4

Asma'1~ALLAH

14:53 |
(Tidak ada yang lain melainkan Dia)


1->Mulakan dengan Bismillah
Bila menyebut atau membaca nama-nama Allah,hendaklah seseorang itu memulakan dengan menyebut Asma Ul Husna yang pertama iaitu Bismillah Hir Rahman Nir Rahiim.Diikuti dengan bacaan selawat ke atas  Nabi Muhammad s.a.w.Setelah menyebut mana2 Asma Ul Husna,bacalah selawat ke atas Nabi sekali lagi dan selawat seharusnya dibaca sekurang-kurangnya sekali sebelum dan selepas membaca Asma Ul Husna.

Para wali mengatakan apabila kita membaca selawat malaikat mendatangi kita untuk menyampaikan pesanan kita tetapi apabila kita terlupa untuk berselawat,pesanan itu akan tertinggal di dunia.Selawat ini hendaklah dibaca sekali atau 10 kali atau 100 kali sebelum dan selepas membaca nama-nama Allah yang terbaik ini.

2->Doa dimakbulkan
Sesiapa yang membaca Ya Allah 5000 kali setiap malam dengan penuh khusyuk,insya Allah apa sahaja yang diinginkan atau dipintanya akan dimakbulkan.Nama Allah s.w.t.boleh dibaca 5000 kali untuk mendapat rezeki atau kekuatan jiwa dan material.Malah dikatakan siapa yang menyebut Ya Allah setiap hari dengan penuh keimanan dan keikhlasan terhadap Allah s.w.t,kekayaan akan datang mencurah-curah dari setiap penjuru.Namun pastikanlah perbuatan anda selari dengan doa anda kepada-Nya.Jika anda seorang peniaga dan anda menyebut Asma Ul Husna ini,insya Allah perniagaan anda akan bertambah maju.

3->Menyembuhkan penyakit
Bagi orang yang sakit dan tidak merasa ada kesembuhan,membaca Ya Allah 1100 kali di antara waktu Asar dan Maghrib sangat mujarab.Selepas membacanya,pesakit hendaklah membaca surah al-Fatihah dan menghembus ke dalam air dan kemudian minum.Insya Allah dia akan merasa lega.

4->Menghilangkan rasa ragu-ragu
Siapa yang membaca Ya Allah 1000 kali sehari setiap hari,insya Allah segala keraguan yang ada di hatinya seperti tentang iman contohnya,akan hilang.Menyebut kalimah ini akan menguatkan semangat dan memberi kejayaan kepada jiwa pengamalnya.

5->Mendapat maruah yang baik
Membaca Ya Allah 66 kali selepas tiap2 solat fardhu selama 66 hari,insya Allah orang itu akan dihormati dan disukai orang.Kehidupannya akan dipenuhi kebaikan yang banyak dan kalimah ini hendaklah dibaca dengan iman yang teguh dan penuh keyakinan.Bagi mereka yang tidak begitu teguh keyakinannya terhadap Asma Ul Husna ini,membacanya akan mengurangkan kesakitan mereka."Ya Allah Ya Hayyu" untuk bertambah iman kepada Allah s.w.t.

6->Bertambah keimanan
Jika seseorang itu membaca Ya Allah Ya Hayyu 1000 kali setiap hari,insya Allah iman dan keyakinannya terhadap Allah s.w.t.akan sentiasa bertambah.

7->Melawan kejahatan
Jika Ya Allah Ya Hayyu dibaca 100 kali setiap Jumaat sebelum sembahyang Jumaat,akan menjadikan kehidupan seseorang itu mudah dan apa2 yang dipinta akan diselesaikan oleh Allah s.w..t.Bagaimanapun,membaca kalimah ini hendaklah dalam keadaan suci bersih,iaitu bersih dari hadas besar dan sebagainya.

Nota->"Ya Hayyu atau Hayy" adalah salah satu nama Allah yang paling kuat.Ia bermakna mencukupi atau tidak memerlukan kepada yang lain.Digandingkan dengan "Ya Allah"ia mempunyai kuasa untuk menghalang niat jahat.

8->Menjauhi kesulitan
Baca Ya Allah 200 kali selepas Jumaat,insya Allah urusan anda akan dipermudahkan.

9->Beroleh keselamatan
Baca Ya Allah beberapa kali sehari,insya Allah anda akan selamat dan rumah anda terselamat dari banyak kejahatan.

Nota->Allah s.w.t.juga adalah Yang Maha Pemberi atau Yang Maha Mengabulkan Harapan kita.Dia adalah Tuhan dan di zaman dahulu,orang2 Islam biasa membaca Ya Rab secara berkumpulan.Ini juga sebahagian dari makna nama ALLAH. 


Nota Comel->Sekarang siaran langsung Al-Kulliyah dengan tajuk 'Khurafat'.Tetamu jemputan ialah Dato Abu Hasan Din Al-Hafiz dan Dato'Yusuf Haslam.Insya Allah kite akan kongsikan di next artikel ye.

4 comments

7/1/11 15:35

Alhamdulillah.. :)

thanks untuk info yg bagus ni..

7/1/11 17:56

perkongsian yang bagus...thanks atas infonya...

7/1/11 18:05

alhamdulillah...hanya menjalankan tugas sebagai hamba-Nya dan berkongsi utk kwn2 tersayang!

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...