2

Back To School~Cegah Jenayah!

22:47 |
Assalammualaikum semua.Alhamdulillah minggu depan bermula sesi persekolahan untuk tahun 2011.Sekejap je masa berlalu.Anak2 dah tentu excited tak sabar nak pakai pakaian baru,beg baru,serba serbinya baru.Jumpa kawan dan guru baru.Dari tadika ke sekolah rendah,dari sekolah rendah ke menengah.Semuanya satu perubahan besar dalam kehidupan sebagai pelajar.Dengan harapan dan semangat di tahun baru,ibubapa pun memasang impian agar tahun ini pencapaian akademi anak2 lebih bagus dari tahun lepas.Bapa pula sibuk mengira dan merangka belanjawan kerana anak dah mula bersekolah,mana dengan duit belanja,duit tambang bas untuk sebulan,atau duit pengangkutan awam untuk anak2 yang pergi sendiri.Ibu pula paling sibuk sediakan breakfast,bawakan bekal,sediakan lunch.Menghantar ke tuisyen,mengaji,dan juga ajar anak semasa siapkan homework.Rasanya A-Z 'Things To Do' ibubapa dah lakukan.Tapi apalagi yang tertinggal ye???

Keselamatan!Jadual harian ibubapa mungkin bertambah kerana perlu memastikan keselamatan anak2 terutama ketika perjalanan pergi dan pulang dari sekolah.Anda sebagai ibubapa perlu pastikan semuanya berjalan lancar setiap hari.Ini kerana sedikit kecuaian akan mendedahkan kanak2 kepada ancaman bahaya.Oleh kerana jenayah seperti culik,buli,rogol dan bunuh boleh berlaku di mana2 sahaja tanpa mengira masa,maka adalah lebih baik langkah pencegahan diambil sebelum ia benar2 terjadi.

Tip Mencegah Jenayah Di Kalangan Kanak2 Sekolah

1->Didik anak supaya tidak mudah percaya kepada orang yang tidak dikenali.Beritahu anak anda supaya sentiasa berhati-hati dengan setiap orang di sekelilingnya.Elak daripada didekati oleh individu yang tidak dikenali.Kanak2 biasanya mudah percaya kepada orang dewasa,jadi anda perlu memberitahu anak2 supaya bersikap waspada.Beritahu mereka supaya jangan ikut orang yang tidak dikenali atau baru dikenali tanpa pengetahuan anda atau guru.Jika didatangi orang tidak dikenali,minta anak beredar ke kawasan orang ramai.


2->Perkenalkan password atau kata laluan rahsia.Ia mungkin janggal digunakan tetapi ia boleh dipraktikkan bagi tujuan keselamatan.Misalnya jika diajak oleh individu tertentu untuk tujuan tertentu,pastikan anak anda menyoal kata laluan berkenaan.Begitu juga ketika di rumah,sebelum membuka pintu pagar atau rumah,pastikan si kecil bertanya password terlebih dahulu.


3->Anda mungkin rasa selamat sekiranya si anak menggunakan khidmat bas setiap hari.Tetapi anda sebenarnya masih perlu pastikan keselamatan mereka ketika mereka berjalan dan ketika menunggu bas sekolah di tepi jalan.Jangan biarkan anak kecil atau anak remaja anda bersendirian menunggu bas di luar perkarangan rumah.Kebarangkalian terdedah kepada kejadian jenayah seperti culik ataupun rogol adalah tinggi.Pemangsa biasanya akan memerhati gerak-geri dan keadaan mangsanya sebelum bertindak.

4->Sekiranya anak anda menggunakan basikal ke sekolah,pastikan laluan berkenaan selamat untuk mereka.Elak menggunakan laluan pintas sekiranya ia melalui kawasan sunyi dan lenggang daripada orang ramai.Lebih baik anak anda menggunakan laluan jauh tetapi melalui kawasan yang boleh dilihat orang ramai.

5->Galakkan anak pergi dan pulang dalam berkumpulan.Jika berbasikal pastikan dia pulang dengan teman2 dan bukannya seorang diri.Penjenayah biasanya tidak menyerang mangsa dalam kumpulan.


6->Pesan kepada pemandu dan konduktor bas sekolah supaya mengawasi anak anda setiap kali turun dan naik bas.

7->Latih anak anda supaya segera ke tempat orang ramai jika rasa diekori,ataupun menjerit sekuat hati jika didekati individu yang berniat jahat.

8->Disiplinkan anak supaya tidak melencong ke tempat lain tanpa pengetahuan anda.Jangan biasakan mereka mengikut kawan atau sesiapa sahaja sebaik pulang dari sekolah.Pastikan anda tahu jadual harian dan aktiviti mereka bagi memastikan keselamatannya.

9->Pesan kepada anak supaya berada jauh dari tepi jalan ataupun individu yang sedang menunggu di dalam kereta,van atau trak.Apatah lagi sekiranya individu berkereta berkenaan cuba bertanya atau memanggil mereka.


10->Ajar anak anda supaya menolak pelawaan,pemberian atau permintaan daripada individu yang tidak dikenali sama ada untuk dihantar pulang,diberi hadiah atau dibawa bersiar-siar.Awas!Anak kecil biasanya akan mudah diumpan jika diberi sesuatu yang digemarinya seperti gula2,permainan atau wang.

11->Sentiasa ambil serius setiap cerita atau aduan anak.Kanak2 sentiasa mengadu dengan siapa mereka bergaduh dan dengan siapa mereka suka berkawan terutama dengan orang dewasa.Ini kerana kejadian jenayah kanak2 juga banyak berpunca daripada individu yang dikenali seperti jiran,rakan dan juga kelompok penjaga ketika di sekolah.

12->Bersikap terbuka dan sentiasa berkomunikasi dengan anak2.Tanya mengenai rakan2 dan juga aktiviti mereka.Sikap mengabaikan anak2 terutama ketika meningkat remaja menyebabkan gejala negatif berlaku tanpa diduga.

13->Elak meletakkan nama dan nombor telefon/alamat anda pada tag nama si kecil.Tindakan ini boleh membawa padah jika jatuh ke tangan penculik atau golongan berniat jahat.Biarpun ia sebenarnya bertujuan baik untuk memudahkan anak anda dikenal pasti sekiranya sesat,tetapi ia juga mengkin menjadi satu ancaman.




Kredit Info:

Harmoni~Perlu Tahu

2 comments

9/6/13 18:10

salam kak lea...heeeee~~~bace dah.. terima kasih berkungsi!!^^

10/6/13 00:17

@Gee GTGwah n3 ni yelah tqvm juga gee skodeng..dapat kak lea baca balik he3...

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...