4

Asma'4~AL-MALIK

23:25 |
MAHA PEMERINTAH


AL-MALIK,raja segala raja.Raja berdaulat yang mentadbir rakyatnya sebagaimana yang Dia suka,tanpa bantuan sesiapapun melainkan apa yang dikehendakiNya.

1->Dihormati
Sesiapa yang membaca Ya Malik bila-bila masa pada waktu siang atau malam,dia akan dihormati dan mendapat layanan istimewa daripada orang lain.

2->Dilimpahkan kekayaan
Baca Ya Malik 121 kali setiap hari selepas matahari terbit atau matahari terbenam,insya Allah kekayaan harta dan jiwa akan dilimpahkan dengan peluang yang disediakan oleh Allah s.w..t.

3->Menghalang niat jahat musuh
Orang mukmin yang membaca Ya Malik 100 kali selepas solat Subuh,bantuan Allah akan datang dan musuh tidak akan dapat mendatangkan bencana kepadanya.

4->Kebersihan jiwa
Bacalah Ya Malik 100 kali setiap pagi,insya Allah hatimu akan bersih dan dirimu akan jadi terhormat.

5->Boleh berdikari
Baca Ya Malik 121 kali setiap pagi selepas Subuh,insya Allah anda tidak akan perlu meminta-minta daripada orang lain kerana Allah s.w.t. akan memenuhi keperluan anda.

6->Mengekalkan kuasa
Amalkan membaca Ya Malik setiap masa,insya Allah kedudukan tinggi anda akan tetap teguh dan jika anda mempunyai kuasa(politik atau sebagainya),kuasa anda akan kekal.


Alhamdulillah sudah 4 Asma Ul Husna dapat kite kongsikan..harap dapat membantu kawan2 yang kebetulan tercari-cari zikir yang sesuai untuk menyelesaikan masalah dan menenangkan hati.Assalammualaikum...selamat malam!


Kredit Info:


  • Zikir Asma Ul Husna 99 Nama Allah~Hassan Mia

4 comments

11/1/11 01:25

nak jadikan amalan lah lepas ni:)

11/1/11 13:23

harini baru sebut 6kali ^_^

12/1/11 14:42

@Amirrah Zawani

slm Amirrah Zawani!alhamdulillah teruskan berzikir ye ^-*

12/1/11 14:44

@nora

slm nora!alhamdulillah yg penting bukan kuantiti tapi usaha dan niat tu ada..^-*

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...