4

Doa Mohon Perlindungan Daripada Penyakit Berat

01:42 |

"Wahai Allah,sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada penyakit sopak,gila,penyakit kusta dan penyakit berat"(Riwayat Abu Daud)

Assalammualaikum semua dan selamat pagi.Sepanjang minggu ini pelbagai berita dan peristiwa yang mengejutkan berlaku di Malaysia.Contoh terdekat ialah kematian maid kawan kita(kes ni dah jadi berat..tak dapat nak kite kongsikan di sini..cuma berharap agar kawan kite tu tabah dan kuat).Ntahlah semakin maju masyarakat kite semakin hilang kewarasan dan pertimbangan.Benar dunia dah nak kiamat.Kite tak layak untuk menghuraikan segala fakta2 yang mengesahkan kiamat makin hampir.Cuma berharap dan memohon agar Allah lindungi diri dan keluarga daripada segala penyakit berat.

Artis contohnya,berapa ramai meninggal kerana penyakit jantung?Ia ibarat bom jangka yang tunggu saat untuk meletup.Kes denggi pun masih belum jumpa penawarnya dan berapa ramai yang menjadi mangsa?Kenapa zaman dahulu takde penyakit yang berbahaya dan nama penyakit pun pelbagai sampai nak menyebutnya pun berbelit lidah?Itulah tanda kebesaran Allah s.w.t;

" Allah mencipta penyakit adalah untuk membuktikan kekuasaanNya. Dia ingin hamba-hambaNya sentiasa mengingati Dia sebagai pencipta Yang Maha Agung (Al-Khalik) setiap detik, seperti denyutan jantung kita. selagi mana jantung kita tidak berhenti berdenyut, selagi itulah kita harus mengingati dan mentaatiNya. supaya kita sebagai makhluk yang kerdil ini tidak alpa, tidak merasa angkuh dengan nikmat-nikmat Allah dan sentiasa meminta dan menadah tangan memohon pertolongan dari Tuhan sekalian alam. jadi, bukankah sakit itu suatu nikmat yang besar? nikmat yang Allah kurniakan kepada kita agar kita sentiasa dekat denganNya?"

Kadang2 terdetik di hati,kenapakah Allah mencipta pelbagai penyakit,yang dulu tak ada zaman nenek moyang kite?Adakah ini sebagai tanda peringatan kepada semua umat Islam bahawa yang hidup pasti mati? "

"...daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita"

“tidak akan Allah ciptakan sesuatu tanpa seribu satu hikmah yang terselindung di sebalik ciptaanNya itu. jika Allah tidak mencipta penyakit, maka berhentilah dunia ini.”

Kite tertarik semasa mencari di uncle Google dan singgah ke satu blog.Nama blog ni sibajukurungcotton.Tajuk entrinya 'Kenapa Allah bagi kita sakit?'.Sebagai umat Islam dan juga sahabat di alam maya,menjadi tanggungjawab untuk kite semua sama2 saling ingat-mengingati.Sebagai penutup kata mari muhasabah diri dan kuatkan iman.Amalkanlah doa yang ringkas dan padat ini sebagai doa harian.Jangan lupa jaga kesihatan ye.



Zikir Asma Ul Husna

Selamat dari wabak->Bacalah Ya Salam 115 kali sehari untuk berlindung dari wabak atau penyakit merebak.Boleh juga dibaca kepada orang yang sedang sakit untuk menyembuhkannya tetapi ini hendaklah dilakukan di hari2 ke 3,5,7 dan seterusnya(angka ganjil).Cuba baca di waktu dan tempat yang sama setiap hari.Insya Allah anda akan dapat melihat kesembuhan.


Kredit info:

  1. sibajukurungcotton
  2. Buku Zikir Asma Ul Husna







4 comments

6/1/11 03:06

salam.....good n3

6/1/11 04:02

@anakibu

salam kembali..alhamdulillah

6/1/11 04:22

salam family kembar 3 ...tag kan award yer kat sini http://permataibu407.blogspot.com/2011/01/best-follower-award-from-mappiau.html

6/1/11 14:11

@anakibu

hye!erk kite dpt award ke..ye ke?ye....haaaa....tq ok2 nk terjah ni

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...