3

Doa Agar Beroleh Keselamatan

08:30 |
Assalammualaikum sekali lagi.Hari ini hari kedua persekolahan.Sebagai ibubapa tentulah risaukan keselamatan anak2 sepanjang mereka di sekolah.Insya Allah mudah-mudahan anak2 kite semua dilindungi Allah s.w.t. dan para malaikat.Apa kata sebagai ibubapa diajarkan doa ini kepada anak yang dah pandai membaca.Lagipun  boleh baca bersama mereka dan dijadikan doa harian.Pendek je doanya;



رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَداً

"Wahai Tuhan kami!Kurniakanlah kami rahmat dari sisi-Mu dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami"
(Surah al-Kahfi ayat 10)

Keterangan Ayat

Ketika pemuda-pemuda Ashabul Kahfi melarikan diri ke dalam gua(al-kahf)itu,mereka berdoa kepada Allah agar mendapat rahmat dan hidayah-Nya agar terus istiqamah dalam menjaga iman mereka.Walaupun mereka berasal dari keluarga bangsawan tetapi keyakinan terhadap akidah yang suci mengakar dalam diri menyebabkan mereka sanggup melarikan diri daripada menyertai raja dan masyarakat yang kafir terhadap Allah.Rahmat yang dimaksudkan dalam ayat ini merujuk kepada "keampunan,rezeki dan keselamatan".Rasyadan pula merujuk kepada "ilham dan hidayah yang membawa kepada hidayah di dunia dan akhirat".Pemuda-pemuda itu memohon kasih sayang Allah agar memberkati usaha mereka di dunia dan akhirat.

Khasiat dan Kaifiat Beramal

Justeru,kita dituntut mengamalkan doa ini untuk memperolehi keredhaan,keberkatan dan rahmat-Nya.

Zikir Asma Ul Husna

Anak Rajin Belajar->Jika anak-anak tidak mahu belajar di sekolah atau leka dengan permainan atau sebagainya,ibu atau bapanya hendaklah membaca kalimah Ya Rahman 5 kali dan menghembus ke dalam air selepas setiap solat fardhu.Pastikan anak kemudiannya minum air itu.


Kredit Info:

  1. Surah al-Kahfi
  2. Buku 101 Doa Para Nabi dan Rasul Dalam Al-Quran
  3. Buku Zikir Asma Ul Husna 99 Nama Allah


3 comments

4/1/11 10:49

Doa yang bagus terima kasih


assalammualaikum tuan tanah


Anda dijemput sila lihat sini

http://amrafahan.blogspot.com/p/jom-berkelah.html

4/1/11 11:17

yuhuu salam bro!kite dah terjah dulu tadi,mata alert je tgk senarai latest n3 kat sembang dunia si kembar he3...nak kena buat n3 khas ni..

4/1/11 15:44

tq yer! :)

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...