16

Kenapa Ye Tak Boleh Baca Komik?

13:25 |
Yuhuu...korang baca tak Mingguan Malaysia semalam,sisipan Kesihatan bahagian Rencana.Tajuknya 'Mula-mula komik akhirnya baca buku'.Wah kite minat giler ngan komik.Dulu time nak exam kite ngan adik2 pun sama peel.Mak punyalah bising risau tengok kitorang bukan belek buku tebal2 tapi dok menelaah komik he3.Dalam kelas pulak kalau kite bosan sangat kite suka lukis,tu yang ingat nak trylah lukis kartun sendiri untuk selitkan dalam entri.Marah uncle Google asyik picit2 dia time nak pinjam imej he3.Masih ada ibubapa yang pandang rendah kebolehan sesuatu komik untuk merangsang pemikiran anak2.Sekarang mak kite ok,sporting siap bagi duit beli komik untuk adik.Bila baca entri kawan2 yang minat komik dan minat lukis kartun,mood sedih pun jadi hepi.Sapa diorang tu?






  1. Awangku Johan
  2. SukaCartoon
  3. AsaDa RyutaRo
  4. Roq
  5. Ramai lagi My Lovely Geng yang pandai lukis kartun tak sempat nak godek2 he3..
  6. LATEST->Kamen Rider
  7. Fauzibest5
Petikan dari Mingguan Malaysia-Rencana

Komik sering kali dilabel sebagai bahan bacaan murahan atau picisan yang kurang bernilai.Malah ia juga acap kali dikatikan sebagai pembunuh bahasa serta antara medium berkesan yang dikenalpasti mampu merangsang minda kanak2 mahupun dewasa menjurus ke arah pembentukan sifat kejam dalam sahsiah keperibadian.Justeru,tidak menghairankan apabila terbitnya satu perasaan sinikal di kalangan ibubapa tatkala anak mereka meminta untuk mendapatkan koleksi komik seperti Doraemon,Naruto,Pokemon dan Dragon Ball.

Menganggapnya sebagai satu pembaziran dan tidak berfaedah,ibubapa lebih gemar bertindak atas kata hati dengan memilih buku2 yang mereka rasakan berupaya merangsang minda anak2,asalkan ia bukan dari jenis komik.Pengurus Jabatan Komunikasi,Pemasaran dan Jualan INTM(Institut Terjemahan Negara)-Zinitulniza Abdul Kadir,pembacaan komik adalah satu kaedah baru yang boleh digunakan untuk memupuk minat membaca di kalangan kanak2.Ibubapa perlu ubah pandangan mereka terhadap komik,kerana kalau kita lihat sistem pendidikan di Jepun mahupun Korea,semuanya dikomikkan,termasuklah cara2 baiki kereta dan pelbagai resipi makanan.

Ibubapa sering melenting dan merungut apabila anak2 tidak gemar menjadikan buku sebagai kawan akrab,namun pernahkah mereka cuba  mendalami perasaan serta minat anak2?Ibubapa suka membaca tetapi anak2 tidak minat kerana apabila bawa ke kedai buku,ibubapa selalunya buat pilihan tidak tepat iaitu memilih buku2 yang kita rasakan anak2 suka walhal mereka tidak suka sebenarnya.Kanak2 lebih suka membaca buku2 yang mereka rasakan ada faedah kepadanya serta mempunyai banyak gambar daripada teks,dan bila mereka pilih komik ibubapa halang 100%,itu tidak sepatutnya kerana budak2 apabila dipaksa baca akan jadi 'mental block'.
Sudah menjadi lumrah kanak2 sukakan sesuatu yang menghiburkan,ringkas,menarik serta mempunyai kaitan dengan apa yang mereka baca.Di Jepun,Doraemon dijadikan untuk belajar sains dan matematik,seperti formula sains bagaimana pokok tumbuh dan ia diaplikasikan menerusi karakter yang kanak2 suka.Lagipun kalau kita tengok karakter komik Doraemon adalah watak hidup seperti ada watak rajin,pemalas,kaki buli dan semua karakter ini hidup di sekeliling kehidupan kita,jadi bila kanak2 baca komik mereka rasa dekat dan mereka suka kerana menghiburkan.Komik berupaya merangsang imaginasi kanak2,sekaligus mendidik mereka untuk menjadi kreatif.Ini secara tidak langsung dapat membantu merealisasikan hasrat Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menjadikan rakyat negara ini lebih kreatif dan inovatif.

Artis,Esma Daniel tidak menghalang malah sentiasa menggalakkan anak2nya membaca komik.Pembacaan buku jenis genre sedemikian sedikit sebanyak telah merangsang pembentukan minda kreatif di kalangan anak2nya.Bagaimanapun ibubapa tidak boleh menyerahkan 100% kepada anak dalam proses pemilihan buku komik kerana ia perlu dilakukan bersama bagi mengelakkan mereka daripada membeli koleksi yang tidak berfaedah.Adalah tugas ibubapa membantu anak memilih koleksi yang dapat membantu proses pendidikan anak mereka.

