4

Marilah Berzikir Dengan Asma Ul Husna

14:16 |
Bismillaahir rahmaanir rahiim..assalammualaikum semua.Salam Jumaat semoga kehidupan kite semua diberkati Allah s.w.t.Semoga dimurahkan rezeki,semoga segala kesukaran dipermudahkan,semoga kegelapan diberikan cahaya amin.Bagi rakan2 yang selalu singgah membaca entri di sini,mesti perasan kite mengumpulkan doa-doa yang bermanfaat untuk diamalkan bersama dalam 1 hari 1 Doa.Dan dalam banyak2 doa kite selitkan sekali zikir Asma Ul Husna untuk mengiringi doa tadi.

Kite rasa sudah tiba masanya untuk kite tempatkan zikir nama Allah s.w.t. dalam 1 Hari 1Zikir.Insya Allah mudah2an ikhtiar,usaha dan niat murni kite ni dapat membantu rakan2 yang sedang mencari zikir yang sesuai dengan keperluan.Alangkah indahnya kalau hari-hari kite semua diiringi alunan zikir di hati,basahnya bibir tidak henti2 memuji Ilahi.Berzikir tidak semestinya di tikar sejadah,tetapi Islam adalah agama yang memudahkan hamba-Nya beramal.Semasa memasak ada zikirnya,semasa memandu kereta ada zikirnya,semasa melangkah keluar rumah dan meninggalkan keluarga di rumah,ada zikirnya.Zikir boleh dilakukan bila2 masa di mana saja.Semasa dalam erl,komuter,semasa memandu,semasa mengemas rumah,semasa menunggang motor,semasa menunggu giliran untuk di interview..dan sebagainya.Di sini kite sertakan antara kandingan pengenalan oleh penerbit iaitu Darul Nu'man.

Rasulullah s.a.w. ada bersabda;

"Allah s.w.t. memiliki 99 nama.Siapa yang menghafalnya akan masuk syurga.Allah s.w.t. itu ganjil dan suka kepada yang ganjil" 

Dalam hadis lain baginda bersabda;

"Barangsiapa yang menghafal nama-namaNya(dengan maksudnya sekali) akan masuk syurga"

Ini kisah tentang seorang tua.Kampungnya telah dikepung oleh pengganas.Penduduk merasa sangat takut dan bimbang.Sambil berdoa dan mengharap pertolongan Allah,mereka terus mengucapkan "La ilaha illallah".Sesuatu yang aneh berlaku dan keadaan tiba2 berubah.

Orang tua yang telah menjangkau 65 tahun itu mengambil keputusan untuk mendapatkan bantuan dari luar.Malam itu mereka bertolak.Mereka terkejut kerana musuh tidak ada menunggu di pintu keluar.Namun mereka masih berjaga-jaga mana tahu akan diserang hendap pula,lalu mereka membaca Ya Khaliq sambil memohon bantuan Allah.

Dengan kuasa Allah s.w.t.,mereka melihat beberapa orang lelaki yang berpakaian serba  putih dan menunggang kuda putih terbang ke arah mereka."Malaikat datang membantu kita",kata lelaki tua itu.Ketika itu juga mereka melihat pasukan musuh dimusnahkan oleh "farishta" itu.

Dalam pada itu,ketua penjahat telah menemui orang tua dan kumpulannya.Bila hampir sahaja,dia menghembus  pedang kepada si tua,tetapi tindakan pantulannya membuat orang tua itu lebih kuat darinya.Sambil membaca Ya Qahhar dia menusuk pedang sepenuh tenaga sehingga darah keluar dari tangan ketua penjahat itu.

Kisah benar ini berlaku 60 tahun yang lalu dan yang menceritakan kisah ini ada bersama kumpulan itu.Dari pengalaman ini,beliau yakin Nama-nama Allah mempunyai kuasa untuk menyembuhkan penyakit,memenuhi keperluan dan melindungi muslim dari bahaya,Insya Allah.

Kite akan kongsikan satu demi satu zikir Asma Ul Husna mengikut hari.Semua rujukan ini adalah daripada buku yang dihadiahkan mak tersayang,Radziah Abdul Kadir.


Jumpa sebentar lagi di entri seterusnya ye....assalammualaikum

4 comments

17/1/12 10:49

thanks sis,
nt kita nak belilah,
dah tgk cover pasti nak tau isinya juga kan,
insyallah sama2 menambah ilmu

17/1/12 11:04

@keeya mustafa

alhamdulillah ^^

7/6/13 07:12

salam kak lea...yea akhirnya...
saya jumapa jugak asal usul asma ul husnanyer..nye.. yeay!! ini satu kejayaan...^^

7/6/13 18:02

@Gee GTGwsalam gee...tepuk tangan laju2 khas untuk gee yehhhhh he3...

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...