0

Asma'21~AL-QABIDH

09:00 |
Assalammualaikum dan salam pagi Jumaat semua!Alhamdulillah hari ini sekali lagi dapat bernafas di hari Jumaat,penghulu segala hari.Eloklah sama-sama memperbanyakkan memuji dan menyebut nama Allah.Insya Allah jika kawan2 berniat baik,maka Allah sudah pasti mempermudahkan,amin.Mari dimulakan dengan;


Bismillahir-Rahmanir-Rahim


MAHA PENYEMPIT HIDUP



AL-QABIDH,Yang Kuat CengkamanNya.Allah s.w.t. mengambil nyawa dan memberi rezeki yang sedikit kepada sesiapa yang dikehendakiNya.Maha Menyempitkan.Allah boleh tidak memberi apa-apa yang disukaiNya.

1->Membuang halangan

Baca Ya Qabidh 100 kali sehari,insya Allah kesukaran dan halangan akan hilang dan anda tidak akan terancam oleh musuh.

2->Haid yang tidak putus

Wanita atau anak gadis yang masih mengalami pendarahan walaupun tempoh haid telah tamat hendaklah membaca Ya Qabidh 151 kali dan menghembus ke dalam gula dan kemudian makan gula itu,insya Allah darah akan berhenti.

3->Perlindungan dari bahaya

Baca Ya Qabidh 100 kali dengan niat untuk  menghalang orang jahat dari mempengapakan anda atau orang lain,insya Allah niat jahatnya akan terhenti.

4->Mendekatkan diri kepada Allah s.w.t

Untuk lebih dekat kepadaNya,bacalah Ya Qabidh 100 kali setiap malam Jumaat,dan dengan limpah kurniaNya doa anda akan diterima.Zikir ini sangat disarankan bagi mukmin yang memohon keampunan dan mahu mencapai kebahagiaan hakiki dalam mendampingi Allah s.w.t.

5->Selamat di dalam kubur

Sentiasalah membaca Ya Qabidh dan anda akan selamat dari siksa kubur.

6->Mengalahkan lawan

Jika anda tidak mahu kalah di tangan lawan,amalkan membaca Ya Qabidh selama 3 hari berturut-turut sebelum dan selepas solat.Bacalah dengan khusyuk dan insya Allah anda akan menang.

7->Terhindar dari kelaparan

Tulis Ya Qabidh di atas 50 cebisan roti atau buah dan kemudian makan.Ulangi selama 40 hari berturut-turut dan insya Allah anda akan terhindar dari kelaparan.





Kredit Info:

  • Zikir Asma Ul Husna 99 Nama Allah~Hassan Mia



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...