0

Asma'18~AR-RAZZAK

10:00 |
Assalammualaikum dan selamat pagi.Ada yang baru bangun???Jangan bangun lambat 'mahal' rezeki nanti.Alhamdulillah nama Allah yang seterusnya untuk diamalkan bersama ialah;


Bismillahirrahmanirrahim


MAHA MEMBERI REZEKI


AR-RAZZAK,Memberi makanan dan kekayaan.Memberi makanan dan juga sumber makanan bagi makhlukNya.


1->Berlindung dari kemiskinan
Siapa yang membaca Ya Razzaq akan mendapat rezeki dan kekayaan tanpa disangka.Selepas menunaikan solat Subuh berdirilah di sebelah kanan rumah menghadap kiblat dan baca Ya Razzaq 10 kali lalu menghembus ke dalam rumah.

Kemudian bergerak ke hadapan rumah menghadap kiblat dan baca lagi Ya Razzaq 10 kali kemudian menghembus ke dalam rumah.Ulangi perbuatan yang sama di bahagian belakang rumah dengan disudahi bahagian kiri rumah.Insya Allah rezeki akan datang mencurah-curah.Anda juga akan terhindar dari penyakit dan kemiskinan tidak akan menimpa keluarga anda.


2->Memudahkan kefahaman
Baca Ya Razzaq 20 kali setiap hari di waktu pagi sebelum sarapan selama 20 hari,insya Allah kefahaman yang mendalam tentang perkara yang diinginkan akan didapati.

3->Beroleh kejayaan
BacaYa Razzaq selalu di tempat kerja,insya Allah anda akan berjaya menempuh apa2 kesusahan.Baca17 kali dan keinginan anda akan dimakbulkan,insya Allah.

4->Memajukan perniagaan
Baca Ya Razzaq 308 kali di empat penjuru kedai atau pejabat di mana perniagaan lembap,dengan muka menghadap kiblat.Insya Allah perniagaan akan bertambah maju dan rezeki akan lebih murah.Lakukan ini sebaik sahaja selesai solat Subuh.

5->Meredakan kemarahan pemerintah
Jika anda mempunyai hajat dengan pemerintah atau kerajaan di tempat anda,baca Ya Razzaq 308 kali sebelum bertemu dengannya,insya Allah anda akan mendapat keputusan yang memuaskan.Jika ia sedang marah kepada anda,ia akan menjadi tenang dan kemarahan itu akan hilang,insya Allah.



Kredit Info:

Zikir Asma Ul HUsna 99 Nama Allah~Hassan Mia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...