9

Girls..Tip Shopping Sorang2!!!

16:36 |
Yuhuu semua.Hari ni mesti ramai yang ambil kesempatan nak window shopping sambil hilangkan stress.Esok dah bermula kesibukan sebagai pekerja,cikgu,pelajar dan surirumah(keje juga tu tau).Kadang2 elok juga kalau meronda sorang2,maklumlah kalau dah keluar dengan rakan atau bf,perbelanjaan bertambah.Adakalanya kat rumah sebelum keluar,dah list down 2-3 je barang yang nak dibeli.Tapi bila dah pergi beramai-ramai tengok kawan beli,tiba2 pulak tangan  terkeluarkan duit di kaunter.Ok apa korang relak jalan sendirian sambil tengok gelagat orang.
Sekiranya korang memang jenis yang suka bersendirian tatkala membeli belah,jom pratikkan tip di bawah dari Mingguan Wanita.


1->Rancang dan batasi perjalanan,lebih elok jika sediakan senarai barang yang hendak dibeli,dan pastikan juga anda sendiri patuh dengan senarai tersebut.(ini step paling penting)


2->Jika anda mempunyai kad kredit lebih baik elakkan,biasakanlah dengan menggunakan wang tunai untuk mengehadkan perbelanjaan anda.(Elok gunakan kad kredit untuk hal kecemasan seperti ke klinik,untuk isi minyak kereta dll)



3->Jangan mudah percaya semua yang didengar mahupun yang dilihat.Sememangnya manusia mudah terpengaruh dengan perkara2 yang menarik perhatian.


4->Membeli ketika anda memerlukannya,jangan pula beli tetapi anda sendiri tidak tahu keperluannya.(cuba selongkar almari,rak kasut,peti sejuk...dah macam 7E pun ye..macam-macam ada)


5->Anda boleh memastikan mutu dan kegunaan barangan yang dibeli tidak terjejas atau hampir terjejas.


6->Jadilah seorang pembeli yang bijak,bandingkan terlebih dahulu harga dan kualiti dengan kedai-kedai lain sebelum membuat pembelian.Anda perlu tahu hak anda sebagai pengguna.(Betul..betul.Ronda dulu kedai yang menawarkan produk seperti yang korang cari)
7->Gunakan bakul kecil dan elakkan trofi.Ini secara tidak langsung dapat mengurangkan kecenderungan dan keinginan anda untuk berbelanja lebih.(Ini memang berkesan lebih2 lagi di hypermarket.)



8->Berbelanja apabila anda berada dalam keadaan kenyang.Amalan ini dapat mengelakkan anda daripada tergesa-gesa dan membuat pilihan dengan lebih tenang.(Memang pernah terjadi,kite lapar sangat tapi hubby malas nak patah balik kedai yang jual barang kite nak beli.Apalagi nak cepat pakai tangkap muat je,lastly balik rumah menyesal lak,tak pakai pun).


9->Semak harga yang dikemukakan dengan harga yang tercatat pada resit dan jumlah barang yang dibeli.(selalulah korang check apatah lagi kalau kat Giant.Sebab kat paper kata hari ni ada jualan harga rendah,tapi bila cashier scan erm..harga lama.Mak kite ngan kawan2 memang tak berapa suka shopping sana,suka kat Tesco je.Pernah tau depan kite ada pasangan ni,suami marah isteri sebab pakai ambil je barang,tak agak2 jumlah.Kite senang je,tiap kali ambil je barang kite edit dalam calculator handphone,dan macam tulah setiap kali ambik barang2 lain.Dah sampai kaunter ngam2 macam kite kira tadi ,kalau lebih pun 3,4,sen je).


10>Buat tuntutan jika terdapat perbezaan sama ada dari segi harga,kualiti,keselamatan dan kesahihan barang yang dibeli.


11->Berjalan atau gunakan pengangkutan awam.Ia dapat mengehadkan hasrat dan kemampuan anda untuk membeli barangan yang tidak perlu.Paling mudah beli je online.Tapi pastikan yang berdaftar dan korang kenalah tanya pada rakan2 yang dah biasa beli.


12->Anda haruslah ingat ketika membeli,ia perlulah berdasarkan keperluan dan kemampuan.Bukan mengikut perasaan atau keinginan.Alah membeli menang memakai.

Selamat Bershopping..tapi $$$ manjang tak lekat,asyik keluar je dari purse.Kena pakai gam gajah ni he3..




Kredit Info:
  • Mingguan Wanita~Ringgit & Sen

9 comments

haha...best la dear
momoy pun kalau shopping memang mencongak guna handset jer

hihi...dear momoy pun ada cerita pasal shopping ni
cuba baca Momoy and Sale Season

23/1/11 17:01

@.::: Princess MOMOY :::.

"hye sis,samalah kite kan.ok2 otw"

23/1/11 17:43

bagus info ni.

:)

23/1/11 17:54

@dyah pinky!

"hye sis!lepas ni blhlah shopping sorg he3.."

23/1/11 18:41

hihihiih!!yang penting, shopping kena ikot ongkosnya =p hihihiih. kalo x, kena window shopping je. hihihi

selalau memang shopping sorang atau berdua angkut member sorang jer
tu pun yg kaki shopping
senang nak jalan
malas nak dengar rungutan letih la bagai
sebab kalau shopping tak rasa letih
balik umah baru terasa. haha...

Nak Lagi Pendrive MURAH ?
Bantuan diperlukan! Kasihanilah adik ini...
Momoy and Sale Season

24/1/11 09:28

bunyi nya cam senang heheheh, tapi kalau dah sampai mall tak mampu menahan seyy...dah bayar, balik umah, baru laaa start nyesal,da tu nekad..tapi bila pi lagi, kantoi lagi...huhuu

24/1/11 09:36

I just came across your blog and wanted to say that I've really enjoyed browsing your blog posts.

I believe your reader's might be interested to have a free wall decal to decorate their kid's room. Am doing a lucky draw

right now and your reader can win a FREE beautiful wall decal of their choice from our latest catalogue.

For more info, pls visit http://www.wallcraftstore.com/

24/1/11 14:24

suka shopping sorang2.. tapi kena ikutlah tips yg alea bagi ni

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...