8

Guys...Ada MasaLah KuLiT TaK?

18:51 |
Yuhuu salam petang.Siapa kata lelaki sekarang tak pandai jaga muka.Tengok tu..korang yang datang sini semua muka comel lote..kulit bersih je.Apa?Tak?Kulit muka berminyak?Sebiji macam iklan yang pompuan tu tempek kertas kat muka,terus melekat segala minyak?Ok..jangan risau jom baca;


Masalah Biasa Kulit Lelaki

Kulit Berminyak

Antara rungutan utama lelaki adalah masalah kulit berminyak dan wajah berkilat.Masalah ini biasa berlaku disebabkan ketidakseimbangan hormon,pemakanan tidak sihat dan penjagaan kulit tidak betul.Paling penting,jaga kebersihan wajah secara tetap.Wajib mencuci muka setiap kali pulang ke rumah terutamanya setelah sepanjang hari berada di luar keadaan terbuka dan kotor.

Cadangan Produk->Biore Double Control&Shine dengan manik2 mikro putih yang memecah menjadi butiran halus membersihkan hingga ke liang kulit.

Jerawat

Apabila kulit berminyak bermakna sebum mula terbentuk dan mendap di liang pori kulit.Pembiakan sebum dan bakteria ini kemudiannya membentuk jerawat.Lelaki terutamanya di awal usia remaja biasa berdepan dengan masalah ini terutamanya bagi kamu yang berkulit sensitif dan tidak mencuci kulit dengan betul menggunakan produk yang tepat.

Cadangan Produk->Benzac AC Gel berasaskan air yang mudah meresap ke dalam kulit.Ia memerangi jerawat tanpa meninggalkan iritasi kulit.

Bintik hitam

Selain jerawat,kulit berminyak juga membawa hadirnya bintik-bintik putih yang langsung kepada bintik-bintik hitam.Bintik hitam ini banyak di bahagian hidung,atas pipi dan dahi.Ia terjadi daripada lebihan minyak yang dihasilkan oleh kelenjar minyak.Elakkan produk berasaskan minyak dan kunjungi salun rawatan wajah untuk melakukan teknik pembuangan bintik hitam secara profesional.

Cadangan Produk->Garnier Men Turbo Light Oil Control Anti-Blackheads Brightening Icy Scrub menyingkirkan bintik-bintik hitam dengan meninggalkan rasa sensasi dingin.

Pori Terbuka

Tidak ramai lelaki yang mengambil tahu masalah ini walaupun mereka menghadapinya.Mana mungkin mereka mahu melihat kulit muka mereka dekat-dekat dan memerhati secara terperinci.Pori kulit jika tidak dirawat dari awal akan terus membesar dan pori yang membesar tidak mungkin dapat ditutup semula.Yang hanya boleh dilakukan adalah menghaluskannya sahaja.Justeru,jika kamu mencuci muka dengan air suam,pastikan kamu ulang cucian dengan air sejuk.Ini untuk menutup semula ruang pori yang terbuka tadi.Selain itu,jangan malas menyapukan penyegar wajah sebaik selepas mencuci muka.

Cadangan produk->Sothys Pore Refiner System menghaluskan keterbukaan liang pori sambil mengawal lebihan minyak dan sebum.


Ehem..apa lagi.Bagi korang yang ada masalah macam di atas,jom serbu kedai runcit Pak Abu/Watson/Guardian/Giant/Jusco/Tesco yang berdekatan.Aduh ni dah macam iklan bergerak...



Kredit Info & Foto:

  • Majalah EH!~Nota Cantik
  • Uncle Google

8 comments

17/1/11 19:11

hubby izan pun ada masalah kulit berminyak ni. tp dia cuma rajin pakai cuci muka je lah. lain2 tu takde...hihi..

17/1/11 19:51

salam sorry yer....kembar 3 TAG blog anda yer...utk contest....

http://permataibu407.blogspot.com/2011/01/my-first-giveaway-in-2011.html

17/1/11 20:09

wah cm da duta produk kecantikan.hehe

17/1/11 21:06

halamak takde kedai pak abu laa area umah me ni , camana ek dear..hehehe..btw nice one

17/1/11 21:25

@Izan Ishak

"ok ler tu.ada inisiatif,dr lgsg tak cuci he3...

17/1/11 21:26

@anakibu

hye,wah..apa ni!ok2 tq ye..otw

17/1/11 21:26

@daylachan

al-maklumlah bekas product advisor body shop he3..

17/1/11 21:27

@ida

"he3..gi jelah kedai mak joyah kat simpang tu..mcm2 ada

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...