Masa kite tinggal bersama uncle di USJ 6,Subang Jaya;sementara tunggu result final exam kite bekerja part time di McD Taipan.Masa tu office MOY berdekatan je.So group kartunis Ujang selalu lepak makan.Bila dah selalu jumpa dan diorang ni peramah tahap gaban,kite ngan member2 selalu dijemput datang office.Suka betul tengok lukisan diorang.Sepupu kite siap hantar artwork untuk diorang teliti dan bagi pendapat.Antaranya Aie,Sireh,Petai,Nik,Ubi,Manggis famous betul diorang time tu.Kite pun tolong layan adik2 yang datang dari rombongan sekolah.Bila ada je event kite ngan member dijemput,antaranya di Subang Parade.Sayang betul tak terfikir nak ambil foto kenangan sebab selalu jumpa,buat apa nak berfoto-foto ni.Sekarang huwaa...nyesal sungguh.Gambar kite yang diorang lukiskan pun dah hilang ntah ke mana.

Apa-apa pun kite rindu komik2 yang lama;


Sampai sekarang kite cukup suka baca komik.Kadang2 pinjam komik adik lelaki,tau jelah dia Form 2 baca komik macam koleksi Awangku Johan,tapi kite baca gak.Sambil hiburkan hati,kite cari idea dan belajar untuk cipta sesuatu lirik/perkataan on the spot untuk ditulis dalam entri he3...oklah..nak lunch ni...jom soru!

LoVe CoMic So Muchhhhhhh


Kredit Info & Foto:

  • Mingguan Malaysia-9 Januari 2011
  • Uncle Google

16 comments

10/1/11 14:50

huhuu..my name on ur entry..huhu...tQ...

10/1/11 14:58

komik kadang-kadang dapat mengembangkan lagi otak..dapat merehatkan otak..



<--masih lagi baca komik tapi skrg baca yg online..dah pencen beli komik..hehe

10/1/11 16:23

@suka cartoon

hye suka cartoon..sama2..ni nk tlg up traffik member juga he3..

10/1/11 16:24

@ZACK ENTRY

ye!betul..betul...kite pun godek2 komik online ni..

10/1/11 16:42

Ohhhh terasa terharu pabila nama saya di bubuh dalam entry kamu.. Apa2pun terima kasih.. Memang baca komik ini best.. semasa d Universiti pun saya baca komik still ok result.. skrg ni dah keje sbagai guru pun still g baca komik.. dah minat apa leh buat kan.. Hehehe.. komik best la.... bikin hati saya yang resah, gundah gulana jadi happy kembali.. so komik jg berpgaruh tuk mgubah mood seseorang.. so.. ubah persepsi yg mgatakan komik ni buat budak2 jd x kreatif la bla.. bla.. dan blaa..

alamak.. dah byk mencarut ni.. hehe..

Thanks ya tag awang dalam entry kamu.. happy coz ada jg member yg suka dgn komik..

10/1/11 17:02

alea kalau nk cek tu pi kt dashboard > stats > traffic sources.. bawah sekali ada nmpk yer

10/1/11 17:05

@KINA

hye kina!yelah dah buat td..nsb baik keyword 'sapa nama bini wan ngangkung he3..kite kan ada buat review ngangkung live 4m alamanda.nsb baik blm kuar yg ngarut2 mau tersedak huhu

10/1/11 17:08

@Awangku Johan

hye bro!kite suka cr kelainan dlm setiap kwn blogger.semua ada kelebihan,semua kreatif!suka baca minat kawan2,godek sana godek sini nk cr entri menarik di blog kawan2...hepi dpt berkawan dgn bro juga..femes demes ni...he3...

10/1/11 17:28

hehe. kita xreti nak baca komik. novel pun kurang. conclusionnya, kita mls nak membaca.

tapi kalau baca blog lagi kita suka.

:) have a nice day.

10/1/11 20:44

hoo.. dulu layan gak ujang ni. lepas tu ada pecahan. APO? layan APO? plak. hehe..

kalau tajuk berita komik meransang minat membaca tu keluar tahun 1999, mungkin komik2 kat rumah saya tak akan dibakar. sekarang tinggal sisa2 je..

10/1/11 20:45

hee.. tenkiu letak nama asada kat sini ;)

10/1/11 20:54

@ASaDa RyutaRo

hye ASaDa!kite pun lyn APO?,geram tgk sirh dan geng lukis awek pakai tudung alah comel nyer.

17/1/11 08:16

hehe.ty.betul,sebenarnya kartun banyak mangajar secara dalaman.ty for tag.:)

17/1/11 08:31

@fauzibest5
:sama2 =.=

31/5/13 02:02

sy suka baca komik!! boelh ilngkan tension sbb asyik baca buku belajr y tebal2.. haru!! skli skala mmg otak kena baca y santai2 cm komik tu.. sukaa komik <3 hee~~

31/5/13 09:37

@AiSyA LiEzA wah sep sep tom tom lah kite hehehe...ni pun kak lea nak keluar cari komik utk anak2 sebab cuti sekolah,kan.dan nak cari utk kak lea jugak ngeee...

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...