4

Maid kawan kite bunuh diri!!!

13:30 |
Assalammualaikum semua,dah makan tengahari ke?Hari ni memang memenatkan sebab hari pertama si kembar melangkah ke darjah 3.Mula2 kite nak buat entri tentang suasana di kantin hari pertama persekolahan.Tetapi pagi tadi dikejutkan dengan panggilan dari abang angkat hubby kite.Korang ada baca tak artikel ni di Metro atau Berita Harian?

Amah Maut Jatuh Tingkat 12


PUTRAJAYA: Tindakan nekad seorang pembantu rumah warga Indonesia yang dipercayai cuba melarikan diri dengan memanjat tingkap belakang rumah majikan di tingkat 12, Kuarters Kerajaan, Fasa 12, di sini, membawa padah apabila terjatuh dan mati serta-merta.

Sebelum kejadian, mangsa yang tidak memiliki sebarang identiti dikatakan cuba melarikan diri malam kelmarin, ketika majikannya tidak ada di rumah, manakala pintu rumah terbabit dipercayai dikunci dari luar.

Mangsa dipercayai menggunakan kesempatan itu untuk melarikan diri berdasarkan beg pakaian yang dijumpai bersama selepas ditemui penduduk tertiarap di tingkat bawah kuarters itu, kira-kira jam 7.30 pagi.


Seorang penduduk yang enggan dikenali berkata, dia memang mendengar ada objek seperti zink jatuh dari tingkat atas di belakang rumah beberapa jam sebelum kejadian.

Bagaimanapun, katanya, dia tidak melakukan pemeriksaan kerana tidak mengesyaki sebarang kejadian buruk. “Saya tidak menyangka objek yang terjatuh itu adalah tubuh manusia selepas diberitahu seorang jiran ada mayat seorang wanita tertiarap di tingkat bawah kuarters berkenaan,” katanya yang tinggal di tingkat 10 kuarters berkenaan. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid, berkata pembantu rumah warga Indonesia terbabit dipercayai cuba memanjat keluar melalui tingkap dapur rumah majikan menggunakan selimut yang diikat sebagai tali bagi memudahkannya turun ke tingkat bawah. Abdul Razak berkata, mangsa berjaya turun ke tingkat 11 dan cuba berpaut pada jeriji besi di tingkap dapur rumah berkenaan, tetapi tidak berjaya dan terjatuh menyebabkannya maut serta-merta di tempat kejadian.


“Kami sedang melakukan siasatan terhadap majikan mangsa terbabit dan tak menolak kemungkinan mangsa tidak memiliki permit kerja untuk bekerja di rumah berkenaan berdasarkan tidak ada sebarang pengenalan diri ditemui bersama mayat,” katanya.




Kawan hubby kite ni kerja berpangkat lah juga.Biarlah kite namakan dia Z je.Suami isteri kerja Putrajaya.Tak silap amah yang meninggal ni maid ke-6.Tahun lepas kite ada datang rumah Z sebab dia minta tolong ajarkan amah yang baru sampai dari Jawa Barat.Tau jelah style sana lain so kite ajarkan cara nak masak bubur untuk anak lelaki Z,cara kemas rumah,buat air dan lain2.Tapi tak tahu kenapa tak lama.Terkejut juga Z ada maid baru dan lagi terkejut bile pagi2 abang angkat call.Sekarang ni hubby kite ada di Putrajaya.Kalau ada yang tak sensored dan boleh dikongsikan,kite akan beritahu korang.Tapi tengok keadaan kang tak pasal2 blog ni kena saman huwaa......

