4

KeM AkaD NiKaH..BerMinaT?

12:56 |

Kem Akad Nikah Perjanjian Bahagia


Foto Saya
Puan Suzana Ghazali
Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie 
Statistik yang dikumpulkan oleh JAKIM menjelaskan purata harian pasangan yang berkahwin ialah tujuh pasangan sementara yang bercerai pula melibatkan lima pasangan. Pengalaman saya mengendalikan kes bermula tahun 1998 membuktikan rata-rata perkahwinan yang hancur ditengah jalan ini adalah perkahwinan yang bermula dengan suka sama suka atau cinta pilihan sendiri. Kajian juga buktikan, perceraian berlaku kerana individu yang terlibat gagal menghayati erti dan maksud sebenar sebuah perkahwinan.
Lantaran, Kem Akad Nikah Perjanjian Bahagia dirancang khusus untuk pasangan suami isteri dan mereka yang bakal mendirikan perkahwinan. Ketahui nikmat dan cabaran hidup berumahtangga serta tips juga panduan untuk kekal bahagia hingga akhir hayat, insyaAllah!

Kem akan diadakan:
pada - 12hb Februari 2011
bertempat di - Dewan Besar, Masjid Negara Kuala Lumpur
mulai - jam 8.00am hingga 6.30pm

Agenda Program:
08.00am - Pengesahan pendaftaran peserta
08.30am - Bacaan Doa al-Mathurat
09.00am - Bengkel 1: Kenal vs Tahu
10.00am - Rehat dan Minum Pagi
10.30am - Ceramah 1: Cinta dan bahagia dalam perkahwinan
12.00pm - Bengkel 2: Seadanya...
01.00pm - Rehat + Makan Tengahari + Solat Zohor
02.00pm - Ceramah 2: Tanggungjawab dan hak dalam perkahwinan
04.00pm - Bengkel 3: Serasi Bersama
05.00pm - Solat Asar dan minum petang
05.30pm - Bengkel 4: Ikrar Bahagia
06.30pm - Bersurai

Peserta terhad kepada 20 pasangan sahaja. Yuran penyertaan berjumlahRM250 (ahli Ahli Kelab Eksekutif Bina Bahagia) dan RM350 (bagi bukan ahli Kelab Eksekutif Bina Bahagia).

Bagi pengesahan pendaftaran, hanya sertakan bayaran RM100 sahaja (tidak akan dikembalikan tetapi boleh digantikan dengan peserta lain) dan baki yuran dijelaskan pada hari program.

Bayaran yuran boleh dibuat atas nama Bina Bahagia Services, akaun Bank Islam 120650 10035 871; kemudian emelkan ke binabahagia@gmail.com; nyatakan nama penuh anda dan pasangan, no. kad pengenalan anda dan pasangan, no.ahli Kelab Eksekutif Bina Bahagia (jika ada- memadai seorang menjadi ahli),alamat surat-menyurat, nombor telefon bimbit dan nyatakan status hubungan anda serta bukti bayaran RM100 untuk pendaftaran Kem Akad Nikah
Perjanjian Bahagia.

Bukti bayaran yang perlu disertakan sama ada:
1. Nombor rujukan tika transaksi atau nyatakan tarikh
dan masa transaksi dibuat, atau;
2. lampirkan resit bayaran (diimbas) atau ‘print screen’
resit bayaran tersebut.

Pengesahan pendaftaran akan diberikan oleh pihak kami melalui SMS dan kiriman surat rasmi (perlu dibawa pada hari program). Untuk maklumat lanjut, hubungi (call or SMS) 013-2545965.
Terima kasih!!


Nota Comel->Assalammualaikum semua dan salam tengahari.Sebagai salah seorang yang sudah berkahwin ,kite sedih sebenarnya bila baca stastistik kes penceraian yang semakin bertambah..takde tanda penurunan.Jadi bagi pasangan yang mempunyai masalah digalakkan
untuk hadir ke Kem Akad Nikah ni.Yang tidak bermasalah pun boleh,lagi bagus sebab dapat menambahkan ilmu dan memperbaiki lagi kehidupan rumahtangga.Kalau korang perasan sebelum ini kite pernah berkongsikan entri dari WHI~Masih Relevankah Anak Ramai.Kite mendapat feedback yang baik daripada Puan Suzana Ghazali di Facebook.Alhamdulillah entri kite mendapat perhatian.Bagi yang belum baca,boleh pergi ke link tadi ye.Ok ada apa2 pertanyaan korang boleh refer pada Puan Suzana Ghazali .


Alangkah indah jika semua perkahwinan harmoni seperti foto ini ^-*

Kredit Info:




4 comments

18/1/11 13:10

jom jalan-jalan dekat blog..

http://shaofie.blogspot.com/

weeeee!!! aku nak gi kem ni leh ker? hehehe..

18/1/11 14:39

@❦ CuTe MuMmY FaRa ❦

"hye sis!gd idea..blh tmbhkan ilmu dan tak yah nak sedih2 lagi"

18/1/11 14:39

@Shaofie

"hye bro!ok otwwww"

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...