4

Asma'23~AL-KHAFIDH

10:00 |
Bismillahirrahmanirrahim
 
MAHA PENGHINA


AL-KHAFIDH,Yang Menghina.Memberi kekalahan.Allah s.w.t.boleh menjatuhkan anak Adam kerana kesalahannya sendiri dengan menghukum ia dengan menghinakannya di kalangan masyarakat.

1->Mencapai kemenangan
  • Baca Ya Khafidh 200 kali sehari,insya Allah kemenangan akan dicapai dan anda akan selamat.
  • Puasa selama 3 hari dan di hari ke-4 adakan jamuan dan baca Ya Khafidh 70,000 kali.Insya Allah anda dan kumpulan anda tidak akan dipengapakan musuh.
2->Menghapuskan musuh
Bacalah Ya Khafidh 500 kali setiap hari dengan penuh khusyuk dan diri suci dari hadas atau najis,insya Allah apa yang diminta akan diperkenankan dan musuh akan dihapuskan.

3->Melawan musuh
Jika anda mempunyai ramai musuh seperti rakan sejawat yang suka memfitnah anda,mereka yang suka mengambil kesempatan atau yang tumpuan mereka hanya untuk menjatuhkan anda,bacalah Ya Khafidh 1000 kali.Insya Allah anda akan merasa aman dari ancaman musuh.

4->Di medan perang
Bila membuat persediaan untuk berperang,pilihanraya atau sebagainya,bacalah Ya Khafidh 7000 kali dan kemudian berangkat,insya Allah musuh atau lawan akan dikalahkan oleh kuasa yang tidak diketahui.

Diriwayatkan bahawa Abu Sufyan menyatakan dia nampak ribuan lelaki yang berpakaian putih dan menunggang kuda putih melawan askarnya dalam peperangan Uhud.Dan tambahnya,mereka kelihatan tidak dapat dikalahkan dan ini berlaku ketika dia mengetuai tentera Mekah melawan tentera Islam.

5->Menghilangkan kebimbangan
Baca Ya Khafidh 500 kali dan anda akan bebas dari kebimbangan dunia dan hajat anda akan diperkenankan,insya Allah.


Kredit Info:






4 comments

31/1/11 10:30

thanks...info yg amat berguna

nak maklumkan dah jd follower yer

31/1/11 11:18

@Lina

:
'hye Lina!tq sis!

tenkiu dear...

2/2/11 00:49

info menarik akak...insyaAllah yaty akan cuba amalkan...

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...