5

Asma'3~AR-RAHIM

10:00 |
MAHA PENYAYANG


AR-RAHIM,Yang Maha Pengasihani Lagi Maha Penyayang.Allah Yang Maha Pengasih penuh dengan kasih sayang kepada makhlukNya.Di akhirat kelak sifat Ar-RahimNya akan dinikmati oleh orang2 mukmin dengan cara yang tidak dapat mereka gambarkan sekarang.

1-Melembutkan Hati
Bacalah Ya Rahim 100 kali sehari atau jika mampu,100 kali selepas setiap solat fardhu.Insya Allah hati anda akan menjadi lembut dan anda akan menyayangi orang lain.

2-Menjauhi Bahaya
Sesiapa yang takut sesuatu yang buruk akan menimpanya,baca Ya Rahman Ya Rahim 100 kali,insya Allah ia akan dilindungi dari perkara yang tidak diingini atau dari ketidakpastian.Matinya juga dalam keadaan beriman.

3-Menjadi Terkenal
Membaca Ya Rahim 100 kali selepas subuh akan menjadikan setiap orang sukakan anda.

4-Ketika memerlukan pertolongan
Selepas solat Asar pada hari Jumaat,baca Ya Rahman Ya Rahim secara berterusan di tempat yang sama di mana anda mengerjakan solat Asar tadi.Bacaan hendaklah diteruskan sehingga 10 atau 15 minit sebelum masuk waktu Maghrib dan kemudian mintalah doa untuk menyelesaikan kesusahan yang anda sedang hadapi atau pertolongan yang sangat-sangat anda kehendaki,insya Allah akan dimakbulkan.
NOTA:Selagi anda sedang membaca kalimah Ya Rahman Ya Rahim ini secara berterusan,anda tidak boleh bercakap dengan sesiapa dan pandangan anda hendaklah tertumpu ke tempat sujud sahaja.

5-Menjauhi Kesesatan
Baca Ya Rahmanu Ya Rahim 100 kali sehari,insya Allah anda tidak akan disesatkan.

6-Sakit yang tidak sembuh
Baca Ya Allah Ya Rahmanu Ya Rahim dari Asar ke Maghrib selama 41 hari,kemudian hembus kepada orang yang sakit atau sendiri jika anda mengidap sakit yang tidak boleh sembuh.Insya Allah sakit itu akan sembuh.

7-Untuk menjadi kaya
Baca Ya Rahmanu Ya Rahim 500 kali sehari.Jika Allah mengkehendaki,anda akan menjadi sangat kaya dengan peluang yang diberikan kepada anda.


Nota Comel:Jangan lupa untuk membaca selawat ke atas Nabi sekali,10 kali atau 100 kali sebelum dan selepas membaca nama-nama Allah s.w.t.



Kredit Info:


  • Zikir Asma Ul Husna 99 Nama Allah~Hassan Mia








5 comments

10/1/11 10:28

oh sejuk rase hati masuk2 jer blog ni bace Asma'3~AR-RAHIM. Nice sharing dik :)

10/1/11 10:36

@MAPPIAU

hye & gd mng!alhamdulillah...

10/1/11 11:08

InsyaAllah...

10/1/11 11:10

wah..

thanks sb share ^^

10/1/11 11:29

Sama2..ntikan nama Allah yg ke-4 ye nti..insya Allah.

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...