4

Keliru nak pilih blusher..meh baca!

20:00 |

Jenis dan warna kulit merupakan faktor penting yang perlu dilihat sebelum memilih pemerah pipi yang bersesuaian.Bagi wanita berkulit cerah,penggunaan warna merah jambu atau senada akan menjadikan wajah lebih segar alami.Manakala warna seperti coklat muda,oren atau perang sesuai untuk wanita berkulit sawo matang agar penampilan tampak lebih eksotik dan menarik.


JENIS PEMERAH PIPI



1->Padat
Serbuk warna daripada pemerah pipi jenis padat ini akan menghasilkan warna yang lebih menyerlah.Jenis ini sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya kulit berminyak.


2->Krim
Memiliki tekstur lebih basah dan kurang padat.Warna yang dihasilkan bersatu secara alami dengan warna kulit.Namun jenis krim ini tidak sesuai digunakan pada kulit berminyak kerana akan menimbulkan kesan lebih berminyak.



3->Gel
Warna bagi jenis gel ni tidak terlalu menyerlah dan sesuai digunakan setiap masa bagi menampilkan solekan yang lebih natural.Jenis ini sesuai untuk wanita berkulit kering.


4->Ball
Bentuknya menyerupai bebola kecil.Cara menggunakannya adalah memutarkan berus di atas pemerah pipi jenis bebola kecil ini.Serbuk yang melekat di berus kemudiannya akan disapukan pada pipi.Ia sesuai untuk semua jenis kulit.




SOLEKAN MENGIKUT BENTUK WAJAH



1->BUJUR
Sapukan pemerah pipi pada bahagian tulang pipi dengan gerakan sedikit melengkung.Atau tambahkan sedikit pemerah pipi di atas tulang hidung bagi menimbulkan kesan yang lebih glamor.



2->BULAT
Lakukan teknik shading di bahagian rahang dengan menggunakan pemerah pipi sedikit lebih gelap daripada warna kulit agar wajah kelihatan lebih bujur.Kemudian sapukan pewarna pipi dengan warna yang lebih terang pada puncak pipi ke arah telinga dengan gerakan ke atas.

3->LONJONG
Bagi wanita yang memiliki wajah lonjong,gunakan pemerah pipi tepat pada tulang pipi dengan gerakan mendatar.Gunakan warna yang lebih terang agar perhatian akan tertumpu pada daerah pipi.Ia mampu menuup wajah yang kelihatan memanjang itu.

4->PERSEGI
Untuk menyamarkan potongan rahang,sapukan pewarna pipi dengan warna yang lebih gelap dari dagu sehingga telinga.


5->Hati
Pilih pewarna pipi dengan warna sedikit gelap dan sapukan pada bahagian sekitar dagu dan bawah rahang.Untuk kesan lebih cerah,sapukan pewarna pipi warna terang dari tulang pipi ke arah telinga.




Selamat Mencuba


Kredit Info & Foto:





4 comments

13/1/11 20:51

i tak pandai bab2 ni..
blusher pun takda.. tak reti nak mekap2..
heee :D

13/1/11 23:32

@Amirrah Zawani

hye Amirrah..tok sahlah mekap dulu..lagipun kite tgk sis ni mmg dah comel he3..

7/6/13 01:24

huhuhu.. AL suka pink muda.. tapi x guna unn kecuali akk y suh pakai :o huhuhu~~ baru tau y pemerah pipi leh ilangkan minyak di muka.. :)

8/6/13 22:54

@AiSyA LiEzAkak lea jarang guna blusher..tapi pergi office wajiblah pakai biar nampak berseri2 he3..

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...