0

Malaysia Book Records Awards Night & Book Launch~22.01.2011

23:52 |
Assalammualaikum,kite baru saja tengok secara langsung MBR AWARDS NIGHT yang disiarkan di RTM1,dari Sunway Resort Hotel & Spa.Di sini kite senaraikan serba sedikit info dan penganugerahan.Maaf jika ada nama penerima anugerah yang tidak disertakan kerana masalah teknikal di RTM.Kite tiru sebijik macam apa yang dipaparkan.Haraf maaf di atas segala kesulitan(perghh ayat).



Penaung Icon Of Malaysia->YA Bhg.Tun Abdullah Hj.Ahmad Badawi

Pengerusi MBR->YA Bhg.Tun Abdullah Hj.Ahmad Badawi


Acara->YA Bhg.Tun Abdullah merasmikan pelancaran buku MBR Edisi ke-7.Sejarah rakyat Malaysia yang menempatkan nama di MBR~Pencipta,Pemegang dan Pemecah rekod.Ini berikan semangat kepada rakyat Malaysia untuk beri kecemerlangan pada negara.


MBR->11 Julai 1995 iaitu 15 tahun lalu bermula projek pengumpulan data-data.


PENYAMPAIAN ANUGERAH KATEGORI LUAR BIASA PADA USIA MUDA



  • BANGKIT TUBI TERBANYAK:Adik comel(nama RTm tak siarkan) berusia 4 tahun dari Bukit Mertajam,Pulau Pinang.
  • HEAVIEST LIFTED WITH 1 FINGER~ANGKAT DUMBBELL 21 KG DENGAN GUNAKAN 2 JARI(each right & left with 1 finger):Logassree->Ni kakak adik di atas.
  • MOST SCORE A's IN SPM:Nik Nur Madihah-19 A1 & 1 A2 dari Kelantan.
  • YOUNGEST MAGICIAN:Jorinn Che Ka-Yee 16 tahun,dari Kajang.Membuat persembahan magik bersama adik lelaki disertai sedikit tarian diselangi irama lagu India,Melayu dan Cina(Best!)
  • MENGIMBANGI BOLA DENGAN JARAK SEJAUH 11.7 KM.JUGA PEMEGANG GUINNESS WORLD RECORDS:Lau Yii Ming(pemegang 2 awards bestnya)
ANUGERAH SETERUSNYA
  • HIGHEST BOX OFFICE COLLECTION:Filem Ngangkung(David Teo,Shaheizy Sam, Azad Jazmin,Angah Raja Lawak dan Putri Mardiana naik ke pentas bersama-sama untuk terima anugerah)
  • MOST NUMBER OF AWARDS IN MALAYSIA:Magika
  • FASTEST SELLING DEBUT ALBUM:Best Of Mawi Worlds-MAWI
  • MOST SUCCESSFUL ANIMATION:Upin & Ipin
  • LONGEST SERVING NEWS PRESENTER:Harjit S.Hullon(RTM)-(dari kecil kite membesar tengok uncle ni baca berita..best)
  • LONGEST PERFORMING ARTIST:Lai Meng(aunt ni pelakon drama cina dan selalu keluar dalam iklan)
  • LONGEST SERVING ORCHESTRA IN COUNTRY:ORTM(Orchestra RTM)-50 tahun dari tahun 1961-2011
  • LONGEST DISTANCE MARITIME AMPHIBIANS:LMT MARITIME SDN.BHD.
PEMENANG PINGAT EMAS DI SUKAN KOMANWEL DAN SUKAN ASIA-Semua atlet negara yang memenangi pingat emas diserahkan piala dan sijil di atas pentas.

  • AHLI BINA BADAN YANG PERTAMA MENJADI JUARA 6 KALI MR.UNIVERSE:Sazali Samad
  • PEMENANG TERBANYAK SUKAN BOWLING:Shalin Zulkifli
  • PINGAT PERAK PERSEORANGAN SUKAN OLIMPIK:Datuk Lee Chong Wei
  • CHEF PALING BERJAYA:Chef Wan
  • USAHAWAN MUDA TERBANYAK MENERIMA PELBAGAI ANUGERAH INDUSTRI:Dato' Seri Tony Fernandes(AIR ASIA)
  • ANGKASAWAN PERTAMA NEGARA:Dr.Sheikh Muszaphar Shukor
  • KEJAYAAN TERBANYAK DALAM KOMUNIKASI:Tan Sri Dato' Sri Dr Lim Kok Wing
  • PENYUMBANG TERBANYAK UNTUK KEBAJIKAN:Tan Sri Dato' Sri Dr.Jeffery Cheah
Acara diakhiri dengan penyampaian Special Gold Money Tree untuk YA Bhg.Tun Abdullah Hj.Ahmad Badawi.Semua tetamu dan penerima award menyanyikan lagu "FIKIRKAN BOLEH".


P/S:Apalagi esok jom serbu MPH dan kedai buku yang menjadi pengedar.Bagus sangat untuk dijadikan sebagai koleksi.Oh ye..entri ini genap yang ke-100 untuk bulan Januari.Pun rekod gak,kan he3...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...