8

Elak Jadi Wanita DITAKUTI Lelaki

18:03 |
Yuhuu salam petang Jumaat.Untuk berlaku adil kite nak fokus untuk wanita pulak ye..kang ada yang merajuk asyik topik untuk lelaki aje.Ok nak padat dan ringkas jom;


PEMALAS

Hanya pentingkan keperluan dirinya saja.Hal2 lain yang tidak berkaitan dengan diri sendiri,mereka langsung tidak ambil peduli.Apa yang mereka tahu segala kehendaknya dapat dipenuhi oleh pasangan tanpa dirinya perlu berbuat apa2.Sedangkan jika pasangannya melakukan sesuatu misalnya,membawa barang banyak,mereka sekadar memerhatikan tanpa sedikit pun menunjukkan usaha untuk membantu.Lebih teruk lagi,jika mereka berpura-pura tidak melihatnya.Wanita dengan sikap begini bukan saja ditakuti lelaki tetapi cukup digeruni kerana lazimnya,mereka juga bersifat materialistik dan pisau cukur.


SUKA BERBOHONG

Miss Bullshit antara panggilan yang diberikan kepada wanita pembohong.Jarang sekali percakapannya dapat dipercayai kerana mereka suka mereka-reka cerita,berbual kosong dan berbohong tentang sesuatu perkara demi kebaikan diri sendiri.Malah mereka juga suka memperkatakan tentang perkara-perkara yang dapat menunjukkan kehebatan diri mereka sendiri,memperlekehkan individu lain dan riak dengan kelebihan yang ada pada diri mereka.

TIDAK FLEKSIBEL

Tidak mampu untuk bersikap fleksibel merupakan satu lagi ciri wanita yang ditakuti lelaki.Ketika diajak bersiar-siar di pantai,mereka akan menolaknya hanya kerana khuatir angin laut akan merosakkan rambut mereka.Wanita yang memiliki sifat ini sering menolak perkara yang memberi impak kepada kecantikan diri.Mereka juga sukar bertolak ansur dan tidak dapat menyesuaikan diri dengan suasana serta lebih gemar pasangannya mengikut segala kata-katanya demi keselesaan sendiri.Pendek kata,tidak boleh dibawa ke tengah ke tepi juga suka mengongkong pasangannya.

SUKA MENGELUH & MENGOMEL

Menghadapi wanita sebegini yang paling membosankan.Semua yang berlaku pasti akan dikomen sepanjang masa."Kenapa kamu selalu....?' dan "Mengapa kamu tidak pernah...?" adalah dua pertanyaan kegemarannya dalam usaha menyalahkan pasangan.Mereka tidak kisah akan ego lelaki dan sering menyalahkan pasangan dalam setiap perkara yang berlaku.Ironinya,wanita yang suka mengomel dan mengeluh ini menyangka mereka sedang menolong pasangan untuk bertindak lebih bijak atau membuat keputusan yang lebih tepat tetapi sebenarnya mereka sedang memaksa pasangan untuk 'pindah' ke hati wanita lain yang lebih memahami.

MEMBOSANKAN

Memiliki penampilan sempurna dan pandai berdandan adalah penampilan luaran wanita dari kelompok ini.Namun apabila mengenalinya,lelaki akan mengetahui bahawa mereka bukanlah wanita yang menyenangkan.Mereka seorang wanita kaku yang langsung tidak memahami sisi humor dari percakapan lelaki serta tidak berusaha untuk berbicara tentang perkara2 yang tidak membosankan pasangannya.


Sama-samalah kite semua memperbaiki diri dan peribadi ye.Tanya pasangan perubahan apa yang dia inginkan sempena 2011.Ingat...pandangan orang lain adalah cermin diri sendiri...




Kredit Info:



  • Harmoni~Rahsia Wanita



8 comments

14/1/11 18:31

hehehe berubah untuk kebaikkan tak salah hihihi.

nice sharing alea :))

14/1/11 19:42

suka mengeluh dan mengomel macam pernah aja .
hehehhe

kena kurangkan lah yer .
payah ..
hehehe

14/1/11 20:43

huhu..tang mengomel tu mmg lumrah pompuan..tgh kurang2kan ni he3...

14/1/11 21:04

memang betul pun.. dan kebanyakannya bro dah temui :)

14/1/11 22:53

ish menakutkannye...yaty kuat mengomel kena berubahlah lepas ni...thanks for the tips :)

14/1/11 23:13

haha..korang tutup muka ngape?hoh...malu ye Bro Framestone tegur he3....

7/6/13 01:01

kalau ckp byk kang dia bosan lak.. ehheheh ^^v susah nak fhmi lelaki..ekkekkekek >.<

8/6/13 23:05

@AiSyA LiEzAbetul tu AL...tu tak kena ni tak kena..senang zip mulut jelah he3..

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...