2

Asma'9~AL-A'ZIZ

11:30 |
Assalammualaikum semua.Alhamdulillah dapat lagi bertemu di sini bersama kawan2 semua.Tengah malam  tadi entri sebelumnya membuatkan kite sebak dan sedih.Alhamdulillah terima kasih kepada semua kawan-kawan yang memberikan komen.Ok hidup harus diteruskan,tutup buku lama dan buka buku baru.Hari ni tak mau sedih lagi.Mari kite semua berzikir mendekatkan diri dengan Ilahi.

Bismillahirrahmanirrahim

MAHA MULIA/PERKASA



AL-A'ZIZ,ialah Penakluk Yang Agung.Allah s.w.t.berbuat sesuatu mengikut apa yang disukaNya.Bukankah salah satu sifat Allah ialah bila Dia hendak melakukan sesuatu cukup baginya dengan berkata,"jadi!Maka jadilah ia."(Yasin:82)


1->Menjadi terkenal
Siapa yang membaca Ya A'ziz 40 kali setiap hari selama 40 hari,insya Allah ia akan diberi Allah kekayaan yang banyak dan dirinya akan dikenali ramai lagi disanjung tinggi.Bacaan kalimah ini juga akan menjadikan anda tidak bergantung kepada sesiapa dan waktu yang paling baik membacanya ialah selepas solat Subuh.

2->Harta yang tersembunyi
Anak murid atau ustaz biasanya membaca Ya A'ziz Ya Allah 100 kali selepas solat Subuh.Itulah sebabnya mereka mendapat rezeki(makanan atau lainnya)secara tidak kelihatan,sebagaimana yang diriwayatkan dan ini mestilah dibaca setiap hari.

3->Meminta hujan
Membaca nama Allah akan menyelesaikan banyak masalah.Jika terjadi musim kemarau di tempat anda,bacalah Ya A'ziz 200 kali di waktu pagi sebelum subuh.Insya Allah,di antara pukul 2.00 dan 3.00 pagi hujan akan turun dan ini alhamdulillah telah terbukti berlaku.

Alhamdulillah esok kite akan kongsikan satu lagi nama Allah s.w..t.Selamat beristirehat di hari minggu.



Kredit Info:

  • Zikir Asma Ul Husna 99 Nama Allah~Hassan Mia





2 comments

16/1/11 11:39

Bagus ni. Zikrullah.....membuatkan kita sentiasa dkt dgn Allah

16/1/11 13:40

@azzey

slm ptg ahad ye!alhamdulillah

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...