2

Asma'8~AL-MUHAIMIN

08:00 |

MAHA PELINDUNG/PENJAGA


AL-MUHAIMIN,Yang Maha Mengambil Berat atau Menjaga atau melindungi.Ertinya Allah s.w.t.mentadbir dan menjaga segala sesuatu.

1->Membersihkan perwatakan
Siapa yang mengamalkan solat sunat 2 rakaat atau sunat nafil(terutama di tengah malam)kemudian membaca Ya Muhaimin 100 kali,jiwa dan jasadnya akan dibersihkan.Hatinya akan menjadi suci dengan cahaya keimanan bersinar menyerlah di wajahnya.Ertinya cahaya yang bersinar di hatinya akan terpancar dari wajahnya.

2->Kuat ingatan
Baca Ya MUHAIMIN 145 kali selepas solat Isyak,insya Allah anda akan memperolehi daya ingatan yang kuat.Mereka yang lemah daya ingatannya hendaklah sentiasa membaca kalimah ini 145 kali supaya daya ingatan dan hafalannya bertambah baik,insya Allah.

3->Pelindung Diri
Selepas berwuduk atau mandi sunat untuk solat Jumaat,kerjakan solat sunat 2 rakaat dan baca Ya Muhaimin 115 kali,insya Allah anda akan dijauhi perasaan bimbang sehinggaJumaat yang berikutnya.

4->Keamanan
Baca Ya Muhaimin 40 kali sehari untuk merasa aman dan tenteram.

5->Mempelajari rahsia Ilahi
Allah s.w.t.mengajar kita rahsia-Nya jika kita membaca Ya Muhaimin di sebarang waktu atau hari,insya Allah dan jika anda membacanya 101 kali bila-bila masa ketika anda inginkan sesuatu,insya Allah keinginan anda akan tercapai.



Kredit Info:

  • Zikir Asma Ul Husna 99 Nama Allah~Hassan Mia







2 comments

15/1/11 15:50

thanks for sharing...sesungguhnya nama-nama Allah adalah nama yang amat mulia...

15/1/11 15:54

@Miss Yaty
slm hye sis!alhamdulillah...=.=

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...