3

Jom Pulih & Tingkatkan Kecerdasan Akal

04:18 |
Akal yang rosak boleh dipulihkan kecuali yang berpunca daripada ketagihan dadah yang kronik.Abu Umamah menceritakan Rasulullah bersabda,maksudnya:"Luqman pernah berpesan kepada anaknya,hendaklah kamu selalu bergaul dengan golongan ulama dan mendengar perkataan hukamak(bijak pandai)kerana sesungguhnya,Allah menghidupkan hati yang mati itu dengan cahaya ilmu dan kecemerlangan hikmah sebagaimana Dia menghidupkan bumi yang mati dengan air hujan".
(Hidayatul Mukhtar:138)



Penawar untuk memperbaiki hati dan menolak keraguan

  • Memakan makanan dan minuman yang halal.
  • Sentiasa menjaga diri daripada terbabit dengan perkara haram dan dimurkai Allah.
  • Memelihara anggota zahir seperti mata,telinga,tangan dan kaki daripada terbabit dengan perkara yang dilarang Allah.
  • Memelihara anggota batin iaitu hati dan akal daripada dosa dan maksiat batin.
  • Mengatur diri dengan pelaksanaan ilmu pengetahuan.
  • Menjaga rahsia
  • Memohon dengan merendahkan diri kepada Allah agar Dia melindungi diri dan kemahuan anda daripada godaan syaitan.

Ubat HATI

  • Membaca al-Quran dengan memahami maknanya.
  • Sederhana dalam makan dan minum.
  • Selalu qiyamullail.
  • Bergaul dengan orang soleh.
  • Beristighfar di malam sebelum Subuh.

Menambah kecerdikan akal

  • Sering berada di samping ulama.
  • Gigih mencari ilmu.
  • Bergaul dengan orang soleh supaya terdorong untuk menambah takwa.
  • Meninggalkan perkara yang sia-sia.


Kredit Info:

  • Petikan Metro~Buku Bimbingan Kecemerlangan Diri(Panduan Mencerdaskan Minda:Datuk Siti Nor Bahyah)


3 comments

12/1/11 16:56

mungkin dia igt sbb aleasara amik dari metro...jadi dia pun tak igt nak bg back link kat alea agaknya...mgkn dia rasa x perlu kot sbb amik dari metro....bkn tulisan aleasara sepenuhnya...

ntah la kan...DeQdEq pun xtau nak kata apa lagi...

klu betul dia mmg amik dr n3 aleasara...mmg xpatut la lgsg x mention blog aleasara...

12/1/11 17:09

@deqdeq

bro BA pun pnh buat gak n3 ttg isu ni.sng citer biar jelah.blog bkn blh bw mati..takpelah kalau suka sgt C&P.geram sbb kite tak C&P kat metro online tp kite type sebiji sebiji dr paper.erm..mls nk fikir..yg penting dpt kgsikan dgn kwn2 ye tak.Tq DeQdEq!

12/1/11 17:11

kita nak marah pun tak guna buat sakit hati je aleasara....biar la....harap2 dia sedar diri nanti...

kalau setakat nak copy paste mmg la boleh...tp biar la dgn penuh etika kan..

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...