan diperkenankan.Jika dibaca 100 kali dengan tangan menadah ke langit,doa anda akan dimakbulkan.

3->Mencari pekerjaan
Siapa yang tidak mempunyai pekerjaan atau sangat miskin,hendaklah dia mengamalkan solat sunat,kemudian sujud dan membaca 70 kali Ya Wahhab.Dia akan mendapat makanan tanpa disangka-sangka(dari kawan,jiran atau seumpamanya).

4->Membayar hutang
Jika anda mempunyai hutang yang banyak tetapi tidak ada wang untuk membayarnya,kerjakanlah sembahyang sunat hajat atau nafil 2 rakaat selepas tengah malam setiap Khamis selepas Maghrib dan Isyak,kemudian memalingkan wajah ke langit dan membaca Ya Wahhab 111 kali.Kemudian hendaklah dia membaca Al-Fatihah dan ini hendaklah dilakukan 3 malam berturut-turut(tiga Khamis).Insya Allah keperluan anda akan tersedia dan hutang akan dapat dilangsaikan.

5->Menjauhi kelaparan
Baca Ya Wahhab 41 kali di sujud terakhir solat Zuhur,insya Allah anda tidak akan merasa lapar.

6->Dimakbulkan doa
Baca Ya Wahhab 7 kali selepas berdoa pada bila-bila masa,kemusykilan anda akan terjawab dan permintaan anda akan diperkenankan,insya Allah.

7->Membebaskan diri
Jika ditangkap oleh musuh atau pendapatan anda tidak mencukupi,bacalah Ya Wahhab 100 kali selama 3 hingga 7 malam selepas solat sunat nafil 2 rakaat di tengah malam.Insya Allah anda akan berasa bebas atau mendapat rezeki yang banyak.


Nota Comel->Alhamdulillah betapa banyaknya kelebihan bagi yang berzikir Ya Wahhab.Pengalaman sendiri,kite memang mengamalkan zikir ini.Alhamdulillah tawaran kerja memang banyak.Tapi Allah duga keimanan kite.Diberi pekerjaan dengan gaji lumayan T.E.T.A.P.I. kena buka aurat(maklumlah dengan company bukan Islam).

Alhamdulillah Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui,kite akhirnya berjaya juga mendapat pekerjaan yang menutup aurat.Walaupun tawaran yang diberi 1/2 daripada dulu,kite bersyukur.Mudah-mudahan kite dapat kekal lama di tempat kerja yang baru ni.Kawan2 doakan untuk kite ye....




Kredit Info:

  • Zikir Asma Ul Husna 99 Nama Allah~Hassan Mia


9 comments

24/1/11 14:58

bagus amalkan zikir asma'husna ni..nisa pun cadang nak anak nisa hafal zikir ni and amalkan setiap kali lepas solat..insyaalah

24/1/11 23:42

@nisa

"hye nisa!alhamdulillah..elok dr kecil bibir anak biasa menyebut nama-nama Allah.smga anak2 kite semua dilindungi Allah selalu amin

23/10/11 05:08

tq very much!!!!:)

23/10/11 10:17

@ade2mama

alhamdulillah :)

23/10/11 10:17

@ade2mama

alhamdulillah :)

19/11/12 23:09

sepanjang usia sy yg dah msk 3-series ni baru la saya sedar betapa hebatnya mengamalkan zikir ya-wahab ini. very amazing disamping kita berusaha secara konsisten.

31/12/12 22:06

@KenariPutih

alhamdulillah..sy turut ajar ank2 berzikir sebelum tidur utk pendinding dan juga elak dari mimpi yg buruk :)

5/9/13 16:49

alhamdulillah...terima kasih di atas maklumat yang sangat berharga ini...

6/9/13 09:35

@keykisama2..owh baru blogging ye,singgah tadi still takda post :)

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...