1

Asma'22~AL-BASITH

12:28 |
Assalammualaikum semua..salam tengahari Ahad.Alhamdulillah sekejap je masa berlalu.Sudah 25 Safar.Semoga kehidupan kawan2 semua dilindungi Allah sentiasa.Kali ini giliran nama Allah yang ke-22 iaitu;


MAHA PELAPANG HIDUP



AL-BASITH,Yang Maha Membanyakkan.Allah s.w.t.berkuasa menghimpun kekayaan untuk sesiapa yang dikehendakiNya.Melapangkan hidup hamba yang dikehendakiNya.

1->Rezeki yang mencukupi
Selepas solat sunat,angkat tangan ke langit dan baca al-Fatihah.Kemudian baca Ya Basith 10 kali lalu sapu tangan ke muka.Allah s.w.t.akan menghantar barakah dalam bentuk makanan;dan makanan yang sedikit pun akan mencukupi untuk seisi keluarga.Anda tidak akan bergantung kepada sesiapa untuk mendapatkan makanan,insya Allah.

2->Menjadi orang yang berilmu
Ilmu dan punca rezeki anda akan bertambah bila membaca 10 kali Ya Basith selepas solat sunat Dhuha,insya Allah.

3->Dibukakan pintu kejayaan
Baca Ya Basith 300 kali atau lebih dengan tangan menadah ke langit dan kemudian menyapu ke wajah.Insya Allah pintu dan jalan-jalan kejayaan di dunia dan akhirat akan dibukakan untuk anda.

4->Mampu berdikari
Baca Ya Basith beberapa kali selepas solat Subuh sambil tangan menadah ke langit.Selepas habis membaca,sapukan tangan ke wajah dan biarkan beberapa ketika dan jika anda melakukannya dengan penuh yakin dan ikhlas,insya Allah anda akan pandai berdikari dan tidak memerlukan pertolongan orang lain di dalam urusan anda.


Kredit Info:


1 comment

30/1/11 14:39

nice info .
thank you
=)

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...