Nasib baiklah Z keluar bersama wife dan anak.Katakanlah time amah tu stress,tinggal berdua je dengan anak Z pulak,tak mustahil kalau dibunuhnya budak tu atau dia terjun dengan budak tu sekali.Kite tiap kali datang sana gayat wooo...bila jenguk je bawah rasa macam nak terjatuh.Anak Z kecil lagi baru setahun,baik je budak tu senang nak jaga.Z pun jenis tak banyak songeh,peramah dan ntahlah tertanya-tanya juga kenapa amah tu bunuh diri.Pengalaman Z sebelum ni sampai bertukar banyak kali maid sebab kadang2 kena tipu dengan agensi.Kadang2 maid yang dihantar betul2 dari kampung,pakai barang elektrik macam rice cooker pun tak reti.Masak lagilah hampeh tapi Z tak kisah,dia suami isteri tapau luar.Yang penting amah mesti masak untuk anak dia.

Kadang2 maid yang datang sini tertipu dengan janji manis agensi pun ye.Dulu janji dibagi pekerjaan lain dengan tawaran lumayan,sampai sini jadi amah!Tau jelah kalau budak muda dara sunti mana nak jadi amah.Nak jumpa cowok pun udah susah banget.Kalau dapat pula maid yang dah berusia dan layak dipanggil mak,segan pulak nak tegur kalau ada silap.Ada juga amah yang datang sini dah bergolok gadai cari duit untuk datang ke Malaysia.Jadi pelbagai tekanan yang dihadapi menjadikan mereka ni penuh dengan masalah.Dah lah kite in the process looking for a job.Ada dah tawaran tunggu panggilan je.Mulalah hati dup dap..dup dap tentang keselamatan anak2.Mula2 ingat nak ambil maid je  tapi dari pengalaman semua kawan ishh....Andai kata ada rezeki bekerja semula,kalau hantar nursery kite kena betul2 pastikan persekitaran dan sikap penjaga ok,tak de kes.Ntah lah..Apa2 pun al-Fatihah kepada amah tu.


Juga al-Fatihah kepada arwah Faizal Yusof.Kite memang dari dulu ikut perkembangan arwah sejak musim drama DVD Blok 404.Nampak peningkatan demi peningkatan lakonannya.Yang terbaru nanti Tiramisu yang akan ditayangkan di TV3.Satu demi satu artis yang kembali ke rahmatullah.Giliran kite semua...sudahkah bersedia?Selamat mengerjakan solat Zuhur.




Nota Comel->Next entri kite akan kongsikan tentang 'Suasana Hari Pertama Di Kantin Sekolah' dan siaran langsung WHI bersama artis jemputan Yuna dengan topik 'Evolusi Fesyen Tudung 2011'.

4 comments

3/1/11 14:21

hi...singgah sini baca cerita ttg amah tu. Baru je lepas baca paper metro tadi...

3/1/11 14:29

Ade terbace tadi kat surat khabar pasal tuh, pernah ade pengalaman dengan maid yang tak sedar diri nih dan tak tau diuntung tau dieorang nih.

Tapi tu la kalau kite nak amik maid boleh, better amik dengan agensi yang berdaftar dan berlesen di bawah imigresen dan Kem Sumber Manusia. Sebab kalau kite amik dari agensi yagn berlesen ni dieorang terlatih dan ade jaminan if anything happen.

Tapi tula amik maid ni sebenarnye lebih kepada nasib. Tu la cabaran kite keluarge yang suami isteri berkerja carik rezeki nih hurmmmm.

3/1/11 14:30

@chekpid

hye!tq sudi sggh ye.erm tulah kwn kite skrg dlm siasatan polis,terkejt gak dia.tp dulu dia ambil maid semua ada permit.yg ni takde permit pulak....

3/1/11 14:37

@MAPPIAU

hye tq ye sudi sggh sini.tulah kwn kite ni bkn calang2 department..tp tkt nk bthu kang blog kite kena saman huhu...yg penting kite sbg isteri da ibu kena monitor maid,tak blh lps tgn,mlg tak berbau.tgk kwn kite ni tup..tup maid bnh diri,dia pun kena soal siasat,wife kena ambil emergency leave jg anak.

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...