1

Awasi Keselamatan Si Kecil

15:59 |
Assalammualaikum semua..selamat petang.Semalam masa sesi singgah balas rakan2 kite ada terbaca suka duka membesarkan si kecil.Apatah lagi apabila si kecil dah pandai berjalan.Rasanya koleksi artikel  kite ini boleh membantu kawan2.Ok jom baca;


Malang tidak berbau.Tetapi kita boleh mengelakkan jika berusaha memastikan soal keselamatan sentiasa diambil kira ketika di rumah.Kejadian malang yang baru menimpa budak 5 tahun yang mati terjerut tali pengikat langsir patut dijadikan wake up alert untuk ibu bapa.Antara kejadian lain seperti kanak2 melecur akibat tertumpah minyak panas,mati terhempap tv atau terjatuh dari kediaman tinggi boleh dielakkan jika ibu bapa sentiasa mengambil berat soal ciri2 keselamatan.Ikuti beberapa saranan tip keselamatan di rumah oleh Dr.Carol Cooper,yang merupakan pakar kaunseling keluarga dan kanak2 berhubung soal keselamatan anak2 ketika di rumah.

SELURUH RUMAH

  1. Pasangkan kunci kalis kanak2 pada laci dan almari sebelum anak anda aktif.
  2. Pasangkan penutup pada soket palam/plak yang digunakan.
  3. Pasangkan penggera asap di setiap tingkat rumah.
  4. Elakkan wayar tergantung yang panjang terutama pada barangan elektrik seperti tv,lampu dan seterika.
  5. Jangan simpan mancis dan beg plastik di tempat yang boleh dicapai oleh kanak2.
  6. Bahan kimia patut disimpan di tempat terkunci dan jauh daripada jangkauan anak anda.Pastikan ia disimpan di dalam bekas asal dan sebaik-baiknya dengan penutup kalis kanak2.Elak sama sekali mengalihkan bahan beracun/kimia dalam botol minuman seperti botol air minuman atau bekas minuman.
  7. Simpan benda yang mudah pecah diluar jangkaan anak anda.
  8. Elakkan perabot yang berbucu atau berpenjuru tajam.
DAPUR

  1. Sentiasa teman anak kecil anda ketika dia makan untuk mengelakkannya daripada tercekik.
  2. Simpan peralatan dapur seperti sudu,garpu,pisau dan sebagainya di dalam laci yang berkunci atau di tempat tinggi.
  3. Elakkan penggunaan kain alas meja dan pelapik-anak mungkin menjatuhkan makanan panas dan objek tajam ke atas dirinya apabila dia menarik alas meja.
  4. Jauhkan cawan minuman panas daripada jangkaan dan pastikan pemegang periuk tidak terjulur keluar dari bahagian tepi dapur gas.Gunakan gelang memasak di bahagian belakang jika perlu.
  5. Pastikan lantai dapur bersih dan bersihkan sebarang tumpahan dengan segera.
  6. Tutup suis peralatan elektrik termasuk mesin basuh,cerek dan ketuhar.
  7. Simpan seterika dan papan gosok di luar jangkauan anak.
  8. Simpan sehelai selimut api dan pemadam api di dapur sebagai langkah keselamatan.
RUANG HADAPAN DAN TANGGA

  1. Jangan biarkan sebarang benda berselerak di depan tangga.
  2. Pasangkan pintu keselamatan di bahagian atas dan kaki tangga.
  3. Pastikan kekisi dipasang dengan baik.
  4. Ruang antara palang kekisi sepatutnya tidak melebihi 10cm(4 inci)untuk mengelakkan anak terjatuh melaluinya atau kepala atau anggotanya terperangkap pada celah palang.
  5. Pastikan pintu hadapan kalis kanak2 supaya dia tidak dapat terus  berlari ke jalan raya.
  6. Jangan sesekali membiarkan anak bersendirian di tempat mandi.
  7. Apabila menyediakan mandian anak,tuang air sejuk dahulu diikuti air panas.
  8. Letakkan tikar tidak licin di tempat mandi.Pastikan ada tuala alas kaki tersedia di luar pintu agar anak anda tidak mudah tergelincir sebaik keluar dengan kaki yang basah.
  9. Simpan dan kuncikan ubat/produk mengandungi bahan kimia di luar jangkauan anak anda.
  10. Pastikan penutup tandas sentiasa diturunkan bagi mengelakkan si kecil tergelincir.
BILIK TIDUR

  1. Jangan biarkan bayi anda tidak dijaga di atas meja menyalin pakaian.
  2. Pastikan kot/katil bayi mematuhi piawaian keselamatan.
  3. Jangan letakkan alat permainan bertali lebih daripada 30cm(1 kaki)di dalam katil bayi.
  4. Pastikan palang tepi katil dinaikkan ke atas apabila bayi berada di  dalamnya.
  5. Apabila dia boleh duduk sendiri,pastikan ketinggian katil pada kedudukan paling bawah.
RUANG TAMU

  1. Jangan letakkan benda yang panas/berat di atas meja atau rak yang rendah.
  2. Pastikan rak terpasang dengan selamat.
  3. Simpan rokok,pemetik api atau mancis di luar jangkaan anak2.
  4. Pastikan pintu gelangsar(sliding)daripada kaca yang kukuh dan tidak mudah dibuka oleh kanak2 dari dalam.
  5. Alihkan tumbuhan rumah yang beracun atau berduri.
KAWASAN BERMAIN

  1. Asingkan alat mainan kanak2 daripada mainan kanak2 kecil(permainan ikut usia).
  2. Jangan biarkan alat mainan berselerak,buang yang telah pecah.
  3. Jangan biarkan alat mainan kegemaran anak anda terletak di luar jangkauannya,ini akan mendorongnya memanjat untuk mendapatkan mainannya.

Kredit Info:

  • Harmoni~Perlu Tahu

1 comment

13/1/11 16:22

info yang berguna . tpi nelly belum kawen . baca tmbh ilmu

=)

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...