0

Doa Agar Dikurniakan Nur

01:59 |
Assalammualaikum...syukur kepada Allah s.w.t. kerana kite masih diberi rezeki untuk berkongsi satu lagi doa.Sudah masuk hari ke dua 2011..semua tentu mengharapkan perjalanan tahun ini lebih cerah berbanding tahun 2010.Tidak tahulah kebetulan atau tidak,semua insan tersayang disekeliling kite termasuklah diri sendiri menempuhi pelbagai dugaan.Tak seperti tahun 2009,2010 betul2 mencabar.Semakin dekat kepada Allah s.w.t. semakin berat dugaan yang menimpa.Hanya keimanan yang menjadi tiang untuk kuat daripada runtuh menyembah bumi.Alhamdulillah pejam celik pejam celik segala kekusutan,kekalutan,kedukaan diharapkan agar dapat menemui NUR kebahagiaan.


Marilah semua sinari kehidupan dengan Nur daripada Allah s.w.t.Berdoalah agar segala kegelapan bertukar cerah,bersujudlah agar segala yang dirancang dipermudahkan.Amin....


"Wahai Tuhan kami!Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami,dan 
limpahkanlah keampunan kepada kami;sesungguhnya 
Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu"
(Surah al-Tahrim ayat 8)

Keterangan Ayat

Al-Hakim meriwayatkan dalam sebuah hadis yang dianggap sebagai sahih bahawa Ibn Mas'ud berkata yang bermaksud:"Taubat Nasuha menghapuskan semua dosa kerana terdapat dalam al-Quran,Allah s.w.t. berfirman....",lalu beliau membacakan ayat sebelum doa ini.Orang-orang beriman akan dikurniakan Allah Nur sedangkan orang-orang munafik akan dipadamkan Nur yang diberikan kepadanya.Perkara yang sama diriwayatkan oleh Ibn Abbas ketika menceritakan tentang hari akhirat.

Khasiat dan Kaifiat Beramal

Amalkan membaca doa ini selepas solat fardhu.Semoga kite semua dikurniakan Allah keampunan dan Nur pada hari perhitungan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...