3

dOa SemaSa DitiMpa muSiBah

12:00 |
Assalammualaikum sekali lagi.Ada antara kita semua apabila ditimpa dugaan dan musibah,terlalu takut,terkejut dan sedih hingga lupa menyebut doa ini.Selalunya doa ini sinonim  apabila mendengar berita kematian sedangkan banyak lagi khasiatnya.

 إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Maksudnya:"Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."

Keterangan ayat:

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.Nabi s.a.w.mengajar umatnya agar beristirja' dengan lafaz di atas,dalam perkara yang besar mahupun kecil hinggakan apabila sepatu tertanggal sekalipun dituntut untuk membaca doa di atas.

Orang-orang yang sabar merupakan mereka yang sentiasa berdoa dengan doa di atas apabila berlaku sesuatu yang menguji keimanan mereka.Mereka tetap redha dengan ketetapan Allah itu dan meyakini bahawa Allah s.w.t sekali-kali tidak menzalimi mereka dalam perkara yang berlaku itu.(Tafsir al-Mawardi,tafsir ayat 155 surah al-Baqarah)

Khasiat dan Kaifiat Beramal:

Ayat di atas disebut ketika:
  • Mendengar berita kematian,kesakitan atau kemalangan
  • Ditimpa musibah sama ada besar atau kecil
  • Berlaku sekecil-kecil perkara seperti terjatuh pen dan sebagainya.

Kredit Info:

  • 101 Doa Para Nabi & Rasul Dalam Al-Quran~Ustaz Hj.Zahazan Mohamed

3 comments

28/1/11 12:07

nice .
thank sudi kongsi
=)

28/1/11 13:28

terima kasih sis..

bole dipraktikkan nanti...:)

Entri Terkini : 'Saya dikerah seperti hamba'

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...