2

Ingat limau..ingat Gong Xi Fa Chai.Ingin muda?Makanlah L.I.M.A.U.

12:30 |

Ho ye ho ye..gong xi fa cai. 

Tahukah anda amalan memakan limau setiap hari dikatakan mampu membuatkan individu kelihatan muda di usia 50 tahun.Kandungan antioksidannya membantu melindungi kulit daripada kerosakan DNA sehingga menjadikan kulit bebas kedutan dan tanda-tanda penuaan pada wajah.

Selain kaya antioksidan dan vitamin C,buah-buahan sitrus ini turut kaya dengan vitamin B6 yang  membantu pengeluaran hemoglobin serta magnesium yang berkuasa menjaga tekanan darah.Sedangkan kandungan serat membantu menjaga kadar gula dalam darah sehingga ia menjadi buah yang cukup menyihatkan buat penderita diabetes.

Manakala penyelidikan di Amerika Syarikat dan Kanada mendapati zat beraroma,Polymenthoxylated flavon(PMFs) yang ditemui dalam kulit buah limau pula berupaya menurunkan kadar kolesterol tubuh lebih efektif daripada ubat-ubatan.

Terdapat dalam puluhan jenis,buah limau memiliki khasiat dan gizi yang serupa meskipun berbeza warna,bentuk dan rasa.

Apalagi,nak awet muda jom makan limau!



Kredit Info:

  • Harmoni~Gizi Sihat

2 comments

27/1/11 12:33

suka makan limau
=)

nice info
=)

27/1/11 13:41

lps baca, trus rse nk mkn limau hari2 utk klihatan muda http://www.geekintherainbow.blogspot.com/

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...