6

Bilalah Nak Berakhir?

07:06 |

Sindiket jual bayi ada rangkaian besar



2011/01/19

KUALA LUMPUR: Sindiket penjualan bayi terbesar yang dilumpuhkan minggu lalu dipercayai mempunyai rangkaian di luar negara sehingga membolehkan kumpulan itu mendapat pelanggan di beberapa negara terutama Singapura. 

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin, berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti saiz sebenar operasi sindiket terbabit yang berpusat di Lembah Klang, Sarawak dan Johor, termasuk mengesan saki baki anggota mereka.



“Berikutan itu, tempoh siasatan akan dilanjutkan sehingga tiga bulan lagi bagi membanteras kegiatan ini hingga ke akar umbi. Kita sedang berhubung dengan pihak berkuasa di beberapa negara jiran bagi mendapatkan maklumat berkaitan.


“Kita percaya kegiatan dilakukan secara terancang, Usaha paling penting kini untuk mengenal pasti saiz sebenar operasi sindiket itu,” katanya pada sidang akhbar di Bukit Aman semalam. 

Sabtu lalu, Unit Anti Pemerdagangan Orang (ATIP) D7 JSJ Bukit Aman, menahan lapan anggota sindiket terbabit, termasuk empat warga asing berusia antara 20 hingga 50 tahun, masing-masing di sebuah klinik swasta dan rumah kediaman di Selayang serta Subang Jaya hasil maklumat risikan. 


Turut diselamatkan tiga bayi berusia antara lima hingga tujuh hari yang dalam proses untuk diperdagangkan dengan harga di antara RM15,000 hingga RM20,000 bergantung kepada kesihatan dan paras rupa. 

Beberapa dokumen berkaitan pengeluaran sijil kelahiran, buku rekod dan wang tunai RM3,000 dipercayai pendahuluan pembelian bayi turut dirampas dalam serbuan itu. 
Semua lapan suspek ditahan reman sehingga 22 Januari depan dan kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007. 

Sehingga kini, 30 suspek berjaya ditahan sejak operasi membanteras kegiatan penjualan bayi dilancarkan besar-besaran sejak pertengahan tahun lalu di Sarawak dan sekitar ibu negara, dengan 22 bayi berjaya diselamatkan. 

Mohd Bakri berkata, dalam serbuan terbaru itu pihaknya juga berjaya menyelamatkan dua wanita warga negara asing yang sarat mengandung dan seorang wanita tempatan dipercayai ibu salah seorang bayi yang diselamatkan di klinik swasta terbabit. 

“Kita percaya klinik itu sudah memperdagangkan sembilan bayi tidak termasuk tiga bayi yang berjaya selamatkan. Semua mereka (bayi dan ibu) yang berjaya diselamatkan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menerima rawatan dan penjagaan rapi,” katanya. 

Mohd Bakri berkata, pihaknya juga masih menyiasat sama ada ibu kandung bayi yang diperdagangkan itu menyerahkan bayi mereka secara sukarela atau dipaksa. 



Nota Comel->Tahun lepas kalau korang ingat lagi,ada kes penjualan bayi di Banting.Kebetulan kite sedang makan malam di sebuah kedai di Salak Tinggi,Sepang.Salak Tinggi dengan Banting dekat je.Makcik tokey cina yang aktif jual bayi ni pun makan di situ.Boleh selamba dia kata apa salahnya..dah ada permintaan.Lagipun dapat menolong pasangan daripada bercerai.Sebab takde anak punca ramai suami nak ceraikan isteri dan cari pengganti yang 'subur'.Ishh..nasib baik kite ni boleh control emosi..kalau tak kite dah masuk front page Metro esoknya "Seorang wanita menyimbah kuah tom yam panas dan melontar pinggan mangkuk ke atas makcik seorang suspek penjualan bayi".Hah..sapa femes?Aleasara jugak!




Kredit Info:







6 comments

19/1/11 07:53

kuah tom yam panas yg tak leh blah tue...hahaa

19/1/11 08:51

sapa la yang pergi jual bayi sendiri tu? adess... dasyatnya...

19/1/11 10:30

tergamak diaorang.. menjual dan membeli bayi.. macam menjual beli kain baju jer..

19/1/11 10:39

@Azuan

"takut gak kang naik court kena saman he3"

19/1/11 10:43

wah! i like tomym...hihi...ala.simbah ajek..bile msk paper, cite la pkare sbna..hihi

19/1/11 11:55

@♥ Ms Adryl ♥

"he3..ada2 je sis ni.kang kite blogger plg femes lak"

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...