2

Asma'2~AR-RAHMAN

20:30 |
MAHA PEMURAH


AR-RAHMAN,Yang Maha Pemurah.Allah s.w.t. Yang Maha Pengasih mengampunkan semua makhluknya dan Maha Kasih kepada mereka ketika mereka di dunia.Pemberi bagi tiap-tiap sesuatu adalah Dia,bukan alam semulajadi sebagaimana yang digambarkan oleh sesetengah budaya yang lebih mempercayai keagungan alam semulajadi dari kewujudan Allah s.w.t.

1->Kuat ingatan
Sesiapa yang membaca Ya Rahman 100 kali setiap selepas solat fardhu,insya Allah dia tidak akan menjadi pelupa kerana dia akan sentiasa dapat memberi tumpuan.Membaca kalimah ini juga akan menjadikan seseorang itu baik hati dan ia akan disukai orang.

2->Anak rajin belajar
Jika anak-anak tidak mahu belajar di sekolah atau leka dengan permainan atau sebagainya,ibu atau bapanya hendaklah membaca kalimah Ya Rahman 5 kali dan menghembus ke dalam air selepas setiap solat fardhu.Pastikan anak kemudiannya minum air itu.

3->Menyembuhkan sawan
Sebut Ya Rahman 40 kali dan hembus ke dalam telinga orang yang sedang diserang sawan.Doa mesti dihembus dalam satu nafas ke atasnya.Walaupun tidak ada catatan yang mengatakan ini telah menyembuhkan sesiapa,tetapi ingatlah bahawa orang yang menyebut nama-nama Allah ini mestilah yang mempunyai iman yang teguh,Justeru,orang fasik atau munafik tentu tidak akan mencapai apa2 dengan nama ini tetapi bagi mereka yang keyakinannya kepada Allah tidak berbelah bagi,insya Allah serangan itu akan reda atau hilang.

4->Mendapat ilmu
Tulis Ya Rahman dalam bahasa Arab,rendam dalam air zam-zam dan minum.Insya Allah anda akan mendapat rahsia ilmu Allah.

5->Mendapat rahmat
Supaya anda dirahmati Allah,baca Ya Rahman 298 kali selepas sembahyang subuh,dan insya Allah anda akan diberikan rahmat Allah.

6->Selamat dari kezaliman
Baca Ya Rahman setiap selepas solat dan anda akan terhindar dari sebarang jenis kezaliman atau ketidakadilan,insya Allah.




Kredit Info:


  • Zikir Asma Ul Husna 99 Nama Allah~Hassan Mia

2 comments

9/1/11 00:10

Elhamdulillah, sumber ilmu yang baik...terus berkarya.

9/1/11 01:19

@abuikhwan

terima kasih sahabat!kalau ada yg tersalah minta ditunjuk ajar ye.Yg baik dr Allah yg buruk dr kite manusia.

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...