1

Kempen |‘Love Live Life Green: Earth, Yes We Care’

00:54 |

Assalammualaikum semua..wah malam minggu ni kite tengok ramai kawan2 update entri sampai kite dok melangut depan Dashboard.Menimbun-nimbun entri yang menarik dan korang memang hebatlah!Hah...kite nak citer ni jom pakat ramai2 sokong kempen ni;
love live life green
Tuan empunya segmen tak lain tak bukan ialah 
Berminat..teruja..jom baca syarat-syaratnya;

1. Buat satu entri baru yang bertajuk : ‘Love Live Life Green: Earth, Yes We Care’
2. Letakkan banner di atas dalam entri anda dan linkkan ke entri ni semula.
3. Ekspresikan diri anda mengenai Green Lifestyle. tak kisah la bagi pandangan ke, buat gambar macam banner kat atas ni ke, bagi tips ke cerita ke or apa-apa ikut kekreatifan anda!
4. Letakkan link entri anda mengenai kempen ini di ruangan komen entri ini.
5. Kalau boleh tagkan 3 kawan anda untuk menyokong kempen ini. The more the merrier.

JoM HiJauKan MaLaYsia!!!

1->Kempen Hari Tanpa Beg Plastik->Tahu atau tidak, bahan plastik memerlukan 100 hingga 500 tahun untuk lupus jika ditanam dan jika dibakar ia memberikan impak yang lebih besar kepada alam sekeliling termasuk manusia.Dan ada kajian yang menunjukkan statistik rakyat Malaysia membuang plastik yang sebenarnya boleh dikitar semula bernilai kira-kira RM163 juta.Mulai Januari 2010, Kerajaan Negeri Selangor melaksanakan kempen "Hari Tanpa Beg Plastik" setiap hari Sabtu bagi mengurangkan penggunaan beg plastik. Sesiapa yang masih ingin memohon beg plastik akan dikenakan bayaran 20 sen.Sama-samalah menyokong usaha kerajaan/NGO .
Tindakan->Memang susah sebenarnya sebab dah terbiasa ada beg plastik.Sebelum keluar rancang dahulu pembelian.Kalau dalam kuantiti yang sedikit bolehlah membawa beg sendiri ataupun beli saja di kaunter(cantik juga).Dulu kite kerja part time sebagai product advisor di The Body Shop,KLIA.Kebanyakan pelancong luar suka dan menyahut kempen tanpa beg plastik.Tetapi kurang mendapat sambutan daripada pelancong tempatan.The Body Shop juga menyokong Protect Our Planet dengan menawarkan pembelian bag kertas organic yang dibuat di India.



2->Kempen "Hijaukan Bumi:Satu Warga,Satu Pokok->Sempena Hari Bumi yang disambut di seluruh dunia pada 22 April, Malaysia melancarkan kempen di seluruh negara untuk menanam 26 juta pokok menjelang 2014.Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Douglas Unggah Embas melancarkan kempen yang bertema “Hijaukan Bumi: Satu Warga, Satu Pokok,”.Angka 26 juta dipilih berdasarkan kira-kira 26 juta penduduk Malaysia pada ketika ini.
Tindakan->Tanam pokok pandan/daun kari/kunyit..erk..dalam pasu boleh?Abah dan mak tanam pokok mangga.Abah dan mak mertua tanam pokok rambutan.Oklah tue......


3->Earth Hour->Earth Hour adalah program tahunan sedunia yang dianjurkan Tabung Alam Sedunia (WWF) pada setiap Sabtu ketiga bulan Mac. Melalui kempen ini, orang ramai diminta memadamkan suis lampu atau kelengkapan elektrik yang lain bagi tempoh sejam. Ini bertujuan meningkatkan kesedaran perlunya tindakan segera diambil dalam menghadapi perubahan iklim dunia. Program Earth Hour Malaysia 2010 ini adalah untuk mengajak dan menghimpunkan  seberapa ramai penduduk seluruh dunia untuk menjayakan program yang boleh dikatakan menyelamat usia tua bumi kita ini. Kalau diikutkan keadaan bumi sekarang ini sudah semakin tercemar dengan terjejas teruk dengan pemanasan global, bencana alam dan kecairan ketulan ais di kutub dan macam-macam lagi.Program Earth Hour Malaysia 2010 adalah merupakan penglibatan kedua Malaysia selepas tahun 2009.
Tindakan->Dari tahun 2009 lagi kite dah tak sabar tunggu nak menjayakan kempen ini.Kite setia menunggu detik2 bergelap di kaca 8tv.Apa yang kite buat bersama-sama anak?Kami tutup tv,pasang lilin,duduk sambil bercerita dan menerangkan kenapa perlu tutup lampu,tutup kipas.Kelakar juga anak2 berpeluh dan sibuk mengipas dengan buku nipis dan suratkhabar sambil melibas NYAMUK he3...


4->Beli peralatan berteknologi hijau->Antaranya ialah peti sejuk dengan inverter pintar daripada Panasonic mampu membantu usaha pemuliharaan alam sekitar kerana teknologi itu menggunakan pemproses mikro yang dapat mengesan suhu dalam peti sejuk tersebut.Dengan penggunaan peti sejuk tanpa CFC dan menggunakan teknologi inverter, penggunaan tenaga dapat dikurangkan sehingga 40 peratus.Teknologi ini menetapkan penggunaan tenaga yang diperlukan, terutama pada waktu malam. Ia menyumbang kepada penjimatan tenaga sehingga 40 peratus dalam jangka masa panjang.
Tindakan->Fridge masih elok lagi.Mungkin ada rezeki akan beli barangan elektrik yang ada 'inverter' macam Panasonic,Sharp,LG.

5->Kempen Kitar Semula->Kitar semula boleh ditafsirkan sebagai memproses barang-barang lama untuk dijadikan barang-barang baru. Ini termasuklah menggunakan semula barang-barang tersebut seperti yang asal ataupun memberinya kepada orang yang boleh menggunakannya. Barang-barang yang boleh dikitar semula ialah seperti kertas, plastik, kertas kadbod, kaca dan pakaian. Ini dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar,memupuk sikap berjimat cermat,mengurangkan penggunaan sumber dan sambil itu boleh menambah pendapatan.
Tindakan->Kite memang dari dulu lagi suka kumpul majalah/suratkhabar/botol plastik dan tin untuk dijual.Adakalanya kite letak di tong kitar semula. 


Sapa yang kite nak tag???
_
_
_
_
_
_
_
_
_
_
_
_
_
_
_
_
_
_
_

Hah..sapa suruh scroll...kan dah kena tag!!!



Akhir kata

 ‘Love Live Life Green: Earth, Yes We Care’
Think for our future

Kredit Info & Foto:
  1. Uncle Google
  2. Aunt Yahoo


1 comment

wah bgus2 berkempen....bersihkan bumi kita..

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...