1

Asma'20~AL-A'LIM

09:30 |
Assalammualaikum dan selamat pagi semua.Sekejap je masa berlalu.Tak lama lagi memasuki bulan Rabiul Awwal.Alhamdulillah ini adalah nama Allah yang ke-20 dapat kite kongsikan.Semoga kawan2 dapat memilih dan mengamalkan Asma Ul Husna yang sesuai dengan keperluan.Tapi lagi bagus jika setiap hari dapat berzikir 99 nama Allah.Bagi yang memandu ke tempat kerja atau menghantar anak ke sekolah,boleh memasang CD zikir atau buka je channel IKIM.Oklah,mari mulakan dengan;


Bismillahirrahmanirrahim


MAHA MENGETAHUI


AL-A'LIM,Yang Maha Mengetahui.Dia Mengetahui segala sesuatu yang wujud dan tidak wujud.Tidak ada yang tersembunyi dari ilmuNya.Walaupun kita cuba menyembunyikan sesuatu darinya,tetapi Dia Mengetahui lebih dari kita sendiri.Semua jelas kepadaNya.

1->Ilmu bertambah
Siapa yang membaca Ya A'lim 100 kali setiap hari akan mendapati ilmunya bertambah,insya Allah.

2->Iman bertambah
Jika membaca Ya A'lim 100 kali selepas setiap solat fardhu,anda akan mendapat lebih ilmu tentang perkara ghaib di dunia,manusia dan aspek kehidupan secara am.Keimanan juga akan menjadi bertambah teguh,insya Allah.

3->Cahaya di hati
Serulah Ya A'lim setiap masa,setiap hari dan sebanyak mungkin kerana zikir ini akan memberi cahaya islam ke dalam hati kita,insya Allah.




Kredit Info:

  • Zikir Asma Ul Husna 99 Nama Allah~Hassan Mia



1 comment

Selamat pagi BFF ku.. woot!! woot!!

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...