5

Asma'7~AL-MU'MIN

10:15 |
Assalammualaikum..selamat pagi..alhamdulillah sekali lagi dapat kite berkongsi satu lagi nama Allah s.w.t yang indah.Mulakan dengan Bismillahirrahmanirrahim;


MAHA PENGAMAN


AL-MU'MIN,menjaga keamanan dan Penjaga Iman.Sesiapa di antara makhluk-Nya yang melakukan kesalahan atau menganiaya makhluk lain akan dibalas dengan adilnya,manakala bagi mereka yang taat kepada perintah-Nya akan dibalas dengan kebaikan seadilnya sebagaimana janji-Nya.

1->Perlindungan diri dan harta
Baca Ya Mu'min 136 kali untuk melindungi diri dan harta dari segala bahaya dan ia boleh dibaca bila-bila masa tatkala keluar rumah atau sebagainya.

2->Selamat dari bahaya
Sesiapa yang sentiasa membaca Ya Mu'min,akan selamat dari segala jenis bahaya.Hendaklah membacanya 36 kali dan jika membaca 126 kali,harta benda juga akan terpelihara.

3->Menjadi orang yang ikhlas
Sentiasa amalkan membaca Ya Mu'min 126 kali dan Nur Islam akan memancar di wajah dan orang akan melihat anda sebagai seorang yang ikhlas dan beriman dengan Allah s.w.t.Syaitan juga tidak akan menghampiri anda,insya Allah.

Nota:
Jika Ya Mu'min diamalkan dan dibaca dalam kumpulan yang terdiri dari Muslim yang taat,akan menambah kekuatan iman mereka dan ini adalah satu amalan yang baik untuk keteguhan iman dan keyakinan dalam Islam.



Kredit Info:

  • Zikir Asma Ul Husna 99 Nama Allah~Hassan Mia




5 comments

14/1/11 10:24

TQ. bagus untuk amalkan setiap hari

14/1/11 10:28

@s.y.a.r.q

alhamdulillah *-^

14/1/11 11:09

rase cam nak nanges je....

14/1/11 11:24

@tieha ismail

hye tieha!dekatkan diri sambil berzikir.Allah akan hlgkan gundah gulana di hati insya Allah *-^

14/1/11 11:47

bagus.. satu peringatan.. kadang2 kita alpha..

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...