0

Doa Untuk Kesejahteraan Keluarga

08:00 |
Assalammualaikum semua.Selamat menjamu selera di pagi hari.Bestnya tengok tarikh hari ni 1-1-2011.Rasa datang satu semangat baru untuk memperbaiki lagi kehidupan,ibadat dan ikatan keluarga.Untuk entri 1 Hari 1 Doa sebagai pembukaan tahun 2011,apa kata kite dahulukan doa untuk ibubapa?Tanpa ibubapa kite semua tidak lahir untuk menikmati erti kehidupan.Terima kasih yang tak terhingga dan rasanya tidak ada nombor yang dapat menilaikan kuantiti banyaknya kasih sayang kepada ibubapa.Tak kiralah ibubapa kandung ke,tiri ke,mertua ke,angkat ke....selagi mereka mendapat titile 'IBUBAPA' wajiblah kite sebagai seorang anak untuk menghormati,mendengar nasihat,memberikan kasih sayang dan perlindungan.


"Wahai Tuhanku!Cucurilah rahmat kepada mereka berdua 
sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya 
memelihara dan mendidikku semasa kecil"

Keterangan Ayat

Maksud "Wahai Tuhanku!Cucurilah rahmat kepada mereka berdua" ialah sentiasa berdoa untuk kesejahteraan mereka sekiranya mereka itu Islam.Anak2 diharamkan berdoa untuk ibubapa mereka yang kafir melainkan doa agar mendapat hidayah Allah.Istimewanya ibubapa boleh dilihat dalam ayat ini apabila Allah s.w.t.meletakkan tanggungjawab wajib berbuat baik kepada mereka itu dalam satu ayat bersama dengan perintah tidak mensyirikkan Allah.Mentaati mereka dan berkhidmat untuk kepentingan mereka diletakkan begitu tinggi di sisi Allah mengatasi kewajipan berjihad pada jalan-Nya menerusi banyak hadis yang sahih.


Khasiat dan Kaifiat Beramal

Beramal dengan ayat ini dalam doa merupakan tanda anak  yang soleh dan solehah.Jadilah hamba Allah yang sentiasa mengingati-Nya dengan tidak mensyirikkan-Nya dan sentiasa mendoakan kedua ibubapa.

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara: sedekah jariah atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya." 
(Hadith Sahih - Riwayat Muslim dan lain-lainnya) 


Hadith ini juga diriwayatkan dengan lafaz yang lain seperti berikut: 

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila seorang manusia mati , putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) (1) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya." (2) 
(Hadith Sahih - Riwayat Imam Ahmad) 



Kredit Info:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...