2

DiEt UnTuk Si SuaMI Aje!!!

18:05 |
Assalammualaikum yuhuu..wallaa....weih!Korang ni memanglah rajin bebenor kite dok tadi melangut sampai tertiarap belek n3 memasing.Sampai lupa n3 sendiri tak update ngeee....Tak moh cite panjang.Hanya boleh dibaca bagi yang bergelar S.U.A.M.I orang.Teruskan...


BENARKAH LELAKI TIDAK PENTINGKAN TUBUH SELEPAS BERKAHWIN?

Bukan semua lelaki begitu,masih ramai lagi yang mementingkan penampilan serta bentuk tubuh,biarpun telah melewati usia 40-an.Golongan ini bijak mengatur jadual pemakanan serta senaman yang teratur bagi mengelakkan berlakunya 'gejala'perut buncit yang menghantui golongan lelaki.Bagaimana cara untuk mengekalkan kecergasan agar sentiasa sihat?Bagaimana mendapatkan berat badan ideal?

1->Nutrisi pemakanan
Selain mengawal kalori,tubuh juga memerlukan bahan2 bernutrisi seperti vitamin dan mineral.Ia bagi memastikan metabolisme tubuh lebih efisien agar ia boleh menukar makanan kepada tenaga.Jika ingin menurunkan berat badan,pastikan makanan yang diambil sihat seperti rendah lemak,rendah kandungan gula dan garam atau seperti yang disarankan oleh pakar nutrisi.

2->Aktiviti fizikal

Senaman secara berkala akan membantu meningkatkan pembakaran kalori dan seterusnya meningkatkan kadar metabolisme.Jika tidak mampu atau kekurangan masa untuk mengunjungi gim,cukuplah sekadar aktiviti joging selama setengah jam di sekitar kediaman anda.Senaman kecergasan terbaik termasuklah melibatkan sistem kardioviskular,senaman regangan dan senaman fleksibiliti untuk kekuatan dan ketahanan otak.

3->Sokongan isteri

Minta isteri anda supaya menyediakan masakan secara sihat dan tidak berlebihan.Sokongan isteri dalam membantu anda menguruskan berat badan amat penting.Beritahunya bahawa anda ingin sentiasa kekal sihat.Ini secara tidak langsung,isteri akan bertindak sebagai pakar pemakanan dalam memastikan anda sentiasa menjaga pemakanan dan sering bersenam.

4->Snek buah-buahan dan salad

Jika sebelum ini anda gemar menjadikan kerepek sebagi snek semasa menonton tv,kini gantikan dengan buah-buahan atau salad.Pilih buah-buahan segar yang tinggi serat dan rendah kalori seperti epal,oren,anggur,kiwi,pic dan pisang.Dengan mengambil buah-buahan,berat anad akan mudah susut kerana ia amat berguna untuk siistem penghadaman.

5->Minum air dengan banyak

Air secara semulajadinya akan mengurangkan selera makan dan membantu sistem tubuh berfingsi dengan baik.Sebelum mengambil makanan berat seperti nasi,cuba minum air.Pasti anda tidak makan banyak.Selain air putih,anda juga boleh menjadikan jus buah-buahan segar tanpa gula sebagai pilihan.Elakkan mengambil minuman berkarbonat atau kordial secara kerap.

6->Jangan habiskan makanan anak

Setiap kali keluar makan bersama keluarga,jangan pesan makanan secara berlebihan terutamanya untuk anak kecil anda.Jika mereka tidak mampu menghabiskannya,anda pasti akan jadi 'penyelamat'.Jangan jadikan ia sebagai amalan kerana secara tidak langsung anda akan makan secara berlebihan.Cara terbaik,biar anak anda memesan makanan dan minta pinggan kosong untuk anda.Berkongsi lebih baik daripada membazir.

7->Kempis perut dengan bangkit tubi

Jika mendapati perut anda semakin berisi,apa kata lakukan aktiviti bangkit tubi setiap hari.Biarpun kedengaran agak membebankan,apa salahnya asalkan anda mendapat kembali perut seperti zaman bujang dahulu.Cuba mulakan dengan bilangan minima seperti 20 kali bangkit tubi.Selepas itu gunakan dumbbell sebagai bahan sampingan untuk melakukan aktiviti ini.Baring di tempat rata,pegang dumbbell pada kedua-dua belah tangan,naikkan kaki ke paras lutut dan kemudian angkat badan secara perlahan-lahan sambil kedua-dua tangan diangkat ke sisi paha anda.Bertahan dalam kiraan 20 kali.


OK guys,eat smart ye.....


Kredit Info:

  • Harmoni~Diet & Anda

2 comments

7/6/13 01:03

penting ni utk bakal suami..hehehehe xD bagi makan salad je la.. ehheh XD

8/6/13 23:05

@AiSyA LiEzAyolah makan salad je?mau pengsan mak mertua nanti hah,he3..

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...