0

Asma'5~AL-QUDDUS

02:09 |

Assalammualaikum semua.Maaf terlebih dulu kerana satu hari tak on9.Hari ni tak berapa sihat,sekejap kena hujan,sekejap kena panas,tiba2 pening kepala.Rindu sangat nak bw dan dah hutang banyak entri tapi bila try je tengok skrin,makin berpinar mata.Hubby pun tak bagi on9 dulu,suruh rest.Tapi sebab dah sebulan lebih bergelar seorang blogger,celik mata je tak tengok blog rasa macam ada yang tak kenalah.Ibarat pakai kasut tanpa stoking,makan nasi tanpa lauk,tengok tv tanpa suara,tengok blog tanpa entri baru...pergghhh nak nangis rasanya.Insya Allah kite akan update entri secepat mungkin untuk dikongsikan bersama.Terima kasih kepada kawan2 yang tinggalkan komen dan tinggalkan jejak.Insya Allah kite cuba balas ye.Untuk entri pertama pagi Rabu ini..jom sama2 berzikir.

MAHA SUCI


AL-QUDDUS ,Yang Maha Pemurah.Yang Maha Suci.Yang bebas dari kegagalan,ketidakcukupan atau apa jua bentuk kelemahan.Dalam erti kata lain Yang Maha Sempurna.Tujuan ulama menyebut nama Allah ini ialah untuk membersihkan seseorang itu dari sikap atau perangai buruk seseorang.

1->Membersihkan hati
Sesiapa yang membaca Ya Quddus 100 kali sehari apabila matahari sedang terbenam,insya Allah hatinya akan dibersihkan dari segala perasaan sombong,tamak,irihati,benci dan sebagainya.

2->Terhindar dari bencana
Membaca Ya Quddus 1000 kali insya Allah akan menyelamatkan anda dari malapetaka.

3->Bebas dari kebimbangan
Bacalah Ya Quddus 100 kali setiap hari,insya Allah anda tidak akan merasa takut.

4->Memenuhi keinginan
Membaca Ya Quddus 1000 kali setiap hari akan membuat impian anda terkabul,insya Allah.

5->Menghindari Kelemahan Jiwa
Baca Ya Quddus 170 kali selepas zawal(sebelum Zuhur),insya Allah hati akan bersih dari segala kebimbangan dan kelemahan jiwa.Ini akan digantikan dengan cahaya 'rahmat Allah' atau keampunan dan kasih Allah terhadap kita makhluk yang lemah ini.

6->Menakutkan musuh
Baca Ya Quddus sebanyak-banyaknya dengan cepat atau kencang sambil hati takutkan Allah.Insya Allah musuh akan lari dan baca selalu jika anda mempunyai ramai musuh.

7->Menjauhkan kejahatan
Agar kejahatan atau perbuatan jahat dijauhkan dari anda,baca Ya Quddus setiap masa.Insya Allah ini sangat mujarab.Tetapi anda hendaklah berdoa secara khusus agar dilindungi dari perbuatan atau niat jahat dan sebagainya.




Kredit Info:

  • Zikir Asma Ul Husna 99 Nama Allah~Hassan Mia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...