2

BeRat Mata MemanDanG,BeRat Lagi Bahu Yang MemikuL

06:45 |

Nasib mangsa renjatan kabel elektrik


MUHAMAD HAIRUMAN yang diperhatikan kakaknya, Maryuni termenung mengenangkan nasibnya selepas kedua-dua tangannya dipotong di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang semalam.


SHAH ALAM - Mangsa renjatan kabel elektrik, Muhamad Hairuman Miskon, 22, menitiskan air mata selepas mendapati kedua-dua tangan paras siku dan ibu jari kaki kirinya sudah tiada lagi setelah dipotong melalui pembedahan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang malam kelmarin.
Kakaknya, Maryuni Miskon, 32, berkata, setelah selesai pembedahan dijalankan pada pukul 11 malam itu, adiknya dilihat menangis mengenang nasibnya.
"Apabila saya melihat dia menangis, saya cepat-cepat pujuk dan memberi sokongan moral kerana saya faham dugaan yang dihadapinya terlalu berat," kata Maryuni ketika ditemui di sini semalam.
Maryuni memberitahu, adiknya kini perlu banyak berehat kerana masih penat setelah menjalani pembedahan hampir tujuh jam bermula pukul 4.45 petang kelmarin. Beberapa jam sebelum dimasukkan ke dewan bedah HTAR, dia juga terpaksa berpuasa.
Muhamad Hairuman hanya boleh menganggukkan kepala tanpa mengeluarkan sepatah pun perkataan apabila soalan diajukan kepadanya. Keadaannya terlalu lemah selepas menjalani pembedahan.
Dia yang merupakan anak yatim piatu terkena renjatan elektrik ketika mengait buah kelapa sawit di Jalan Masjid Baru, Tanjong Karang, pukul 9 pagi pada 26 November tahun lalu.
Akibat kejadian itu, bekas pelajar Kolej Intra, Kuala Selangor itu dimasukkan ke Hospital Tanjong Karang apabila hampir 35 peratus badannya terbakar sebelum dipindahkan ke HTAR pada Isnin lalu.
Nota Comel->Assalammualaikum semua.Sedih kite membaca perkembangan Hairuman.Lagi bertambah sedih kerana dia anak yatim piatu.Allah s.w.t. sahaja Yang Maha Mengetahui segalanya.Semoga Hairuman tabah dan redha dengan setiap yang berlaku.Di sini kite nak kongsikan satu doa pada pagi Jumaat yang indah ini.
Bismillahirrahmanirrahim
DOA MENOLAK DARIPADA PELBAGAI KEMUDARATAN
"Dengan nama Allah yang tidak memberi mudarat serta namaNya oleh sesuatu sama ada di bumi dan tidak juga di langit dan Dialah Yang Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui"


Kredit Info:


2 comments

21/1/11 08:04

kita yg melihat pun rasa kesian sangat kan. apalagi diri org yg menanggung kesakitan tu.

moga hairuman terus tabah dgn ujian ni~

21/1/11 08:13

@Izan Ishak

"tulah ketentuan Allah,moga kite semua stiasa dilindungi Allah amin."

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...