2

Kemeriahan Hari Pertama Di Kantin Sekolah

01:24 |
Assalammualaikum semua..good morning!Hari ni entri tersangkut-sangkut,al-maklumlah si kembar dah start sekolah.Dari seminggu sebelum naik sekolah hinggalah malam tadi,kite penatttttttttt sangat.So ini cerita pagi semalam lah ye.Pagi2 dah menjalankan tugas sebagai hamba-Nya dan terus sediakan sarapan pagi.Hari ni kembar tak nak bawa bekal,nak beli kat kantin.Ini sebahagian suasana yang sempat kite snap.Punyalah ramai murid Tahun 1 ditemani dengan  ibubapa.Meriah tengok lautan putih bersinar..kejap je tu,cuba tengok balik sekolah nanti.Takde pulak adegan budak menangis peluk kaki mak bapak.Yelah kan diorang dah biasa bergaul kat tadika,so tak takut dah.Hari ni kite terpaksa datang beli buku aktiviti yang dulu kehabisan stok.Masih ramai ibubapa yang baru nak beli buku,bayar yuran dll.

Niat di hati nak beli nasi lemak untuk Danish.Tapi tengok budak dah start Q erm..makan kat kedai jelah.
Penangan burger!Kesian bro ni punyalah ramai budak Q nak beli burger,keliling dia penuh budak tu!Leceh masak on the spot,better masak 1 hour before,taklah kelam-kabut.Tadi sampai cikgu terpaksa panggil murid2 masuk kelas,kesian ada yang tak sempat makan.Sebelah tu pulak banyak pilihan air tapi sampai2 tinggal sarsi dan sirap je.
Kite datang tadi lambat sikit,dah tu bagi peluang pada ibubapa Tahun 1.Kuih-muih pun banyak pilihan tapi kite datang dah tinggal sikit huhu.

Irfan dan Irdiena ntah ke mana,tadi sempat gak jumpa.Budak tau jelah dah lama tak jumpa kawan cukup seronok.Dulu masa Tahun 1 diorang ni kite minta sekelas.Tapi start Tahun 2 hinggalah sekarang kite minta dipisahkan kelas.Kat sekolah kadang2 Irfan ni kuat makan.Diena ni pandai jimat duit.Kite bagi RM2 je sorang,dah tu bawa air dari rumah,kadang2 bawa bekal.Diena suka kumpul duit sebab suka beli macam2 kat bookshop.Irfan herm...selera makan tak padan dengan badan yang kecil kurus tu.Hari ni beli mee kari,esok beli nasi berlauk ikan keli,lusa nasi ayam,tulat nasi berlauk ayam.Badan tak gak berisi.Diena suka kongsi2 makan dengan kawan.Dia beli lain,kawan beli lain,then duduk sama2 share...sweet aje.

Oh ye,tadi kite sempat tengok Buletin Utama tentang hari pertama kembar 3 bersekolah di Pasir Panjang,Kuala Terengganu.Nama kembar perempuan ni ialah Nurin Fakhirah Najdah,Nurin Faqilah Nafiza dan Nurin Fadiah Nazihah.Ayahnya bernama Nasri dan ibunya Fadliza Abu Bakar.Kembar 3 ni anak yang ke-9,10 dan 11.Dan ibunya Fadliza mendukung sorang lagi anak kecil dan kalau tak silap,nampak macam dia pregnant!Seronok dengar kegembiraan kembar 3 ni bangun pagi2 nak ke sekolah,tak meragam atau menangis.Ada yang nak jadi guru,doktor dan misi(nurse).Erm amacam ayah 3 Auni,Mama Kembar 3,The Triplets,Tripletstory?Mesti seronok kan nanti time kembar 3 masuk sekolah.Dan apa cerita kembar 2 yang lain..ada yang dihantar ke taska/nursery sebab ibubapa bekerja.Apa pun situasi kite doakan agar kesemua cahayamata dilindungi Allah s.w.t selalu,amin.

Idea banyak mencurah-curah nak dikongsikan bersama,tapi hari ni mak aii..letih betul.Penat balut buku teks dan rampaian pun tak hilang2 lagi.Hari ni kembar bawa balik pulak buku aktiviti,banyak pulak tu.Aduh sakit pinggang duduk lama2 balut buku.Kite dari dulu kalau beli pembalut buku pun hanya untuk buku rampaian(alah buku kecil coklat tu).Kalau untuk buku teks dan aktiviti yang besar,kite suka balut sendiri puas hati.Terkenang masa dulu manalah ada pembalut canggih macam sekarang.Dulu kite pernah merasa balut pakai kertas minyak color coklat tu.Masa tu sapa balut macam tu kira sempoilah.Dah masuk Tahap 2 dah pandai minat artis,kite balut pulak pakai poster majalah yang selalu disertakan kat tengah tu.Hah tempek sana,balut sini...nak baca buku pun syok je he3.Tapi ada satu hari tu kite pinjam majalah kawan,cikgu lak tengah busy semak buku kat depan.Ralit punya ralit.."Hah tengok semua,saya ingatkan dah takde budak muda suka artis veteran,rupanya saya silap.Tengoklah kawan kamu ni suka Ahmad Jais!"..berdekah satu kelas ketawakan kite.Pelik ngape dikaitkan dengan Ahmad Jais sedangkan kite tengah tengok gambar Bon Jovi.Oh,Foto Ahmad Jais betul2 belakang page,besar lak tu..hampeh!

2 comments

6/6/13 20:47

salam kak lea.. saya skodeng ni..huahua..
bestnye.. lah pergi hari kantin sekolah anak ye x..hahaha..
dah 3 tahun dah kan..^^

6/6/13 23:00

@Gee GTG hahahaha tahniah berjaya skodeng.nah award untuk gee..blogger yang paling rajin he3...

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...