5

Bau Nafas Tanda Penyakit

17:18 |
Yuhuu salam petang!Aduhai sini dah start hujan dan kedengaran angin berdesir membelah kegelapan langit di Kota Warisan.Heh..bermadah pulak..maklumlah penangan segmen bro BA malam tadi he3...Tahniah diucapkan pada korang semua yang join segmen malam tadi..thumbs up!!!


Sapa kat sini mulut berbau walaupun dah puas guna macam2 produk.Beli ubat gigi khas pun dah,berkumur dengan pembasmi kuman pun dah..kalau boleh nak tunggang perfume dalam mulut.Kawan2 menjarakkan diri dalam 1 meter tiap kali korang buka mulut...tu petandanya korang memang ada masalah.Tapi di mana silapnya ye?Jom baca artikel koleksi kite ni;


Selain organ tubuh,pakar kesihatan mendapati bahawa bau nafas juga boleh digunakan untuk mengesan penyakit di dalam diri individu.Tidak hanya satu atau dua jenis penyakit sebaliknya cukup banyak penyakit boleh dikesan menerusi bau nafas.


Misalnya,apabila nafas berbau walaupun sudah menggosok gigi dan tidak mengambil sebarang makanan.Kondisi tersebut menunjukkan anda mungkin menghidap DIABETES.Jika nafas berbau diikuti dengan gejala batuk atau hidung tersumbat ia adalah petanda bahawa anda sedang mengalami infeksi paru-paru.


Sekiranya nafas berbau hamis,ia menunjukkan bahawa tubuh anda tidak dapat mencerna makanan seperti telur,ikan atau hati dengan sempurna.Nafas yang berbau seperti kotoran menunjukkan terjadinya penyumbatan usus.Manakala nafas berbau manis yang disertai dengan mata kekuningan menunjukkan anda mempunyai penyakit berkaitan organ hati.Sedangkan nafas yang berbau seperti pewarna kuku menandakan anda memiliki masalah darah.


Justeru,individu perlu berasa curiga dan segera melakukan pemeriksaan kesihatan jika aroma nafas masih tidak enak meskipun mereka sudah memberus gigi dan tidak mengambil sebarang makanan atau ubat-ubatan yang boleh menganggu kesegaran nafas.


Woit  buat apa tu?Oh...hembus nafas kat tapak tangan nak bau mulut sendiri ye?Apa-apa pun rujuk kepada doktor jika betul korang mengalami salah satu masalah seperti di atas ye!


Biar mulut berbau..daripada mulut 'longkang'!



Kredit Info:



  • Harmoni~Kilas Sihat






5 comments

13/1/11 17:23

uish . . bahaya jugak yer .

info yg baik n padat...i loikes..

13/1/11 18:33

@nelly & Ladyzul

hye..tulah hrp sapa2 yg bermasalah blh refer doktor

13/1/11 20:24

thnks utk info ni... =)

13/1/11 23:33

@NadiRah

sama2...*-^

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...