9

GirLs...JoM TuKaR SePaTu!

13:30 |
Yuhuu girls!Wah..wah comel tomei jer semua ni.Ok sempena tahun 2011 ni korang geledah rak kasut/kotak kasut/bawah katil..tak kiralah mana je korang sumbat kasut tu.Cuba tengok kasut mana yang tak pernah korang pakai.Sebab apa tak pakai lagi..sayang..nak tunggu anniversary..atau tersalah pilih?Beli sebab tengok kat magazine nampak cantik.Atau tengok kawan pakai comel jer?Tapi korang..awat kasut tu tak muat,tak ngam atau tak menepati saiz?Terbeli malas dah nak tukar.Jom baca ni;

Sepatu amat sinonim dengan wanita.Jadi tidak hairanlah jika wanita dianggap sebagai pengumpul sepatu yang setia.Tengoklah wanita di sekeliling anda.Hampir setiap hari dia pasti akan menggayakan sepatu yang berbeza mengikut pakaian yang digayakannya.Namun dalam kegilaan wanita mengumpul sepatu,sebenarnya masih ramai kurang memahami akan kesesuaian sepatu dengan dirinya.Ketahuilah sepatu anda bagi meningkatkan keselesaan dan keyakinan anda kala mengatur langkah.

ANKLE STRAP
Ankle strap atau tali mengelilingi pergelangan kaki ini sesuai untuk individu yang memiliki kaki yang jenjang,kurus dan tinggi.Tali yang mengelilingi pergelangan kaki tersebut akan membuatkan kaki tampak tidak terlalu panjang atau kurus.

TUMIT TEBAL
Kasut jenis ini juga sesuai untuk anda yang berkaki kurus dan panjang.Tumit yang tebal dan sekata ini akan menampakkan tubuh sedkit rendah dan membuatkan pandangan lebih tertumpu ke arah kaki.

CUTAWAY ARCH
Cutaway arch atau bahagian sisinya seperti terpotong ini akan membuatkan kaki yang pendek tampak lebih jenjang dan kecil.Bahagian yang terpotong dengan hujung sepatu yang agak runcing menambahkan kesan panjang pada kaki.

TUMIT MENDATAR(FLAT)
Sepatu ini sesuai untuk semua.Namun,bagi anda yang bertubuh mungil dan memiliki paha tebal,pilih sepatu dengan bahagian hujung yang agak runcing atau sempit agar kaki tampak lebih panjang.Manakala sepatu dengan bahagian hujung bulat sesuai untuk kaki panjang dan kurus.

KNEE-HIGH BOOT
Kasut ini sesuai bagi anda yang ingin bergaya ranggi.Namun boot jenis tinggi ini tidak sesuai digayakan oleh wanita yang bertubuh mungil dan memiliki paha yang besar.Bagi anda yang memiliki tubuh tinggi dan jenjang,sepatu ini amat sesuai dengan anda.

PEEP-TOE
Sepatu jenis ini atau terbuka di bahagian hujung kaki ini sesuai digayakan oleh sesiapa sahaja.Lebih membuatkan kaki tampak lebih seksi,gayakan peep-toe jenis tumit yang runcing bersama platform depan yang agak tebal.Anda pasti akan tampak lebih tinggi dan berkeyakinan.

HUJUNG RUNCING
Sesuai untuk digayakan sesiapa sahaja.Namun,sepatu yang mempunyai hujung yang runcing ini tidak disarankan untuk anda yang memiliki tubuh yang sangat tinggi dan kurus kerana akan menambahkan imej sedemikian.

HUJUNG BULAT
Sepatu bertumit tinggi dengan bahagian depan yang bulat sesuai untuk anda yang memiliki tubuh yang tinggi dan kurus.Hujung sepatu yang membulat akan membuatkan tubuh tampak sedikit rendah.Sepatu ini tidak sesuai untuk anda yang berpaha besar dan bertubuh rendah.

SLING BACK/STILETTO
Sepatu jenis ini begitu diminati kerana boleh digayakan oleh sesiapa sahaja.Sling back atau tali di bahagian kasut ini akan memberikan keyakinan kala melangkah.Untuk tampil lebih seksi,pilih platform tebal pada bahagian depan dan sedikit terbuka(peep-toe).

WEDGE
Kasut yang memiliki tumit tebal di bahagian depan dan belakang ini sesuai untuk semua jenis tubuh.Ia akan menambahkan keseimbangan kala melangkah dan megurangkan rasa lenguh.Wedge didatangkan dalam pelbagai ketebalan.


Kalaulah ada family yang beli selipar ni..mau sebulan tak lalu makan ikan.




P/S:Nak beli kasut,korang beli masa waktu petang sebab masa tu kaki mengembang.Jadi kuranglah masalah sempit/melecet nak..nak lagi kat bahagian depan kaki.
(kite confuse kejap type sepatu,kejap type kasut..korang faham,kan?)


Kredit Info:

  • Harmoni~Tatahias

9 comments

17/1/11 13:47

skrg ni minat nak beli kasut style ballerina je...
senang nak berjln biarpun 1 hari tak penat kan..hehe..klu yg high heel ni seswai utk pi dinner je...:D

17/1/11 13:53

Suka yang last sekali tu, wedge . sesuai ngan kita yang badan makin nak mengembang ni dan juga keadaan ofis yang sememangya hari2 perlu panjat banyak tangga.... jalan pun tak perlu la nak control ayu sangat, nanti lewat punch card....

17/1/11 14:06

wa, atok nak kasut tapak ikan! nak!....

info yg baik..tenkiu ye,...

17/1/11 14:58

@Suhami Ahmad

"atok jgn tok.cucu br nk pinangkan lisa surihani utk atok!

17/1/11 14:58

@LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™

"sama2 kasih sis!

17/1/11 14:59

@~: nisa :~

"betul tu.sng nk jln,tak yah nk maintain langkah ala..ala..cat walk."

17/1/11 15:00

@Hot Mama

"ballerina mmg cantik dan alahai cute sgt.kalau pakai je terus rasa nak ballet tgh2 lantai shopping mall

17/1/11 16:48

Akak ada wedge yg warna hitam tu..suka!

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...